menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > OAG - Opera Radhi-O-Friendly

OAG - Opera Radhi-O-Friendly

radhicover.jpg
Artis :
OAG

Album :
Opera Radhi-O-Friendly

Tahun
: 2002

Terbitan
:
EMI (Malaysia) Sdn Bhd

 

Lagu

01. Slumber
02. Stanza
03. Mutiara
04. Natural
05. Figura Malaya
06. Biru
07. For Whatever
08. Senyawa
09. Tadapapaya
10. Hey!Hey!
11. Slumber (tidurlah Radhi)

4:14
5:25
5:04
4:27
5:23
3:56
3:19
4:28
1:36
1:26
4:12

Ulasan

Radhi-O-Friendly menrupakan album berbahasa Melayu OAG yang pertama. Sebelum ini OAG memulakan karier dengan album berbahasa Inggeris. Dalam masa yang sama, hanya seorang sahaja anggota OAG yang tinggal iaitu penyanyinya, Radhi. Oleh itu, OAG menggunakan khidmat pemuzik sessionist untuk menghasilkan album ini.
  Hasil pertama OAG dalam menghasilkan album berbahasa Melayu tidaklah mengecewakan, lebih-lebih lagi apabila menggunakan pemuzik sessionist. Single pertama OAG, iaitu Slumber berjaya menambat peminat dengan mengekalkan elemen muzik OAG sebelum ini dan memasukkan rentak retro. Kebanyakan lagu dalam album ini berentak sederhana dan mengekalkan elemen muzik yang sudah dibawa OAG sebelum ini. Penyanyinya, Radhi merupakan tunjang utama yang berjaya mengekalkan imej muzik OAG walaupun menghasilkan album berbahasa Melayu.
  Radhi-O-Friendly adalah hasil usaha yang baik bagi menembusi pasaran album berbahasa Melayu. Album ini juga memberi petanda bahawa artis-artis Positive Tone yang lain mungkin bakal menembusi pasaran yang sama.

Rating : 4/5

Nota penting : www.oag.com.my - Laman Rasmi OAG

Ditulis : 07/05/2002
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1