Biodata
Education
Career
Hobby


Tadika Seri Tekun


KMNS


Rakan sebilikku





Ain, Naz, Izzah

Saya mula memasuki alam persekolahan ketika berumur 4 tahun. Saya bersekolah di Tadika Kemas bersama dengan kakak saya. Semasa berumur 5 tahun, ibu menghantar saya ke sebuah tadika cina berhampiran dengan rumah kami iaitu Tadika Seri Tekun. Di sana, saya dapat belajar bahasa cina & bergaul dengan kawan-kawan yang berlainan bangsa. Namun, pada umur 6 tahun, saya berpindah semula ke Tadika Kemas atas sebab-sebab tertentu.

Seterusnya, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, PD. Di sana, saya ditempatkan di kelas pertama sepanjang 6 tahun persekolahan. Saya mempunyai ramai kawan. Saya merupakan murid yang paling kecil di kalangan kawan-kawan yang lain.

Setelah tamat sesi sekolah rendah, saya menyambung pembelajaran di SMK Datuk Haji Abdul Samad, PD atau dikenali sebagai SDASA. Dari tingkatan 1 sehingga 3, saya memasuki Kelas Rancangan Khas (KRK)  yang menempatkan pelajar-pelajar cemerlang dalam UPSR. Pada mulanya, kami tidak rapat & sering bergaduh. Namun setelah hampir 2 tahun belajar dalam satu kelas yang sama, kami akhirnya rapat sehingga sekarang walaupun masing-masing telah membawa haluan mereka sendiri untuk mengejar cita-cita. Mereka merupakan kawan sekelas yang terbaik & tiada siapa dapat menggantikan mereka.

Selepas habis SPM, saya diterima untuk masuk ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Sebenarnya, saya juga ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang akauntan di UITM Alor Gajah. Namun, saya menolak kerana saya tiada asas akaun & lebih meminati bidang sains komputer. Oleh sebab itu, saya memilih untuk ke KMNS. Pada awalnya, saya mendapat jurusan sains modul 1 iaitu Biologi tetapi saya membuat permohonan menukar ke modul 2 kerana saya lebih meminati sains komputer.

Saya bersyukur kerana di sini, saya mendapat kawan-kawan baru yang baik. Saya mempunyai rakan sebilik yang terbaik kerana dengan mereka, saya menjadi diri sendiri & mereka menerima saya dan melayan saya dengan baik sekali. Sejujurnya, sebelum memasuki KMNS, saya risau saya dapat rakan sebilik yang tidak 'ngam' dengan saya tetapi alhamdulillah tidak.






SMK Datuk Haji Abdul Samad


RK BATCH 99'





S2CP8's girls


S2CP8
HOME