nikki palikat maharani of m-pop

SHOWS DURING SECRETARIES WEEK
Nikki will be performing at the following showcases: A Dazzling Afternoon (5 April 2007 at Sheraton Subang) and Fergalicious Diva (12 April 2007 at Shangri-La Hotel).

MAHARANI RE-ISSUED
Nikki's debut album Maharani has been re-issued and is being distributed by Sony BMG. The enhanced album contains bonus tracks and music videos. Get your copy in record stores now!

Newspaper Articles:

SEMANGAT MAHARANI
BENAR untuk meniti tangga kejayaan, banyak laluan berliku terpaksa ditempuhi. Perjalanan Nicolette Louisa Palikat atau lebih akrab disapa Nikki juga menempuhi keadaan yang sama. Setahun mengumpul doa, mengharap keajaiban akan singgah dan hari ini, sinar kejayaan mula berpihak kepadanya.

Bermula dengan kejayaan mengungguli Vokal Duo Pilihan, Anugerah Era, tahun lalu, karier Nikki semakin kukuh apabila dia sekali lagi dicalonkan bersama Zahid pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006. Meskipun tewas di tangan Mawi dan Jamal Abdillah, pencalonan itu berjaya memperkasakan nama gadis dari Sabah ini untuk berada dalam senarai popular.

“Pencalonan itu banyak membuka ruang untuk Nikki lebih dekat dengan peminat. Disebabkan masalah edaran, album pertama Nikki tidak sempat dipromosikan dengan berkesan. Dan itu membuatkan Nikki kurang dekat dengan peminat walaupun lagu kerap diputarkan.

“Percaya atau tidak, masih ada peminat yang bertanya bila album pertama Nikki akan berada di pasaran? Dengan siri promosi bersama ABPBH 2006 lalu, Nikki bersyukur kerana berpeluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Lebih gembira lagi, album sulung Nikki itu juga sudah kembali diedarkan,” katanya.

Sejak Maharani dilancarkan semula 28 November lalu, Nikki makin menyerlah dengan imej matang dan dewasa. Imej yang nyata bertepatan dengan peningkatan usianya yang menjangkau 22 tahun.

Sebagai bonus, juga melengkapkan lagi album yang memperkenalkan nama Nikki menerusi lagu Pinta ciptaan Hazami dan Caramu sentuhan Audi Mok, penyanyi itu menghadiahkan peminat dengan rakaman terbaru, Drama kolaborasinya bersama Ning Baizura dan Yanie.

Turut dimuatkan adalah klip video Caramu kerana ia mendapat permintaan tinggi peminat.

“Beberapa perubahan dibuat termasuk menukar kulit album yang lebih elegan dan ceria. Ramai berkata kulit album lama kurang sesuai, malah Nikki nampak tidak bermaya. Disebabkan itu, pengurusan bertindak membuat beberapa pembaharuan supaya Nikki tampil matang tetapi bergaya.

“Hasil perbincangan dengan pengarah seni, Isma Yusof, kami mencari formula terbaik dan pada masa sama memenuhi cita rasa peminat semasa. Syukur kerana ramai memuji, selain kehadiran Nikki makin disedari sejak Maharani dilancarkan semula,” katanya.

Mahu terus pikat peminat

MAHARANI yang menjadi judul album pertamanya itu membawa makna yang terlalu besar buat Nikki. Disebabkan itu, walaupun sudah hampir dua tahun di pasaran, Nikki tidak pernah berputus asa untuk terus memperkenalkan album itu.

Bagi Nikki, Maharani sarat dengan lagu berkualiti dan sayang jika ciptaan yang baik itu terbiar tanpa dipromosikan dengan berkesan.

“Nikki sendiri tidak sanggup melepaskan Maharani begitu saja. Sudah terlalu banyak keringat yang dicurahkan, pastinya Nikki ingin melihat ia berhasil. Kerana itu, Nikki rela tidak tergesa-gesa merakamkan album kedua. Maharani masih punya nyawa dan Nikki akan berusaha untuk memenangi hati peminat,” katanya penuh semangat.

Album itu pada mulanya diedarkan NAR Records pada 28 November 2005. Bagaimanapun, atas beberapa masalah, pengedaran album itu terhenti dan bermula 28 November 2006, proses pengedaran diambil alih Sony BMG Music Entertainment.

“Memang laluan Nikki penuh dengan dugaan tetapi Nikki tetap positif menghadapinya. Untuk apa Nikki pantas kecewa jika hati Nikki masih kuat percaya peluang mencipta nama sentiasa terbuka luas. Dalam hal ini, Nikki banyak berterima kasih kepada pengurus, Vernon Kedit dan Kak Ning.

“Mereka sentiasa meletakkan kepercayaan yang tinggi dan kerana itu, Nikki terus bersemangat untuk menyusun langkah,” katanya.

Ketika ini, pengurusannya memilih lagu Imaginasi sebagai kelangsungan untuk memanjangkan karier nyanyian Nikki yang mendadak naik dengan Caramu.

“Agak sukar juga memilih single yang sesuai kerana lagu Caramu terlalu kuat. Bimbang jika tersalah pilih nama Nikki akan tenggelam. Bagaimanapun, Nikki percaya Imaginasi adalah lagu yang baik kerana ramai menaruh keyakinan terhadapnya.

“Keyakinan itu memberi harapan buat Nikki,” katanya. - Berita Harian, 19 March 2007

NIKKI: SAYA OK DENGAN ELYANA
Di awal pembabitannya sebagai anak seni, Nikki pernah dikatakan berlagak 'diva'. Setelah isu itu reda, kecoh pula kontroversi antara dia dan Elyana yang dikatakan berselisih faham semasa pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu baru-baru ini.

Gosip dan kontroversi seperti itu bagi Nikki tidak dinafikan memang sedikit-sebanyak berjaya 'menaikkan' namanya, tetapi jauh di sudut hatinya Nikki agak kesal dengan tuduhan yang dilemparkan di saat dirinya sedang mengukir nama di persada ini.

Cuma dia bernasib baik kerana sentiasa mendapat sokongan daripada sifu, Ning Baizura dan pengurusnya Vernon yang banyak membantu Nikki mengharungi onak ranjau di dalam industri ini.

"Saya rasa terkilan juga kerana baru tiga tahun bergelar artis, saya terpaksa lalui kontroversi seperti ini. Memang saya akui, kontroversi dan gosip adalah lumrah dalam industri ini dan memang kita tidak boleh lari.

"Mungkin saya lebih terkenal sekarang berbanding dulu, tetapi buat apa dikenali kerana kontroversi?," ujar Nikki yang ditemui ketika hadir di Menara Star baru-baru ini.

Menjelaskan lagi isu kontroversi 'perbalahan' antaranya dan Elyana, penyanyi yang berasal dari Sabah ini akui sudah malas memikirkan mengenai perkara itu kerana menurut Nikki, tiada apa yang perlu diperjelaskan antara dia dan Elyana.

"Memang ramai yang bercerita mengenai hal ini di laman forum di Internet. Bila saya terbaca benda tu, memang saya akui akan rasa tertekan untuk seketika. Tetapi, saya suka positifkan diri dan saya rasa sudah cukup bersedia dari segi mental dan fizikal.

"Bila rasa down, saya akan cuba bandingkan masalah yang saya hadapi ini dengan masalah Kak Ning yang lebih besar pernah dia alami sebelum ini. Jika dia boleh tanganinya dengan baik, pasti saya juga mampu lakukan," kata Nikki.

Jelasnya lagi, hubungannya dan Elyana tidak pernah terjejas ekoran isu tersebut. Walaupun tidak pernah bersua muka mahupun menghubungi antara satu sama lain selepas tercetusnya perkara itu, Nikki yakin hubungan mereka tetap baik.

"Saya sendiri tahu isu ni timbul kerana ada pihak yang cuba melaga-lagakan kami. Saya dengan dia tetap ok dan saya tidak rasa bila berjumpa dengannya selepas ini hubungan kami akan jadi kekok pula.

"Sebelum timbulnya isu ini lagi, kami memang tidak pernah hubungi satu sama lain, hanya berjumpa di mana-mana show saja. Bila berkesempatan jumpa di show, memang kami akan banyak bercerita tentang muzik," tambah Nikki.

Maharani 're-issue' bukan kerana jualan album teruk

Album sulungnya, Maharani telah pun dipasarkan sejak November 2005 oleh NAR Records. Setahun berada di pasaran, album tersebut diedarkan semula atau 're-issue' oleh Sony BMG pada November tahun lepas.

Menafikan edaran semula album tersebut dibuat kerana jualan album yang teruk, Nikki berkata langkah itu sebenarnya diambil untuk meluaskan lagi pasaran bagi album Maharani itu.

"Kak Ning dan Vernon selalu berpesan supaya jangan fikir untuk menyanyi di sini saja, tetapi kena fikirkan juga bagaimana untuk meluaskan lagi karier saya ke peringkat antarabangsa. Jadi, bila album ini di 're-issue', saya rasa ini satu langkah yang baik untuk ke arah itu.

"Tidak ada kena-mengena dengan isu penjualan album lembab atau tidak, proses ini hanya melibatkan pertukaran pengedar. Ketika mula dipasarkan dulu, album ini mendapat sambutan yang baik. Jadi saya harap bila diedarkan semula, ia akan mendapat respon yang lebih baik," ujar Nikki.

Album ini diedarkan semula dengan konsep kulit album dan susunan lagu yang baru, berserta dua buah klip video. Jika sebelum ini sebanyak 25 buah lagu dimuatkan, kini ia tampil dengan 21 buah lagu termasuk lagu bonus 'Drama' nyanyian Nikki bersama Ning dan Yanie.

"Saya lebih suka edisi ini sebab kulit album dia lebih cantik, hasil rekaan Isma Yusoof. Ia lebih bertepatan dengan genre muzik yang saya bawakan. Dari segi lagu, tiada apa yang berubah, cuma kita masukkan lagu 'Drama' sebagai lagu bonus," ujarnya.

Bagi Nikki, dia tidak merasakan pengedaran semula album ini seperti membuang masa, sedangkan dia sudah boleh mula mengumpulkan material untuk album seterusnya ketika ini.

"Buat apa terburu-buru hasilkan album baru, sedangkan masih banyak lagu-lagu yang bagus di dalam Maharani. Buat masa ini, kami sedang cuba untuk keluarkan lebih banyak single daripada album ini," kata Nikki yang kini popular dengan single terbarunya Imaginasi yang sedang hangat diputarkan di stesen-stesen radio. - MStar, 9 March 2007

 

NEWSBAR :: Get the re-issue of MAHARANI which includes two new tracks, Drama and Caramu (new version), and music videos of Caramu and Imaginasi :: Catch Nikki's performances at Sheraton Subang on April 5th, 2007 and Shangri-La Hotel on April 15th, 2007 in conjunction with Secretaries Week ::

Best viewed with Internet Explorer. Designed and managed by BAZZ ©2007

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1