The college , Main Menu , Bugler 78 , 79 , 80 , As Boys , As Teen , As Men , Contact , E-group , Webmaster , Guest Book
PERTANDINGAN PERBAHASAN PIALA PERDANA MENTERI 1.4.78 - 6.4.78

Dengan pengalaman yang ada, pada cuti penggal pertama pasukan Bahas Maktab telah berlepas ke Pengkalan Chepa, Kota Bharu (Sekolah Menengah Sains Kelantan) untuk menghadiri Pertandingan Perbahasan Antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh bagi merebut Piala Perdana Menteri. Putera-putera Maktab ini, dengan dibimbing oleh guru-guru penasihatnya berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan tersebut. PBK berasa megah kerana usahanya berjaya menghasilkan kemenangan yang sangat-sangat diharapkan. Pasukan Bahas Bahasa Inggeris yang terdiri daripada Mushahid Sher Habib, Eustace Greg Gomez, Basil Devandran, Suhaimi Salleh berjaya mengalahkan pencabar-pencabarnya, satu demi satu dan seterusnya layak ke Pertandingan Akhir yang akan diadakan di Angkasapuri pada 8 Disember, 1978,

Malangnya pasukan Bahas Bahasa Malaysia tertewas di suku akhir dengan perbezaan markah yang paling mengecewakan yakni hanya kalah 1 markah sahaja.

PBK mengucapkan, syabas dan rasa terimakasih tidak terhingga kepada Encik Abdullah b Bakri, Ketua Jabatan Sastera yang turut bersama-sama bersusah-payah meletakkan kejayaan MTD dalam perbahasan.

PENGGAL KEDUA

MINGGU BAHASA SEKOLAH MENENGAH BUKIT BINTANG 13.8.78 - 20.8.78


Pada penggal ini PBK terus aktif dan turut mengambil bahagian di dalam Minggu Bahasa Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang. Selain dari Maktab Tentera Diraja, Sekolah-sekolah lain yang mengambil bahagian ialah Sekolah Menengah Alam Shah, Sekolah Menengah St. Mary, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Sains Selangor, Victoria Institution dan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang sendiri. MTD telah mencapai beberapa kejayaan.


Bahas
Tablo
Mendeklamasi Sajak
Dikir Barat
Berbalas Pantun


..........
NaibJohan
NaibJohan
NaibJohan
Kalah
Selingan
Acara mendeklamasi sajak dan berbalas Pantun telah diadakan di MTD dengan jayanya di mana pemantun Maktab telah bertemu dengan pemantun Sekolah St. Mary Kuala Lumpur.

PERTANDINGAN SYARAHAN PERLINDUNG PENGGUNA PENUNTUT SEKOLAH MENENGAH ANJURAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN 27.5.78 - 15.7.78

Di dalam pertandingan ini tokoh pidato Maktab, Nor Akmar Mohd Nor telah memperolehi beberapa kejayaan. Beliau muncul sebagai Johan bagi peringkat Daerah Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan dan seterusnya dipilih mewakili Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan ke pertandingan peringkat kebangsaan (seluruh Malaysia) yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 15.7.78 Sungguhpun gagal menjadi Johan atau Naib Johan, PBK mengucapkan syabas atas usahanya.

PENGGAL KETIGA

Pada penggal ini diadakan beberapa aktiviti khasnya peraduan mengarang dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Sambutan dari putera-putera sangat baik berbanding dengan masa yang lepas. Lain-lain aktiviti ialah Pertandingan Pidato 78 dan Pertandingan Syarahan dalam bahasa lnggeris. Tujuan diadakan Pertandingan Pidato dan Syarahan ialah untuk mencungkil bakat-bakat baru sebagai persediaan awal bagi tahun hadapan. Sambutan dari putera amatlah baik untuk kedua-dua pertandingan tersebut.

PBK juga mengadakan pertandingan sepak raga bulatan antara kompeni. Pertandingan ini merupakan tradisi PBK dengan tujuan agar permainan asli Melayu ini terus berkekalan.

Aktiviti yang ditunggu-tunggu dan terakhir sekali tahun ini ialah pada 8 Disember yang bertempat di Angkasapuri di mana Pasukan Perbahasan Bahasa lnggeris kita akan menentang pasukan STAR atas tajuk "The Progress of a Nation depends more on the citizens than the leaders".

Kesimpulannya, sepanjang tahun ini segala aktiviti yang dirancangkan berjalan dengan baik. Hanya malam PBK tidak dapat diadakan kerana tarikhnya seiring dengan tarikh peperiksaan dan oleh faktur-faktur lain. Akhir kata kami AJK PBK, 1978 mengucapkan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan PBK tahun ini. Seruan kami!

Semoga sama-sama berdoa agar kita beroleh kemenangan di Pertandingan akhir Perbahasan Inggeris.

Hosted by www.Geocities.ws

1