Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu

POKUAT

MEMBANGUN DAN BERDAYA SAING


 

 


Institut latihan Perindustrian(ILP) dan OKU

Saya sangat tertarik dan begitu gembira apabila kementerian sumber manusia menyatakan bahawa OKU berkerusi roda boleh mengikuti latihan di ILP. walaupun hanya dibeberapa negeri sahaja perkara ini dilaksanakan tetapi peluang terbuka kepada semua negeri.
atas kapasiti sebagai Presiden POKUAT dan beberapa Ajk. saya membuat lawatan rasmi ke ILP Gong Badak Kuala Terengganu. Kehadiran Kami disambut oleh pengurusan dan beberapa pegawai ILP Gong Badak.
Setelah mendapat penjelasan dan maklumat, pihak persatuan mendapati terdapat beberapa kaedah dalam pelaksanaan yang boleh difikir balik dan dikaji semula. Pihak POKUAT telah menyatakan pandangan dan telah memberikan beberapa cadangan. 
disini elok saya jelaskan sedikit antara kandungan kertas cadangan perlaksanaan program tersebut:-

Ianya akan diadakan di 3 buah negeri sahaja setakat ini :-

1.  ILP Kangar
2.  ILP Gong Badak
3.  ILP Johor


Jenis Kursus : Teknologi Maklumat (IT) 

Tempoh Kursus selama 15 bulan sepenuh masa selama 12 bulan di Institut dan 3 bulan latihan sambil kerja

Umur

17-30 tahun

Kelayakan
Peringkat sijil - S.P.M setaraf dengannya , lulus matematik/ matematik tambahan atau sains/fizik serta lulus bahasa melayu

perigkat diploma

Memiliki sijil kemahiran malaysia tahap 2 dan setaraf dengannya dalam bidang berkaitan
SPM dan setaraf dengannya kepujian dalam bahasa melayu matematk/matematik tambahan dan sains/fizik serta lulus bahasa malaysia

Jenis Kelayakan OKU

telah disahkan oleh pegawai perubatan dan berdaftar dengan JKM

ILP akan menyediakan kemudahan kemudahan yang berkaitan.

Pihak POKUAT telah mencadangkan beberapa perkara untuk dikaji dan dilihat kembali antaranya :-

1.  Had umur pelatih...POKUAT memohon untuk tidak dihadkan umur kerana soal ilmu dikalangan OKU tidak ada hadnya selagi dia berdaya dan berminat. Kalau dihadkan apa akan jadi sekiranya dia menjadi OKU akibat kemalangan pada umur 45 katakan sedangkan dia memerlukan latihan kemahiran dan terpaksa menanggung kos sara hidup anak isteri?

2.  Soal kelayakan..POKUAT memohon dipertimbangkan supaya dilonggarkan kerana rata-rata kecapaian OKU dalam akedamik sangat rendah akibat dari ruang dan peluang serta masalah lain yang tidak membolehkan OKU belajar diperingkat awal.

3.  POKUAT juga mencadangkan agar dibentuk Jawatankuasa bersama antara jabatan dan diwakili juga oleh Persatuan OKU bagi memberikan kesan dan kefahaman yang tepat berkaitan dengan OKU seperti JKM, Pendidikan Khas, Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Kesihatan , POKUAT sendiri atau mana mana pihak yang bersesuaian.

4.  POKUAT juga cuba memberi gambaran bahawa adalah menjadi suatu KEMESTIAN untuk ILP memahami OKU secara tepat ...tak kiralah dari sudut kejiwaan atau perubatan etc...pendek kata perlu kefahaman yang menyeluruh tentang OKU supaya mereka bersedia dan tidak akan menyalahkan OKU nanti.

5.  POKUAT menggariskan beberapa sikap sabar, hormat menghormati antara OKU dan ILP..kerana OKU akan menghormati orang lain sekiranya mereka dilayan dengan baik dan sebaliknya akan timbul kalau wujud persepsi salah tentang mereka.

6.  POKUAT juga memohon supaya pihak ILP merujuk kepada statistik yang ada dan merancang kemasukkan dengan baik. Statistik mestilah meliputi semua negeri dan spesifik kepada OKU yang hendak dilatih.

Saya berkeyakinan bahawa terdapat banyak perkara yang perlu dilihat dan apapun program ini mesti diteruskan dan dilaksanakan.

saya berharap agar kita semua dapat membahaskan dengan baik dan ilmiah perkara ini.

sekian terima kasih

Shaffe

POKUAT

1
Hosted by www.Geocities.ws

1