menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Star Wars : Ep 1 The Phantom Menace

Star Wars : Ep 1 The Phantom Menace

Tahun : 2001
Region : 1
Panjang :
Rating : PG
Audio : English (Dolby Digital 5.1 EX),
English (Dolby Surround 2.0)
& Spanish (Dolby Suuround 2.0)
Subtitles : English
Special Features :
- Audio Commentary
- 7 Exclusive Deleted Scenes
  and Documentary
- The Beginning
- Multi-Angle Animatics
  - Submarine Sequence
  - Podrace Lap 1
- Featurettes
  - Visual Effects
  - Costumes
  - Design
  - Fights
  - Story
- 12 Web Documentaries
- Exclusive Production Photo Galleries
- "Duel of the Fates" Music Video
- Posters and Print Campaign
- Trailers and TV Spots
- "Star Wars : Starfifghter - The
  Making of a Game" from LucasArts
- Exclusive DVD-ROM Content

Star Wars : Episode 1 The Phantom Menace (Phantom Menace) telah berada di pasaran pada 16 Oktober 2001. Ia merupakan DVD pertama dari 6 filem Star Wars yang telah dan akan ditayangkan nanti. Masa yang lama diperlukan untuk mengeluarkan DVD ini semata-mata untuk memastikan Special Features di dalam DVD ini akan memuaskan hati peminat Star Wars. Sebagai contoh, 7 babak yang tiada di dalam filem disiapkan semata-mata untuk DVD ini.
  Phantom Menace merupakan prequel pertama kepada trilogi Star Wars. Ia memulakan kisah bagaimana Anakin dijumpai oleh Jedi bernama Qui-Gon Jinn bersama anak muridnya Obi-Wan Kenobi. Ia berlaku dalam suasana planet Naboo yang diperintah oleh Queen Amidala dikepung oleh Trade Federation dan kemunculan Dark Side melalui Darth Maul dan gurunya.
  Saya melihat Phantom Menace sebagai filem sains fiksyen yang menarik tetapi dialognya kadang-kadang kurang berkesan. Ramai peminat Star Wars kurang menyukai filem ini. Memang sukar untuk menyaingi filem trilogi Star Wars yang sudah lama berlalu. Saya lebih menyukai kesan-kesan khas yang dipamerkan dalam filem ini daripada jalan ceritanya.
  Kualiti video terbaik dapat dilihat di sini tetapi tidak sempurna. Terdapat beberapa babak yang dapat dilihat edge enhancement yang begitu ketara dan sedikit mencacatkan kualiti video yang sudah sedia cantik ini. Kualiti audio pula mengkagumkan. Memandangkan filem ini menggunakan kesan khas yang banyak, sudah pasti segala bunyi kesan khas yang dipaparkan dalam filem ini begitu terserlah dalam audio Dolby Digital 5.1 Surround EX. Dengarkan bunyi peperangan, terutama sekali bunyi lightsaber beradu kekuatan.
  Special Features dalam Phantom Menace dihasilkan setelah format DVD semakin mendapat perhatian kini berbanding ketika ia ditayangkan di panggung sebelum ini. Hasilnya cukup berbaloi. Antara yang menarik untuk diperkatakan ialah dokumentari The Beginning yang menceritakan secara eksklusif penghasilan Phantom Menace sehingga tayangan umumnya yang pertama. CG juga telah disiapkan sepenuhnya demi babak yang telah dibuang sebelum tayangan panggung. Terdapat 7 babak dan 2 babak iaitu Extended Podrace Lap 2 dan The Air Taxi Sequence dimasukkan dalam filem untuk DVD ini. Tidak lupa juga untuk menu utamanya yang dibuat dalam 3 versi. Secara keseluruhan, ia adalah hasil yang memuaskan semua peminat.
  Phantom Menace adalah DVD yang perlu dimiliki buat peminat filem Star Wars dan filem sains fiksyen. Kualiti persembahannya sudah cukup untuk memastikan kepuasan maksimum di dalam dunia Star Wars.

Rating
Filem :
3/5
Special Features : 4/5
DVD : 5/5

Ditulis : 25/10/2001
Dikemaskini : 28/12/2002

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1