Nenasi Motel & Recreation,
Nenasi, 26680 Pekan,
Pahang Darul Makmur.

012-9533906
013-9566565

NENASI MOTEL AND RECREATION™ merupakan satu-satunya pengkalan 'one stop angling paradise' di kawasan Pekan, Pahang. Segala kemudahan termasuk tempat penginapan dan aktiviti memancing yang disediakan secara pakej menjadikan ia sebagai lokasi rekreasi alternatif bagi pemancing. Dikunjungi oleh warga tempatan dan pelancong asing membuktikan pihak kami dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan pilihan tepat bagi kaki pancing. Pemancing hanya perlu membawa joran dan peralatan memancing yang lain. Segala keperluan lain disediakan oleh pihak motel. Umpan, ais serta makanan dan minuman disediakan secara pakej.
Kedudukan NENASI MOTEL AND RECREATION™ yang strategik berdekatan dengan Jambatan Nenasi dan berada kira-kira 2 rantai daripada jeti memberi kelebihan kepada pemancing untuk memunggah alatan memancing mereka. Mereka tidak perlu bersusah payah memikul alatan memancing ke dalam bot yang disediakan. Setiap bilik mempunyai 4 katil bujang yang selesa dan terdapat bangunan berasingan untuk berehat sambil mengikat kail dan perambut. Kenderaan pemancing dipastikan selamat berada di halaman motel berpagar yang sentiasa dikunci, tanpa dikenakan apa-apa bayaran.


All Right Reserved :: Nenasi Motel And Recreation™ 2004 :: Last updated on 26th May 2004
Hosted by www.Geocities.ws

1