POKUAT merangkap sembah dengan rasa rendah diri dan bersyukur kepada ALLAH A.W.T mengucapkan jutaan terima kasih kepada YANG TERAMAT MULIA TENGKU BESAR TERENGGANU  di atas sumbangan kewangan kepada POKUAT :-

masuk/seterusnya........


Draf Akta OKU yang dicadangkan namun sehingga kini masih belum di bawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

sama-samalah kita berdoa agar ianya dapat disahkan menjadi Akta bagi kesejahteraan OKU seluruhnya.

klik di sini untuk maklumat penuh....


Artikel Terkini - Keikhlasan Seorang Pemimpin-Puteri UMNO

2004 Aktiviti POKUAT 2004

H/TARIKH

MASA TEMPAT AGENDA
25,26&27&28.03.2004 4 Hari Montel Desa

Kursus Akaun Berkomputer

POKUAT telah menghantar seramai 5 Orang Kursus Akaun Berkomputer Jemputan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu

23.04.2004 2.30ptg Kediaman Bendahari dan Ketua Biro Kebajikan dan Keahlian Mesyuarat Khas Seminar Usahawan
01.05.2004 1 Hari Pusat Peranginan Kenyir

Perkhemahan Keluarga POKUAT

POKUAT mengucapkan ribuan terima kasih kepada KETENGAH yang sudi menyediakan tempat dan makanan dalam program ini.

Seramai lebih dari 100 0rang ahli keluarga POKUAT menyertai perkhemahan ini.

10-14.04.2004 5 Hari UPM Serdang

Kejohanan Sukan Paralimpik Kali Ke 12

POKUAT telah menghantar seramai 12 Orang ahli ke Kejohanan Sukan Paralimpik Malaysia kali ke 12 dimana seramai 9 orang ahli telah memperolehi pingat Emas, perak dan gangsa.

24-26.06.2004 Khamis Sehingga Sabtu 3 Hari 2 Malam Hotel Grand Continental Terengganu

Bengkel Pengurusan Runcit POKUAT

POKUAT telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Perniagaan Runcit dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu (JKM).

Seramai 60 Orang ahli POKUAT telah menyertai bengkel tersebut.

Perasmian disempurnakan oleh :-

YB Exco Pembangunan Wanita dan Masyarakat En. Rasol bin Wahid.

25.08.2004 Rabu Malam Khamis 8.30 Mlm Bengkel Pemulihan Marang JKM Terengganu

Majlis Makan Malam POKUAT

POKUAT telah mengadakan majlis makan malam yang akan diadakan sempena meraikan semua tenaga kerja dan sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan Bengkel Pengurusan Runcit POKUAT.  Antara jemputan ialah Pengarah dan Kakitangan JKM, Pengurus Besar, Pengurus Pembangunan dan kakitangan Yayasan Pembangunan Usahawan YPU dan sukarelawan-sukarelawan disamping Ajk. POKUAT dan pelatih-pelatih Bengkel.

PERHATIAN DAN MAKLUMAN

 Majlis ini khusus kepada mereka yang membantu menjayakan program seminar POKUAT dan tidak melibatkan kesemua ahli-ahli POKUAT.

POKUAT merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengurus Bengkel Pemulihan Pulau Kerengga di bawah JKM Terengganu kerana kerjasama yang diberikan.  POKUAT juga merakamkan jutaan terima kasih juga kepada Pemangku Pengarah JKM Terengganu En Kadir yang sudi hadir dan sanggup melayan sendiri para hadirin yang hadir.

05-09.08.2004 ( khamis sehingga Isnin) 5 Hari Terengganu Trade Centre

JUALAN AMAL POKUAT DI TERENGGANU TRADE CENTRE

IHSAN YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU

Yayasan Pembangunan Usahawan telah memberikan bantuan/sumbangan/kemudahan dua ruang niaga/pameran secara percuma yang sekiranya di sewa memerlukan kos sebanyak RM 1000.00 kepada POKUAT.  POKUAT akan mengadakan jualan barangan dalam tempoh itu dan segala hasil akan dimasukkan kedalam akaun POKUAT. Kami menyeru semua untuk berbelanja sambil menderma kepada persatuan kami dan ianya akan disalurkan kepada semua OKU Anggota seluruh Terengganu mengikut cara yang akan diputuskan nanti oleh pengurusan POKUAT.

Kami dengan rasa bangganya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurus Besar dan seluruh kakitangan YPU yang banyak memberikan bantuan dan kerjasama kepada kami selama ini.

10.08.2004 Selasa 10.00pagi Institut Latihan Perindustrian Gong Badak

LAWATAN MUHIBBAH

Pengurusan POKUAT akan mengadakan lawatan muhibbah ke ILP Gong Badak berikutan keputusan pihak kerajaan untuk membenarkan pelajar berkerusi roda mengikuti latihan disana. Keputusan kerajaan ini dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia dan kami di POKUAT dengan rasa bangga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya kepada ILP Gong Badak. 

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih khusus kepada Pengarah Tenaga Rakyat, Timbalan Pengarah dan kakitangan yang banyak memberikan komitmen kepada kami selama ini.

17.08.2004 Selasa 1 Hari Dewan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu

BENGKEL TEKNIKAL PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN UNTUK MEMBANTU EKS MENJADI ENTERPRISE YANG BERDAYA SAING

Seramai 14 Orang Ahli-Ahli POKUAT telah dihantar untuk menghadiri Bengkel Teknikal EKS bagi dibantu untuk menjadi enterprise yang berdaya saing. Bengkel tersebut diadakan selama sehari dengan di senarai pembentang kertas kerja yang meliputi hampir kesemua agensi yang diberi amanah untuk membantu bagi mencapai tujuan tersebut seperti daripada SMIDEC, SIRIM, NPC, MIDA, GGC, RHB BANK, PERKESO, ACCA-SME COMMITTEE MEMBER, MIDF DAN BANK INDUSTRI DAN TEKNOLOGI MALAYSIA BERHAD 

PERASMIAN DILAKUKAN OLEH 

Y.B DATUK ABDUL RAHIN BIN DATO' MOHD SAID,

PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN USAHAWAN, INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DAN PENIAGA KECIL NEGERI

POKUAT merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengurus Besar YPU, Pengurus Pembangunan YPU serta kepada seluruh kakitangan YPU yang memberi peluang dan kerjasama yang sangat baik sepanjang bengkel itu berlangsung.

26.08.2004 Sabtu 1 Hari Akedemi Bomba Wakaf Tapai

Jualan Gerai POKUAT Anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Kami akan mengadakan jualan gerai POKUAT di Padang Astaka Kuala Berang.  Gerai jualan ini akan diterajui oleh Ketua Kebajikan dan Keahlian POKUAT yang begitu aktif dan berwawasan dalam memperjuangkan nasib wanita OKU di Terengganu iaitu Pn Hasmah bt Abd Rahman. Beliau merupakan contoh tauladan wanita OKU yang berjaya dan berfikiran baru.

sila datang beramai- ramai membeli sambil menderma.

PROGRAM INI MASIH DITANGGUH DAN DITUNDA KE SUATU TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN OLEH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT

DI TANGGUH

 

23,24 dan 25.09.2004 Khamis, Jumaat dan Sabtu 3 Hari Kuala Lumpur

LAWATAN SAMBIL BELAJAR USAHAWAN -USAHAWAN POKUAT DENGAN KERJASAMA YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU (YPU)

Pihak POKUAT akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dalam usaha kami mewujudkan usahawan dikalangan Orang Kurang Upaya khususnya OKU Anggota di Terengganu.  Antara tempat yang akan di lawati ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Industri IKS di Selangor.

PROGARM I NI TERPAKSA DITANGGUHKAN ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN

Kertas Lawatan Usahawan OKU

13 September 2004 8.15 Malam Pusat Dagangan Terengganu (TTC)

MALAM PENGHARGAAN KEUSAHAWANAN TERENGGANU 2004 (PKT 2004)

Sepuluh Orang Ajk. POKUAT (10) termasuk Presiden dan S/Usaha  telah dijemput oleh YPU untuk hadir ke Majlis Anugerah Keusahawanan Terengganu oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) 

pada 13 September 2004 

yang akan

DIRASMIKAN OLEH:

YAB DATO' SERI IDRIS JUSOH

MENTERI BESAR TERENGGANU

POKUAT merakamkan jutaan terima kasih di atas jemputan itu yang memberi maksud besar akan kewujudan kami di arena dunia keusahawan di Terengganu.

07 Oktober 20004 Sehari Dewan Konvensyen Pusat Dagangang Terengganu (TTC)

SEMINAR PENDANDAARASAN UNTUK USAHAWAN-USAHAWAN YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI TERENGGANU

POKUAT telah menghantar seramai 10 orang peserta yang terdiri dari kalangan usahawan-usahawan OKU POKUAT bagi menghadiri seminar tersebut yang

telah di rasmikan oleh :-

Yang Berbahagia Tuan Haji Wan Nawawi Ismail

Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu

Kursus ini telah telah dijayakan sepenuhnya oleh Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) Wilayah Pantai Timur dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

POKUAT merakamkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu yang memberi peluang kepada usahawan -usahawan POKUAT menghadiri seminr tersebut dan tak lupa juga kepada NPC di atas kejayaan kursus yang banyak memberi faedah kepada peserta-peserta kursus yang terdiri dari usahawan normal dan OKU.

 25 Disember 2004 2ptg Bengkel Pemulihan Pulau Kerengga, Marang

Mesyuarat Agong POKUAT

Mesyuarat Agong POKUAT telah melantik En Zait bin Salleh sebagai Presiden yang baru menggantikan En Shaffe bin P.CMohammad Unni yang telah mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.

1
1
Hosted by www.Geocities.ws

1 1