Himpunan Berita

 

PENGUMUMAN 

20 June 2005

Presiden POKUAT yang baru telah dilantik di dalam Mesyuarat Agong POKUAT 

pada pemilihan yang telah lalu setelah bekas Presiden sesi sebelumnya mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya.  

Mesyuarat Agong POKUAT telah sebulat suara melantik 

En Zait  bin Salleh  

sebagai Presiden POKUAT yang baru bagi sesi 2004/2006.

 

 

Seminar Keusahwanan POKUAT akan diadakan pada 06 Ogos 2005 Yayasan Pembangunan Usahawan  Terengganu dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu. Sesiapa dikalangan ahli POKUAT yang berminat dan untuk keterangan lanjut  sila hubungi

 Presiden POKUAT En Zait bin Salleh di 0139202859.

Seminar Keusahwanan POKUAT telah berjaya diadakan pada 06 Ogos 2005 di Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu(YPU) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu. 

Sekalung Penghargaan

Pihak POKUAT merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut terutamanya Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu(YPU) yang begitu komited dalam memberi segala bantuan kepada pembangunan Orang Kurang Upaya di Negeri Terengganu

 

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN OKU

Pihak POKUAT telah mengadakan lawatan muhibbah ke ILP Gong Badak baru baru ini bagi melihat sendiri perancangan dan perlaksanaan yang dilakukan oleh ILP Gong Badak dalam usaha menterjemahkan arahan dari  YB Menteri Sumber Manusia dalam isu latihan kepada OKU di ILP di bawah Kementerian....

berita seterusnya sila KLIK DI SINI

 

ARTIKEL DARI KOMUNITI OKU

KEIKHLASAN SEORANG PEMIMPIN- PUTERI UMNO DAN OKU



Azlina, 35, yang juga peguam dan Ketua Puteri Umno Pulau Pinang,
mengendalikan kedua-dua tugas itu dengan baik dan dibantu tiga
kakitangan yang bekerja sepenuh masa.

Biro itu yang dibiayainya sendiri, mendapat bantuan daripada
sukarelawan di kalangan ahli Puteri Umno, banyak mengendalikan
masalah seperti kebajikan dan khidmat nasihat mengenai perbalahan
rumah tangga tanpa mengira jantina, umur, bangsa, agama dan parti
politik.

Sejak ditubuhkan, biro itu sudah mengendalikan beberapa projek
kesedaran bagi membantu golongan kurang bernasib baik. Sehingga kini
mereka sudah mengendalikan 1,500 kes.

Pada tahun lalu, mereka mengadakan Kempen Menderma Darah bagi
membantu masalah kekurangan bekalan darah di Hospital Pulau Pinang
dan Kempen Kesedaran Jenayah Rogol bersama polis.

Biro itu juga membantu Saiful Azhar Nordin, 17, yang menghidapi
penyakit tidak dapat diubati iaitu Sindrom Klippel-Trenaunay-Webber
dan pelajar cemerlang SPM, Nur Nadia Mohd Yassin, anak kepada
seorang ibu tunggal yang tidak mampu membiayai pengajian anaknya itu.

Biro itu turut membantu tiga daripada 27 keluarga yang hilang tempat
tinggal selepas kebakaran memusnahkan rumah mereka di Kampung Sungai
Gelugor, Pulau Pinang dan mereka juga memindahkan tiga keluarga yang
kediaman mereka tidak sesuai lagi untuk didiami.

Sempena Ramadan, mereka menderma beras kepada keluarga miskin dan
meraikan 100 anak yatim di Seberang Prai pada majlis berbuka puasa.

Ketika bencana tsunami melanda Pulau Pinang pada 26 Disember tahun
lalu, biro itu adalah antara yang pertama menyediakan bantuan
perubatan, makanan dan pakaian kepada mangsa serta menolong
membersihkan rumah mangsa di Kuala Muda, Kepala Batas, Kedah.

Bagi Azlina, beliau berasa puas apabila melihat wajah orang yang
ditolongnya.

"Tidak perlu mengucapkan terima kasih hanya dengan melihat kepada
kebahagiaan mereka, sudah cukup bagi saya," katanya.

~~~~HOME~~~~

1
Hosted by www.Geocities.ws

1