menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > M Nasir - Phoenix Bangkit

M Nasir - Phoenix Bangkit

phoenixcover.jpg
Artis : M Nasir

Album :
Phoenix Bangkit

Tahun : 2001

Terbitan :
Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

 

Setelah lebih 5 tahun menunggu album baru M Nasir yang mengandungi karya terbarunya, muncul album Phoenix Bangkit. Phoenix Bangkit memberikan pembaharuan dari muzik M Nasir yang selama ini menjadi siulan peminat seperti lagu Tanya Sama Itu Hud-hud, Bonda dll. dengan menyuntik irama Melayu dan Arab menjadi satu. Album ini juga yang pertama bersama syarikat rakaman Warner Music setelah berpindah dari BMG.

Lagu

01. Raikan Cinta
02. Masirah
03. Sahabat Gua
04. Phoenix Bangkit Dari Abu
05. Bila Rumi Menari
06. Dah Lagu Tu!
07. Melawan Arus
08. Langgam Pak Dogo
09. Oh!... Anak
10. Hijab Kekasih

5:12
5:02
5:48
5:23
5:40
4:22
5:40
6:21
4:04
6:03

Ulasan

Phoenix Bangkit bukanlah kesinambungan irama yang ditonjolkan M Nasir menerusi album-albumnya sebelum ini tetapi lebih kepada anjakan paradigma. Gabungan irama Melayu-Arab yang ditonjolkan M Nasir dalam album ini begitu menjadi. Hasilnya ialah irama yang agak berbeza. Seolah-olah tiada lagi irama Tanya Sama Itu Hud-hud, Bonda, Anak-anak Kita yang begitu sinonim dengan M Nasir.
  Hampir semua lagu dalam album ini menampilkan elemen Melayu-Arab. Lagu single pertama, Raikan Cinta yang sudah diputarkan di radio sebelum album ini dikeluarkan begitu menggamit minat. Lagu Bila Rumi Menari mengingatkan kita kepada lagu Ghazal Untuk Rabiah nyanyian Jamal Abdillah & M Nasir. Lagu Masirah agak berlainan kerana elemen Melayu-Arabnya tidak begitu jelas. Mungkin ia tidak dibuat demikian. Selain itu, lagu Hijab Kekasih terasa begitu biasa dengan irama Melayu. Tetapi kehadiran lagu-lagu ini tidak sedikitpun mencacatkan persembahan album ini yang sememangnya mantap.
  Secara keseluruhannya, Phoenix Bangkit adalah album yang mesti dimiliki oleh peminat muzik tanahair, terutama peminat muzik Melayu. Saya memberi rating 'killer album' kepada album ini.

Rating : 5/5

Ditulis : 20/12/2001
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1