menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > XPDC - V6

XPDC - V6

xpdcv6cover.jpg
 Artis :
XPDC

 Album : V6

 Tahun : 2002

 Edaran :
 Hup Hup Sdn. Bhd. (Life Records)

 

Lagu

01. Berdesup Cahaya
02. Kaca
03. Sakinah
04. Monggol Dah Pulang
05. Hujan Airmata
06. Anti Perang
07. Selamat
08. Haprak
09. Aku Datang Sekejap Lagi
10. Hilang Satu Skrew

5:14
6:11
5:37
5:50
6:26
4:37
6:15
6:05
7:11
5:29

Ulasan

Album terbaru XPDC, V6 dihasilkan selama 2 tahun. Kini, hanya Izo saja anggota asal XPDC yang tinggal. Walau bagaimanapun, hasil selama 2 tahun ini tetap menyengat. Kualiti album ini dapat dirasai dari kulit albumnya sehingga ke muziknya.
  V6 menampilkan 5 lagu berentak perlahan dan selebihnya lagu berentak pantas. Masih mengekalkan muzik metal, lagu pertama iaitu Berdesup Cahaya menggambarkan betapa album ini menampilkan kematangan berterusan XPDC. Penggunaan irama koboi benar-benar menonjol dalam lagu ini. Begitu juga lagu-lagu yang lain yang cuba menghasilkan irama yang berlainan bagi setiap lagu. Sebagai contoh, pada akhir lagu Sakinah menampilkan irama yang mengingatkan kita kepada lagu Nothing Else Matters nyanyian Metallica. Lagu Kaca dan Hujan Airmata pula meneruskan usaha XPDC sebelum ini dengan menggunakan iringan orkestra. Hasilnya tidak mengecewakan dan kena dengan irama lagunya.
  Secara keseluruhan, V6 merupakan album metal yang mantap. Peminat setia XPDC sudah tentu memiliki album ini. V6 merupakan hasil terbaik XPDC selepas album Brutal.

Rating : 4/5

Ditulis : 13/11/2002
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1