The college , Main Menu , Bugler 78 , 79 , 80 , As Boys , As Teen , As Men , Contact , E-group , Webmaster , Guest Book
Duduk (kiri ke kanan): Ustaz Ghazali Abd Rahman, Zolkeplee Hj Jalaludin, Ustaz Ashari Hj Amri.
Berdiri (kiri ke kanan): Mohd Roslan Ghazali, Abd Rahman Abu Bakar, Romlee Yahaya, Mokhtar Jaafar, Anuar Ibrahim.

Guru-guru Penasihat:

Presiden:
Naib Presiden:
Setiausaha:

Bendahari:
Biro Dakwah:
Biro Perhubungan:
Biro Kebajikan Sosial:

Biro Kesejahteraan dan Hal Ehwal Musala:
Wakil-wakil Kompeni:
Uztaz Ashaari,bin Hj Amri
Uztaz Ghazali bin Abdul Rahman
Zolkeplee b. Hj. Jalaluddin
Ramfee b. Yahaya
(1) Mottamed Roslan b. Ghazali
(2) Abdul Rahman b. Abu Bakar
Anuar b. Ibrahim
Che Aris b. Che Dereman
Mokhtar b. Jaafar
Shuhaimi b. Abdul Rahim
Radin Omar
Yusof b. Rahmat
A - H

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana atas limpah kurnianya Persatuan kita dapat menjalankan aktiviti dengan jayanya tanpa sebarang masalah sepanjang tahun 1978 ini. Pada tahun ini boleh dikatakan Persatuan ini agak aktif di Maktab ini.

Berbagai-bagai aktiviti diadakan. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah Kuliah Subuh yang diadakan setiap pagi Ahad dan diikuti pula oleh acara mingguan diantara ahli-ahli yang hadir. Pada malam Jumaat pula kami mengadakan perjumpaan beramai-ramai di Masjid bagi upacara membaca Yassin dan Syarahan Ugama. Atas kesedaran ramai pihak persatuan telah menganjur-kan kelas membaca Quran, tajuid dan lagu pada setiap malam Sabtu. Kelas ini dihadiri oleh mereka yang berminat dan ini dikelolakan oleh Ustaz Osman Shafie, bilal Masjid Maktab.

Sesuai dengan motto Maktab kami iaitu berkhidmat dan Memimpin, satu daripada keperluan pemimpin ialah berpidato, maka atas dorongan ini persatuan telah membimbing anggotanya mempelajari serta mempraktik cara-cara berpidato dan ini dikelolakan sendiri olih guru penasihat kami yang berpangalamon di bidang pidato iaitu Ustaz Ghazali Abdul Rahman. Setiap pagi Ahad, Persatuan menghantar rombongan ke Masjid Jamek, Kuala Lumpur bagi mengikuti usrah mingguan.

Untuk lebih jelas, di sini diperturunkan segala aktiviti kami.

PENGGAL PERTAMA

Aktiviti bermula dengan Kuliah Subuh pertama di Masjid Maktab pada 29hb Januari 1978. Pada 16hb Februari 1978 diadakan syarahan bulanan dari pensyarah jemputan, Ustaz Mohd Salleh Abu Bakar di Dewan Tun Templer. Syarahannya mendatangkan banyak nasihat dan pertunjuk yang berguna pada putera-putera sekalian. Majiis Perayaan Maulud Nabi diadakan pada 20hb Februari 78. Kesemua ahli turut serta dalam acara perarakan di sekeliling Maktab dan diikuti pula syarahan ugama yang disampaikan oleh Ustaz Zainal Abidin, Pengetua Kolej Islam, Kelang. Syarahan beliau bertajuk Asas Keimanan Orang-orang Islam. Pada 26hb Februari, Persatuan telah menghantar seramai 40 orang bagi menyertai Perayaan Maulud Nabi di Kajang yang dianjurkan oleh GAPIS.

Kemudian pada 16hb Mac pula persatuan telah menjemput Ustaz Ahmad Joned memberi syarahannya.

PENGGAL KEDUA

Aktiviti penggal kedua bermula dengan Majlis Syarahan oleh Pensyarah jemputan. Kali ini ialah Professor Annuar Mushaddat dari IAIN Bandung, Indonesia. Beliau dulunya adalah bekas penganut Protestan. Pada 30hb April 78 pula, Persatuan telah menghantar wakilnya bagi mengikuti simposium PEPIAS di Kampung Baharu, Kuala Lumpur. Mereka ialah saudara Presiden, Naib-Presiden, Setiausaha dan dua orang ahli biasa. Sebagai meraikan perpisahan Pegawai Tadbir Tentera di Maktab ini ke Labuan, Kapt Jahidi (U), Persatuan telah mengadakan Majlis Doa Selamat.

Pada 14hb Jun 1978, Persatuan telah menghantar 14 orang ahlinya mengikuti Muktamar PEPIAS di Kampung Baharu. Untuk ceramah ugama kali kedua buat penggal kedua ini, kami menjemput Ustaz Akbar Anang, yang memberi ceramahnya 'Jihad.' Persatuan telah menempah satu sejarah baru, bilamana pada 13hb Julai 1978 berjaya mengadakan pertandingan Syarahan Ugama dengan harapan bilamana mereka keluar nanti sekurang-kurangnya dapat menjadi pendakwah kecil.

Pada tahun ini, agak ramai juga putera-putera lepasan MCE yang mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka ke Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan United Kingdom. Persatuan tidak lupa mengadakan satu majlis perpisahan, semoga perpisahan mereka akan meninggalkan satu kenangan dan mengeratkan lagi silaturahim. Semoga mereka menempah kejayaan mereka di masa depan.

PENGGAL KETIGA

Aktiviti harian dan mingguan diteruskan juga tetapi tidaklah sehebat dulu oleh kerana Persatuan memikirkan ahli-ahlinya perlu menumpukan masa yang lebih untuk menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan, Sijil Pelajaran Malaysia dan Malaysian Certificate of Education.

Akhir kata kita sama-sama berdoa agar di tahun akan datang Persatuan terus maju dan berjaya dalam aktiviti-aktivitinya. Kita juga berharap agar semua ahli-ahli bekerjasama lebih erat lagi demi mencapai kejayaan yang sesuai dengan motto Persatuan kita.

MENUJU KE ARAH KEBENARAN

Hosted by www.Geocities.ws

1