Sewa Bot Di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.ani_blulineA1C2.gif (11170 bytes)

Panjang: 42 kaki (15m)
Lebar: 9 kaki (3m)
Badan: Kayu cengal
Buatan: Trengganu
Jenis enjin: Disel (enjin dalam)
Kuasa enjin: 22 hp (horse power)
Kelajuan: 4-8 knot sejam (bergantung kepada keadaan laut )
Penumpang: Disarankan 6 orang supaya lebih selesa (lebih juga boleh)
Tekong: Encik Embong  (Pak Bong)
+ Kelasi

ani_blulineA1C2.gif (11170 bytes)

Pengalaman Web Master Bersama Pak Bong

Tekong (Pak Bong) adalah seorang yang berpengalaman lebih 40 tahun di laut dan memang telah menjadi darah dagingnya menangkap ikan adalah mata pencariannya.Berpengalaman luas berkaitan lautan di kawasan Mersing serta pulau-pulau sekitarnya. Sebut sahaja ikan yang hendak dipancing, sudah tentu Pak Bong tahu lokasi yang hendak dituju. Bot ini hanya dikhaskan untuk memancing sahaja kerana minat Pak Bong juga memancing.  Anda tidak akan menyesal sekiranya berkenalan dengan lebih lanjut dengan Pak Bong yang peramah, kelakar dan mesra. Pernah aku bersama Pak Bong berhampiran dengan Pulau Yu memancing tetapi ribut menjelma dengan pantas  Pak Bong berselindung berhampiran dengan pulau-pulau sekitarnya. Beliau dapat membaca dan mengagak dengan tepat bila ribut akan sampai dan kawasan mana yang selamat untuk berlindung. Oleh itu, disarankan agar selalu berbincang dengannya jika ada apa-apa masalah bagi mengelak kejadian-kejadian yang tidak diingini. Walaupun sedang sedap memancing, aspek keselamatan amat dititikberatkan oleh Pak Bong. Sifat Pak Bong yang bersungguh-sungguh melayan kerenah pemacing amat saya kagumi kerana beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari lokasi yang terbaik untuk pemancing. Pernah beliau mengubah kedudukan bot beberapa meter sahaja demi mendapat lokasi terbaik bagi pemancing. Walaupun usaha mengangkat sauh yang berat terpaksa dilakukan, namun itu tidak kisah baginya, yang penting lokasi terbaik dapat diterokai. Walau bagaimanapun, sudah menjadi adat memancing. Adakala dapat, adakala tidak dapat bergantung kepada pemacing, air, cuaca, arus, ambok dan sebagainya tetapi Pak Bong sedia membantu sekiranya anda kurang ilmu tersebut. Bak kata pepatah "Kalau Kail Panjang Sejangkal, Lautan Dalam Jangan Diuji". Yang pasti Pak Bong akan membawa penyewa ke "Lokasi Unjam" sekiranya ingin menjamah ikan-ikan segar seperti selar, kembong, tamban, dan sebagainya sebelum berangkat pulang ke darat.

Lokasi memancing yang biasa dikunjungi ialah sekitar Laut Cina Selatan (Perairan Mersing). Ini termasuk Pulau Tioman, P. Aur, P. Pemanggil, P. Tinggi, dan pulau-pulau berhampiran Mersing seperti Pulau Besar, P.Rawa, P.Tengah, P.Harimau dll.

Sekiranya saudara berminat untuk memancing sila hubungi saya untuk membuat tempahan. "First come first serve", melalui telefon :

Kota Tinggi : 07-8823348, 013-7280784 (En. Farzeli), 07-8832669, 013-7405159 (En. Hamdan) dan

Kuala Sedili : 07-8829686 ( En. Embong [Pak Bong] )

Email :

atau [email protected] , [email protected] , [email protected]

 

Harga pakej (Satu kumpulan)

Lokasi Memancing (Pulau-Pulau Perairan Mersing atau lubuk-lubuk ikan berhampiran dengan Kuala Sedili yang ternyata tidak menghampakan )

12 Jam - Boleh Berbincang

24 Jam -  RM 500.00

Nota : Gandaan nilai (RM) tersebut bagi jumlah hari berikutnya.

Harga pakej termasuk

Ais / Ice, Umpan (ikan, sotong atau/dan udang), Makan / Minum seadanya.

thin bar2.gif (3727 bytes)

Di Sini Kita Bermula / Start Hire  Sewa Bot / Boat Carter   Lokasi Memancing / Fishing Location  Aktiviti Memancing WM / WM Fishing Activity  Web Master/Peribadi  Menu Utama /Main menu

Hosted by www.Geocities.ws

1