menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Wings Awie - Naga Kramat

Wings Awie - Naga Kramat

wingsawiecover.jpg
Artis :
Wings & Awie

Album :
Naga Kramat

Tahun
: 2002

Terbitan
:
BMG Music (M) Sdn Bhd

 

Lagu

01. Ameringo
02. Ranggi Metropolis
03. Dewi Sakti Malam
04. Entah Kiri Entah Kanan
05. Kota Langit (KL)
06. Sebelum Pasti
07. Jumpa Hilang
08. Kuda Hujan
09. Sayap Illusi
10. Lubuk Pusing
11. Rantau Kebiruan
12. Med. Re-Union
13. Istimewa

5:05
5:00
5:15
5:06
4:43
4:28
3:36
4:44
5:08
4:03
5:40
7:01
6:36

Ulasan

Gabungan bekas vokalis Wings, Awie dan Wings untuk menghasilkan album bukanlah sesuatu yang mustahil, lebih-lebih lagi apabila bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama. Naga Kramat terhasil setelah lebih 8 tahun Awie meninggalkan Wings.

  Wings masih membawa muzik rocknya yang dulu tetapi lebih bertenaga dan keras berbanding zaman kegemilangannya dulu. Album-album Wings bersama bekas vokalisnya Mus sebelum ini menampakkan hala tuju ini. Naga Kramat meneruskan muzik sedemikian tetapi muziknya lebih mengingatkan kepada zaman Awie bersama Wings dahulu. Cuma muziknya kali ini lebih bertenaga dan keras. Oleh itu, bukan semua peminat bakal menyukai album ini. Mungkin sukar untuk mengulangi kembali zaman kegemilangan mereka dahulu, dan banyak pemuzik juga bermasalah serupa. Vokal Awie juga sedikit berlainan jika dibandingkan dengan hasil karya Awie sebagai artis solo sebelum ini. Mungkin kerana membawa lagu hard rock agaknya.

  Single pertama, Ranggi Metropolis begitu memikat apabila keluar dari tema cinta dan berentak sederhana. Saya menganggapnya antara lagu Wings dan Awie yang terbaik pernah dihasilkan. Lagu-lagu lain dalam album ini kebanyakannya berentak keras tetapi masih mengekalkan imej Wings. Hanya satu lagu iaitu Sayap Illusi yang lebih menampakkan sentuhan Awie dengan berentak balada tanpa imej muzik Wings. Kepada yang ingin mengimbau kenangan lalu, terdapat 2 lagu medley yang menggabungkan lagu-lagu Wings bersama Awie sebelum ini iaitu Med. Re-Union dan Istimewa.

  Naga Kramat bukannya untuk semua. Ia lebih sesuai untuk peminat rock dan Wings kerana muzik yang dibawa kali ini.

Rating : 3/5

Ditulis : 15/05/2002
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1