Assalamualaikum, selamat datang
ke ruangan Sembang-sembang Fasa Bulan.
Saya Khairi, dan saya sangat gembira berjumpa anda
yang juga berminat tentang Fasa Bulan.
Semasa saya kecil-kecil dulu, saya
perasan bulan itu kadang-kala kelihatan di langit malam dan kadang kala tidak.
Bentuknya juga kelihatan berubah-ubah. Kadang kala ia berbentuk sabit, kadang
kala ia berbentuk separuh bulatan dan dan kadang kala berbentuk bulatan penuh.
Kadang kala di timur dan kadang kala di barat. Anda perasan tak ?
Sebenarnya ramai orang yang seperti kita ini, maksud saya, yang juga berminat tentang Fasa Bulan. Mereka telah merekodkan bentuk bulan yang boleh kelihatan setiap malam dalam masa sebulan. Cik gu saya, Cik gu Norizan kata bentuk-bentuk bulan itu mereka namakan Kejadian Fasa Bulan. Jika anda nak tengok Fasa Bulan itu, klik pada mana-mana frasa Fasa Bulan yang ada dalam halaman ini.
Cik gu Norizan kata, bulan itu tidak memancarkan cahaya. Hairan ya ! Dia tidak memancarkan cahaya seperti mentol lampu atau matahari tetapi kita boleh nampak dia. Saya pernah tanya Cik gu Karnal bagaimana perkara ini terjadi. Dia tak jawab terus. Dia suruh saya buat eksperimen sendiri. Kalau anda ingin nak tahu eksperimennya, kliklah frasa Eksperimen Bulan ini.
Bukan itu saja yang saya hairankan. Mungkin anda juga seperti saya. Saya pernah tertanya-tanya bagaimana pula bulan itu boleh kelihatan berubah-ubah bentuknya dari malam ke malam? Cik gu Mah kata ini semua berpunca dari pergerakan bulan mengelilingi bumi. Dia cadangkan saya lihat satu animasi peredaran bulan mengelilingi bumi yang dia pernah lihat dalam sebuah laman web di internet. Kalau anda berminat untuk melihat animasi ini, kliklah pada frasa animasi peredaran bulan. Harap rajah itu telah membantu anda memahami kejadian fasa-fasa bulan. Jika anda masih tidak faham lihatlah kejadian peredaran bulan ini pula.
Cantikkan animasi itu ! Bulan kelihatan mengelilingi bumi ikut arah lawan-jam. Perhatikan kedudukan relatif bulan, bumi dan matahari serta Fasa Bulan yang terbentuk dari setiap kedudukan itu. Masih tak jelas bagaimana Fasa Bulan terbentuk ? Sayapun begitu juga mula-mula dulu. Cik gu Enchum rujukkan saya kepada satu lagi laman web yang menunjukkan kedudukan bulan, bumi dan matahari yang menghasilkan beberapa Fasa Bulan utama. Saya fikir ia juga boleh membantu anda. Jika anda rasa perlu untuk merujuk kepada maklumat lain, sila lihat koleksi gambarajah mengenai Bulan ini.
Masih tak jelas ? Bertenang, ramai orang mengalami kesukaran seperti yang anda rasai itu. Sahabat saya, Noor Aini pun seperti anda juga. Dia akhirnya meminta bantuan Cik gu Mariam. Cik gu Mariam mengaturkan sebuah simulasi untuk Noor Aini. Selepas itu barulah dia faham. Andapun nak cuba simulasi itu ? Bagus juga tu ! Anda perlukan dua orang lagi rakan untuk membantu, sebiji bola bersaiz sedang, seutas tali dan sebuah lampu picit yang besar dan terang. Oh ya ! anda juga perlukan sebuah bilik yang agak gelap. Kalau sudah sedia, kliklah frasa simulasi pembentukan Fasa Bulan ini.
Bagaimana sekarang ? Tentu sudah jelaskan ? Sebenarnya banyak lagi maklumat tentang bulan yang menarik. Jika anda berminat untuk mengetahui sebahagian lagi daripadanya, kliklah frasa maklumat Bulan ini.
Sekian saja dulu sembang-sembang kita ya. Jumpa lagi.
Penasihat Projek:
En. Hong
Chin Leong
Pengerusi Projek:
En. Karnal Singh
Penyelaras Projek:
En. Khairi
b. Jalun
Setiausaha:
En. Mohd. Zalkornain b. Jaafar
(Sehingga 31 Oktober 1998)
Pn. Noor Aini bt Nasaruddin
(Mulai 1 November 1998)
Ahli-Ahli:
Pn. Enchum bt. Ibrahim
Pn. Hamsiah bt. Mohd. Dahalan
En. Mah Chee Wai
Pn. Mariam
bt. Rodo
Pn. Noor
Aini bt. Nasaruddin
Pn. Hjh. Norizan bt.
Hj. Ahmad
En. Tan Kim Teng
Perunding:
Dr. Lim
Chong Hin
En. Kasim
b. Abdul Raof
Cik Ong Yoke Mooi
Cik Tang
Swee Khuan
Diusahakan oleh Norizan bt Ahmad
dikemaskini pada