menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Mr. Cinderella

Mr. Cinderella

mrcinderellacover.jpg
Tajuk : Mr. Cinderella

Tahun : 2002

Terbitan :
Kuasatek Pictures Sdn. Bhd. dan
Skop Productions Sdn. Bhd.

Edaran :
Golden Satellite (M) Sdn. Bhd.

 

Mr. Cinderella merupakan filem pertama terbitan Kuasatek yang sebelum ini menghasilkan banyak drama televisyen yang memikat hati penonton. Apabila menonton filem ini pun, sudah dapat melihat persamaan terbitan Kuasatek seperti bahasa kiasan, pantun dan puitis yang digunakan dalam dialog.
  Mr. Cinderella mengisahkan Puteri Megawati lakonan Erra Fazira yang mencari orang yang menyelamatkan nyawanya dalam satu kemalangan dan menggunakan kasut yang ditinggalkan penyelamat tadi sebagai bukti. Hakimi (Yusry KRU) yang menyelamatkannya sebenarnya meminjam kasut kawannya, Kumin (Opie Zami). Maka berlakunya kekecohan apabila Kumin menyamar sebagai orang yang dicari Puteri Megawati. Subplotnya pula terdiri dari kisah Hakimi yang ingin rujuk semula dengan bekas isterinya, Melor (Umie Aida) yang kini berkahwin cina buta dengan Bob (Aziz M. Osman), dan Mumtaz (Kudsia Kahar) yang menugaskan Hakimi menulis skrip filem Mr. Cinderella berdasarkan kisah Puteri Megawati.
  Filem ini merupakan filem komersial ringan yang berjaya memikat hati penonton. Buktinya, ia berjaya mencapai kutipan jutaan ringgit. Mungkin kerana pelakon utamanya yang popular atau ceritanya sendiri. Saya melihat jalan ceritanya biasa sahaja tetapi diserikan dengan dialog dan persembahan yang baik. Kelainan dialognya berbanding filem Melayu yang biasa ditonton memberi nafas baru tetapi ia digunakan dengan banyak dalam filem ini sebagai satu tanda niaga Kuasatek. Saya juga melihat permulaan cerita ini membosankan dengan selitan adegan untuk orang yang dah kahwin sahaja.
  Persembahan filem ini dalam VCD hanya sederhana, seperti kebanyakan filem tempatan yang lain. Saya dapat melihat kualiti gambar yang baik tetapi ia tidak dibersihkan untuk terbitan VCD. Kualiti bunyi juga sederhana yang lebih sesuai untuk panggung wayang dan tidak dipindahkan dengan baik untuk VCD ini.
  Mr. Cinderella tidak mengecewakan sebagai filem hiburan ringan dan kualiti VCD yang selari dengan VCD tempatan yang lain.

Rating
Filem :
3/5
VCD : 3/5



Ditulis : 01/12/2002
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1