The college , Main Menu , Bugler 78 , 79 , 80 , As Boys , As Teen , As Men , Contact , E-group , Webmaster , Guest Book
Duduk (kiri ke kanan) Abdul Wahab b Muhammad, Ustaz Ghazali b Abdul Rahman, Razak Daud, Abdul Amran bin Maskor (Officer-in-charge), Ismail b Mohd Zair, Encik Ali b Deros (Assistant), Ahmad Shaharudin b Hamid.
Berdiri (kiri ke kanan) : Baharudin b Abu Bakar, Ahmad Azman b Ghazali, Ellam s/o Edim Nom, Abdul
Aziz Rahmat,Jamil b Abdul Nasir, Nordin b Samek, Azhar Abbas, Mohd Rashid b Hasnon.

Perlawanan Tahunan

Pada penggal pertama pasukan sepak takraw Maktab telah mengadakan perlawanan tahunan dengan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang diadakan di sini. Kalau tahun lalu pasukan kami tewas 2-1, tetapi kali ini kami dapat menebus kekalahan tersebut dengan kemenangan 3-0.


Perlawanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor

Pada tahun ini pasukan MTD telah menyertai dua siri perlawanan Takraw MSSS iaitu Pasukan bawah 18 tahun dan bawah 20 tahun. Siri perlawanan bawah 20 tahun dijalankan lebih awal secara lig yang telah berlansung di Sekolah Menengah Aminudin Baki. Pasukan MTD telah berjaya dengan mudah di peringkat awal. Di peringkat suku akhir MTD telah menumpaskan sekolah Sri Petaling dengan 2-1. Malangnya diperingkat separuh akhir MTD telah tewas 2-0 ditangan Sekolah Sri Ampang dalam satu perlawanan yang hebat.

Akhirnya pasukan MTD hanya berjaya menduduki tempat keempat setelah tewas ditangan Sekolah Alam Shah 2-1 yang berlangsung di Stadium Negara.

Siri perlawanan bawah 18 tahun pula diadakan secara kalah mati. MTD telah mengadakan perlawanan awal di mana berjaya terus memasuki perlawanan akhir daerah Bangsar. Sekali lagi kami berjaya menjadi Johan Daerah Bangsar.

Seterusnya kami mewakili Bangsar ke pertandingan antara daerah yang diadakan di STAR Kelang. Kami berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir, separuh akhir dan terus ke peringkat akhir. Kali ini kami bertemu sekali lagi dengan juara daerah Ampang dan malangnya MTD tewas dan hanya menduduki tempat kedua, seluruh Negeri Selangor.

Berikut adalah keputusan-keputusan perlawanan bawah 18 tahun secara kalah mati:

Peringkat Awal (Daerah)

MTD lawan Methodist High School
MTD lawan Victoria Institution
MTD lawan Sekolah Sri Petaling

..........


Menang 3-0
Menang 2-1
Menang 2-1
Menjadi johan dan mewakili Daerah Bangsar

Peringkat Negeri

Bangsar (MTD) lawan Kuala Selangor
Bangsar (MTD) lawan Ulu Selangor
(Suku Akhir)
Bangsar (MTD) lawan Kuala Langat
(Akhir)
Bangsar (MTD) lawan Daerah Ampang


........


Menang 2-1
Menang 3-0

Menang 2-1

Tewas 3-0
Hasil dari perlawanan-perlawanan tersebut seorang pemain kita Mohd Rashid Hasnon telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu beliau menolak tawaran tersebut.

Pada keseluruhannya kami berjaya mempertahankan sekali lagi kedudukan sebagai Naib Johan Negeri dan ini bolehlah dikatakan memuaskan. Terima kasih kami kepada Guru-guru Pengawas terutama En Amran b Maskor dan En Ali b Deros yang telah berkerjasama dengan kami. Diharapkan pada tahun-tahun yang akan datang akan sekali lagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Hosted by www.Geocities.ws

1