menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Rabbani - Aman

Rabbani - Aman

rabamancover.jpg
Artis :
Rabbani

Album : Aman

Tahun : 2001

Terbitan :
EMI (Malaysia) Sdn Bhd

 

Lagu

01. Aman
02. Apa Yang Kau Tahu
03. Surah Yunus, Ayat 5
04. Kerlipan Cinta
05. Surah al-Baqarah, Ayat 45
06. Suluh Budiman
07. Khairul Bariah
08. Surah at-Taubah, Ayat 128-129
09. Siramilah Taman Nurani
10. Hadith 1 - Ilmu
11. Anta Ya Rahman
12. Hadith 2 - Keredhaan Allah
13. Kaca Permata
14. Surah al-Qasas, Ayat 58
15. Maulana
16. Hadith 3 - Hijrah & Jihad
17. Irtihal

4:14
3:20
2:21
4:30
1:21
5:36
6:04
3:06
4:31
0:35
4:33
0:35
4:47
2:02
5:07
0:25
3:58

Ulasan

Aman menampilkan muzik yang tidak banyak berbeza berbanding dengan album Intifada sebelum ini. Bezanya, Intifada tidak menampilkan bacaan ayat suci al-Quran dan Hadith seperti album-album sebelumnya dan album Aman. Album ini mengandungi 6 lagu berbahasa Malaysia, 4 lagu berbahasa Arab, 4 bacaan ayat suci al-Quran dan 3 bacaan Hadith.
  Lagu single pertama, Aman menampilkan irama pop yang sesuai dikelaskan sebagai nasyid kontemporari. Saya jangkakan lagu ini akan popular. Lagu kedua dalam album ini, Apa Yang Kau Tahu, adalah ciptaan KRU dan saya jangkakan bakal menjadi single kedua. Sudah tentunya lagu ini akan dibandingkan dengan hasil karya KRU untuk Rabbani sebelum ini seperti Intifada dan Pergi Tak Kembali. Saya amat menyukai lagu ini kerana muziknya yang agak sesuai dan tidak terlalu menonjol seperti Intifada.
  Lagu-lagu lain yang saya sukai ialah Kerlipan Cinta, Suluh Budiman dan Khairul Bariyah. Lagu terakhir dalam Aman, Irtihal adalah lagu Pergi Tak Kembali yang dialih bahasa ke bahasa Arab. Penampilan komposer yang popular dengan lagu bukan nasyid seperti LY, Bong dan Azmeer benar-benar memberi kelainan seperti album Intifada. Ini kerana adanya irama nasyid yang dicampurkan dengan irama lain seperti pop dan ada juga lagu yang iramanya lebih kepada pop. Walau bagaimanapun kepelbagaian iramanya terhad berbanding dengan Intifada kerana ketiadaan beberapa komposer album sebelum ini. Ini mungkin petanda Rabbani sudah mendapat sentuhan irama yang sesuai dan perlu diikuti untuk album seterusnya.
  Secara keseluruhannya, Aman adalah album yang harus dimiliki oleh peminat nasyid. Jika anda menyukai album Intifada, anda harus mendapatkan album ini. Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, Aman kurang sedikit sengatnya berbanding Intifada. Mungkin Rabbani perlu memikirkan untuk menjarakkan waktu pengeluaran album kepada 1 setengah tahun atau 2 tahun untuk menampilkan persembahan yang lebih mantap pada masa hadapan. Sesungguhnya kepelbagaian irama nasyid yang sedang ditonjolkan Rabbani sekarang amat baik untuk memajukan irama nasyid supaya terus diterima peminat.

Rating : 3/5

Ditulis : 20/12/2001
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1