menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Raihan - Demi Masa

Raihan - Demi Masa

dmasacover.jpg
Artis : Raihan

Album : Demi Masa

Tahun
: 2001

Terbitan :
Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

 

Setelah 2 tahun tanpa album baru, Raihan kembali dengan album Demi Masa. Album ini berada di pasaran dalam suasana sedih apabila salah seorang anggotanya, Azahari Ahmad meninggal dunia pada 29 September 2001 sebelum sempat album ini berada di pasaran. Oleh itu, ketiadaan promosi buat masa ini menyebabkan orang ramai tidak menyedari kehadiran album ini yang tertangguh pengedaran asalnya pada 2 Oktober 2001.
Demi Masa merupakan album keenam selepas Puji-Pujian, Syukur, Senyum, Maafkan (album raya) dan Koleksi Nasyid Terbaik.

Lagu

01. Tihamah
02. Demi Masa
03. Kasih Sayang
04. Mari Berhibur
05. Bonds Of Love
06. Puji-pujian II
07. Carilah Cinta
08. Ashabul Kahfi
09. Yang Disembah
10. Kita Sama

5:15
5:03
4:10
4:00
4:34
5:18
4:55
4:04
4:48
4:03

Komen

Album Demi Masa menampilkan kelainan yang tidak ketara dari segi lagu, lirik serta mesej yang hendak disampaikan kepada pendengar. Single pertama iaitu Demi Masa sudah lari dari single-single sebelum ini yang menarik minat kanak-kanak untuk menghafal seperti Puji-pujian, Syukur, 25 Rasul dan Bismillah. Lirik Demi Masa cukup mudah untuk difahami, dihayati dan dilafaz tetapi ditujukan kepada sejagat dengan rentak muzik yang perlahan berbanding single-single sebelumnya yang rancak.
  Album Demi Masa ini menampilkan persembahan yang mantap sesuai dengan kematangan Raihan di dalam bidang seni suara. Vokal berkumpulan yang dihasilkan di sini memang mantap dan harmoni seperti sebelumnya. Terdapat beberapa mesej yang diutarakan di sini seperti nasyid Ashabul Kahfi yang menceritakan kisah Ashabul Kahfi. Selain itu, nasyid Mari Berhibur yang mengajak kita supaya berhibur dengan cara yang betul.
  Nasyid Puji-pujian II adalah sambungan kepada nasyid Puji-pujian sebelum ini yang memaparkan betapa jauhnya mesej Islam telah disampaikan ke seluruh dunia. Kali ini, susunan muziknya lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Peminat nasyid sudah pasti tidak menghadapi masalah untuk mendengar dan menghayati nasyid di dalam album ini.
  Kepada mereka yang inginkan anjakan paradigma seperti Rabbani melalui Intifada dan Pergi Tak Kembali, Raihan tidak melakukannya. Sebaliknya, Raihan kekal dengan susunan muziknya sebelum ini yang diperkemaskan sesuai dengan kematangan mereka.
  Secara keseluruhannya, album Demi Masa adalah album yang harus dimiliki oleh peminat nasyid dan Raihan. Kepada peminat muzik tanahair, anda harus membeli album ini kerana kemantapan dan kematangan yang ditampilkan Raihan di dalam album ini. Pastikan anda membeli yang original dan anggaplah ia sebagai satu sedekah buat arwah.

Rating : 4/5

Ditulis : 15/10/2001
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1