menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Soalnya Siapa

Soalnya Siapa

ssiapacover.jpg
Tajuk : Soalnya Siapa

Tahun : 2002

Terbitan :
Serangkai Filem Sdn Bhd

Edaran :
Golden Satellite (M) Sdn. Bhd.

 

Soalnya Siapa merupakan sambungan filem Soal Hati. Percintaan Ahmad Daniel (Afdlin Shauki) dan Nurul Ain (Erra Fazira) mula teruji apabila Ain mula bersikap dingin dengan Daniel. Ain mula melanjutkan pelajaran di USM. Kehadiran bekas kenalan Ain suatu ketika dahulu turut mengganggu Ain. Apabila lelaki tersebut meminang Ain, Ain terus menerima. Ini merupakan tamparan hebat kepada Daniel. Dalam kekalutan yang timbul, Daniel secara sengaja mengakui Prof Dr Sofiah (Ellie Suriaty), pensyarah Ain, adalah tunangnya bagi menyakiti hati Ain. Segalanya berakhir dengan baik apabila Ain memberitahu Daniel apa yang merisaukannya selama ini dan mereka berbaik semula.
  Filem ini meneruskan formula yang dimulakan oleh Soalnya Hati tetapi dengan hasil yang lebih mantap. Saya suka melihat telatah Afdlin Shauki sebagai Ahmad Daniel. Walau bagaimanapun saya melihat cara pemakaian Prof Dr Sofiah terlalu pelik selaku seorang pensyarah. Jambang Daniel semasa kecewa dengan tindakan Ain juga dilihat tidak asli.
  Persembahan filem ini dalam VCD ini sederhana tetapi audionya bagus. Ia juga diserikan dengan sarikata bahasa Inggeris. Apa pun, saya kurang gemar apabila CD diletak bertindih dalam pakejnya kerana khuatir akan calar.
  Sedikit kelemahan tidak memudarkan pandangan saya bahawa Soalnya Siapa sebuah filem cinta komedi yang mantap.

Filem : 3/5
VCD : 3/5

ssiapa1.jpg

ssiapa2.jpg

Ditulis : 12/06/2003
 

<< ulasan

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1