SIMULASI PEMBENTUKAN
FASA BULAN

 

  1. Ikat sebiji bola sepak yang putih supaya boleh dipegang pada talinya seperti rajah di bawah.
  2.  
  3. Masuklah ke dalam sebuah bilik yang agak gelap. Minta seorang rakan anda memancarkan cahaya lampu suluh kepada bola sepak yang dipegangkan talinya sehingga bola itu berada pada paras mata anda.
  4.  

  5. Ambil sehelai kertas dan pensel. Berdirilah di belakang bola itu seperti yang ditunjukkan pada kedudukan 4.1 dan lakarkan bahagian bola yang kelihatan terang pada anda (jika ada).

  6.  
  7. Minta rakan yang memegang bola itu bergerak mengelilingi anda menurut kedudukan yang ditunjukkan oleh kedudukan 4.2, 4.3 dan 4.4 sambil anda melakarkan bahagian bola itu yang kelihatan terang pada anda.
 

Tentu anda melihat bahawa bentuk bahagian bola (bulan) yang diterangi lampu suluh (matahari) itu berubah mengikut kedudukan bola (bulan) berbanding dengan bumi (anda). Bandingkan lakaran anda dengan Fasa Bulan. Sama kan ? Dalam simulasi ini, lampu yang mewakili matahari itu juga bergerak. Ini adalah supaya cahaya lampu suluh yang kecil itu dapat menyinari bola itu dari arah yang sama. Dalam keadaan sebenar, matahari adalah sangat besar dan dapat menyinari bulan tanpa pergerakan seperti yang dibuat oleh lampu suluh itu.

 

kembali
 
Hosted by www.Geocities.ws

1