The college , Main Menu , Bugler 78 , 79 , 80 , As Boys , As Teen , As Men , Contact , E-group , Webmaster , Guest Book

Akhbar Harian Metro

Harian Metro, Rabu, 14 Mei 2003

Ahli OP78 kenang nostalgia selepas berpisah 25 tahun.

Oleh OP Hamid Karim E78

Kegembiraan tidak dapat digambarkan pada wajah 64 ahli Persatuan Bekas Putera 78 (OP78) Maktab Tentera Diraja (MTD) Kuala Lumpur,yang hadir pada satu pertemuan yang diadakan untuk mereka, baru-baru ini.

Ini kerana selepas 25 tahun terpisah, mereka tidak menyangka masih boleh berjumpa dan mengembalikan nostalgia bersama rakan-rakan lama.

Malah, sebahagian besar ahli yang hadir tidak dapat menyembunyikan kesedihan kerana terlalu gembira dipertemukan dengan kawan-kawan lama ketika bersama di cawangan Putera MTD suku abad lalu.

Kebanyakan mereka adalah pegawai kanan tentera, pegawai di pelbagai jabatan kerajaan serta beberapa yang lain berkhidmat di dalam sektor swasta.

Walaupun sebahagian besar yang lain tidak dapat hadir kerana terbabit dengan tugas dan komitmen lebih penting, namun pertemuan yang diusahakan Lt Kolonel Amirudin Datuk Sulaiman dan rakan-rakannya itu menepati matlamatnya.

Kami mengadakan pertemuan ini sempena penubuhan persatuan OP78. Selepas lebih 25 tahun berpisah kami teringin sangat berjumpa rakan-rakan lama selain mengemas kini rekod mereka serta mengrangka aktiviti untuk menjaga kebajikan ahli dan waris. "Kami memang seperti adik-beradik dan tidak boleh dipisahkan," kata Amirudin.

Menurut beliau, pertemuan diadakan di sebuah kelab di ibu kota itu turut bercadang membantu keluarga ahli yang ditimpa kemalangan atau berdepan masalah pada masa depan.

Katanya, pada pertemuan itu juga semua ahli yang hadir bertafakur dan membaca al-Fatihah sebagai mengnang 10 ahli persatuan yang meninggal dunia.

Menurut Amirudin, sehingga kini 10 yang meninggal dunia itu termaksuk beberapa pegawai tentera udara yang terbabit dalam kemalangan pesawat terhempas beberapa tahun lalu.

"Kami gembira dapat bertemu semula rakan-rakan lama yang nyata ramai berjaya sebagai pegawi kanan tentera dan pegawai sektor awam. Pada masa yang sama kami juga sedih dengan pemergian 10 rakan-rakan lama. Untuk itu pertemuan seperti ini akan diadakan lebih kerap pada masa depan," katanya.

Antara pegawai kanan tentera yang menjadi ahli OP78 itu ialah Kolonel (Udara) Akbal Samad, Kolonel (Udara) Afendi Buang, Lt Kolonel (RGK) Hassan Ali, Komander (Laut) Rosli Kamarudin dan Mejar (Udara) Azhar Noordin…… [Hai.. ramai sangat E Coy ni….]

Selain itu ada juga antara ahlinya berjaya dalam bidang lain termaksuk Dr Fahmi Karim yang menjadi pakar bedah di sebuah pusat perubatan terkemuka dan juruterbang kanan Boeing 737 MAS, Ruzaimi Mohd Noor.

Menurut Amirudin, pensyarah di Akademi Tentera Malaysia (ATMA) di Sungai Besi,pihaknya turut mengadakan pemilihan ahli baru untukmengendalikan OP78 selepas ini.

Dalam pemilihan itu, Kolonel Akbal Samad dilantik sebagai pengerusi, Lt Kol Amirudin sebagai setiausaha dan bendahari, wakil tentera darat (Mejar Yusof Ahmad), wakil tentera laut (Komander Khalid Jaafar), wakil tentera udara (Lt Kolonel Azman Saparon), wakil awam (Safuan Idris) dan wakil IT (Mejar Azhar Noordin).

Amirudin juga berharap, waris atau keluarga ahli persatuan OP78 yang meninggal dunia dapat menghubongi pihaknya menerusi talian 016-2183627 secepat mengkin.

"Kami merancang untuk mengemaskini rekod selain merangka sebarang bantuan untuk menjaga kebajikan mereka," katanya.

Hosted by www.Geocities.ws

1