Biodata
Education
Career
Hobby


Carmen & Jessica

Selepas menamatkan pengajian di Matrik, saya merancang untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sains Komputer iaitu Perisian Komputer. Hal ini kerana saya amat meminati bidang komputer. Saya berharap saya dapat meneruskan cita-cita saya ini.

Bercerita tentang cita-cita, pada mulanya saya ingin menjadi seorang guru. Saya rasa jadi seorang guru merupakan sesuatu yang seronok kerana boleh mengajar orang lain untuk menjadi lebih pandai. Disebabkan saya seorang yang sangat pemalu & mempunyai hati yang sensitif, saya melupakan cita-cita tersebut. Saya berkata demikian kerana, ibu saya yang merupakan seorang guru tadika, pernah memberitahu bahawa sesiapa yang ingin menjadi guru, perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi & tidak malu untuk bercakap.

Semasa menunggu keputusan SPM keluar dulu, saya membantu ibu saya mengajar budak-budak tadika membuat kerja sekolah. Saya mengajar seorang budak cina perempuan yang pada mulanya langsung tidak faham bahasa melayu. Saya hampir putus asa untuk mengajarnya kerana saya juga tidak faham bahasa cina, jadi, susah untuk kami berkomunikasi. Namun lama-kelamaan, dia mula memahami bahasa melayu dan prestasinya makin meningkat.




HOME