Berita RB | Perpustakaan | Kedai Buku | Penulis Tanahair
DAFTAR DIRI
Anda berminat menjadi Sahabat Rumah Buku? Buat masa sekarang keahlian adalah percuma dan mendaftarkan diri adalah semudah membilang 1-2-3 atau menyebut A-B-C. Sila tinggal pesan pada pemilik Rumah Buku di salah satu dari tiga tempat ini:
  1. E-mail ke [email protected];
  2. Tinggalkan pesan di Yahoo Messenger: [email protected]; atau
  3. Tinggalkan pesan di Blog Alias-Neng;
beserta nama (asal atau panggilan), e-mel, tahun lahir, lokasi dan blog anda sekiranya ada. Maklumat anda tidak akan didedahkan selain untuk kegunaan rasmi Rumah Buku.

Rumah Buku belum ada acara khusus untuk ahli. Tapi pada masa depan inilah antara yang dirancangkan:
  1. Mencari sebuah bangunan sesuai untuk koleksinya
  2. Mengadakan Kumpulan Bincang Buku [boleh jemput penulis-penulis seperti yang dilakukan Kinokuniya, Silverfish, MPH]
  3. Melatih remaja menguruskan perpustakaan pada musim cuti sekolah
  4. Mengadakan program berkait buku untuk anak-anak dan remaja [Remaja Cinta Buku atau sebagainya]
  5. Melobi pihak berkuasa supaya mengadakan sebuah perpustakaan untuk setiap daerah di negeri-negeri Malaysia [Projek Satu Daerah Satu Kutubkhanah]
Sebenarnya masih cari idea-idea lain yang lebih segar dan hebat. Sesiapa yang sudi meributkan otaknya (brainstorming) untuk Rumah Buku, boleh saja. Jasanya akan Rumah Buku pahatkan di tiang seri.

A little library, growing larger every year, is an honorable part of a man's history. It is a man's duty to have books. A library is not a luxury, but one of the necessaries of life.

HENRY WARD BEECHER


Tentang Rumah Buku
Laman Depan
Halatuju
Peraturan
Organisasi
Hubungi Kami
Koleksi
Koleksi Biasa
Koleksi Istimewa
Penerbitan Berkala
Rujukan Sekolah
Sahabat Rumah Buku
Jadi Sahabat
Senarai Sahabat
Pendukung
Mahu menyumbang sesuatu untuk Rumah Buku?
Silakan klik di sini.

Dan ini nama-nama pendukung di tiang seri.
Tinggalkan Ole-Ole
Beri sedikit ole-ole sebelum pergi ya. Bibir kami akan menguntum senyum paling manis kerananya.
Hosted by www.Geocities.ws

1