Berita RB | Perpustakaan | Kedai Buku | Penulis Tanahair
LAMAN DEPAN
Rumah Buku (RB) diwujudkan dalam rangka mengemaskinikan perpustakaan peribadi. Harapan pemilik satu hari nanti adalah untuk membuka sebuah perpustakaan kecil untuk komuniti, kerana masih ramai ahli komuniti yang tidak akrab dengan buku. Tidak kira disebabkan himpitan hidup atau kurang mengerti kepentingannya. Padahal hakikat zaman menunjukkan buku bukan lagi satu kemewahan, bahkan keperluan.

Oleh sebab Rumah Buku (RB) masih dalam peringkat pengumpulan dana dan meningkatkan kemahiran kepustakawanan, maka usaha setakat ini hanya terbatas di dunia maya. Apabila keadaan mengizinkan kelak, diharap jalan pertama yang dirintis di sini akan memudahkan usaha untuk memantapkannya - dengan mencari sebuah premis tetap dan wujud sebagai organisasi rasmi.

Sedikit sebanyak Rumah Buku (RB) mengambil inspirasi dari kesungguhan projek Komunitas 1001 Buku di Indonesia kerana kagum dengan keinginan mereka menyumbang sesuatu untuk anak bangsa. Pihak Rumah Buku (RB) ingin menerapkan usaha tersebut di Malaysia untuk menyuburkan budaya baca anak bangsa sendiri. Sekiranya anda ingin bergabung dengan Rumah Buku tidak kira dari sudut apa pun maka itu adalah sangat dialu-alukan.

Sedikit masa lagi Rumah Buku (RB) bercadang untuk membenarkan pinjaman bagi koleksi yang dimilikinya melalui pertukaran suka sama suka, sepertimana yang dianjurkan oleh Kelab Buku GengJurnal di bawah nama Projek Kitab Pandai Terbang. Pinjaman secara perpustakaan awam adalah sasaran Rumah Buku (RB) pada masa depan.

Dengan ini Rumah Buku membuka keahlian percuma bagi sesiapa yang berminat menjadi Sahabat Rumah Buku (RB). Bentuk keahlian percuma ini adalah sehingga suatu waktu yang akan ditentukan kelak. Walaupun tiada sebarang aktiviti yang akan dianjurkan dalam masa terdekat, Rumah Buku (RB) akan sangat-sangat menghargai sokongan semua. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, sila hubungi kami.


A little library, growing larger every year, is an honorable part of a man's history. It is a man's duty to have books. A library is not a luxury, but one of the necessaries of life.

HENRY WARD BEECHER


Tentang Rumah Buku
Laman Depan
Halatuju
Peraturan
Organisasi
Hubungi Kami
Koleksi
Koleksi Biasa
Koleksi Istimewa
Penerbitan Berkala
Rujukan Sekolah
Sahabat Rumah Buku
Jadi Sahabat
Senarai Sahabat
Pendukung
Mahu menyumbang sesuatu untuk Rumah Buku?
Silakan klik di sini.

Dan ini nama-nama pendukung di tiang seri.
Tinggalkan Ole-Ole
Beri sedikit ole-ole sebelum pergi ya. Bibir kami akan menguntum senyum paling manis kerananya.
Kali terakhir dikemaskinikan pada 15 Mei 2004.
Hosted by www.Geocities.ws

1