menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Mission : Impossible - 2

Mission : Impossible - 2

Tahun : 2000
Region : 1
Panjang : 123 minit
Rating : PG-13
Format : 2.35:1 widescreen
Bahasa : English (DD 5.1)
& French (DS 2.0)
Subtitles : English
Bonus :
- Behind The Mission
- Mission Incredible
- Impossible Shots
- Commentary oleh John Woo
- Muzik video I Dissappear
- Mission Improbable
- Alternate Title Sequence
DVD-ROM :
- Agent Dossiers
- Misison Locations
- Legend of Chimera
- M:I-2 Tech Tools
- M:I-2 DVD Online

M:I-2 (Mission:Impossible-2) merupakan sambungan kepada filem Mission:Impossible yang memaparkan watak Ethan Hunt sebagai agen IMF, lakonan Tom Cruise. Berlainan dengan filem sebelumnya yang lebih kepada siri televisyen asal, M:I-2 lebih menekankan aksi-aksi yang mendebarkan arahan John Woo. DVD ini adalah Region 1, aspect ratio 2.35:1 widescreen dan bunyi Dolby Digital 5.1 English dan Dolby Surround 2.0 French. Ciri-ciri lain ialah filem selama 123 minit, dan subtitle English.

Filem (4/5)
Filem yang diarahkan oleh John Woo ini mengisahkan Ethan Hunt lakonan Tom Cruise ditugaskan untuk mencari dan mendapatkan virus Chimera dari tangan Sean Ambrose (Dougray Scott). Bagi melaksanakan tugas ini, Hunt perlu merekrut Nyah Hall (Thandie Newton) untuk mendapatkan maklumat dari Ambrose. Ambrose hendak menggunakan Chimera untuk mengjangkiti dunia dan seterusnya mengaut kekayaan melalui penghasilan vaksin yang sedia ada di tangannya. Filem ini memaparkan aksi-aksi mendebarkan hasil kerja John Woo yang terkenal dengan filem aksinya. Selain itu, muzik latarbelakang yang sesuai juga benar-benar membuatkan penonton berasa penuh bersemangat. Secara keseluruhannya, ini adalah filem aksi yang harus ditonton.

Video (5/5)
Kualiti video terbaik dapat dilihat di sini. Warnanya cerah dan gambarnya tidak langsung ada kesan-kesan pecah.

Audio (5/5)
Muzik latarbelakang, bunyi kesan khas, suara dan segala-galanya memang yang terbaik memandangkan filem ini bercorak aksi. Penggunaan bass memang jelas kelihatan melalui muzik latarbelakang yang menggoncangkan jantung dan aksi-aksinya. Kalau nak uji bunyi home theatre anda di rumah, DVD ini tidak akan mengecewakan anda.

Bonus Feature (4/5)
Bonus feature dalam DVD ini ialah Behind The Mission (temuramah belakang tabir), Mission Incredible (cerita tentang stunt), Impossible Shots (bagaimana 11 stunt dilakukan), Commentary oleh John Woo, muzik video I Disappear oleh Metallica, Mission Improbable (dari MTV Movie Awards) dan Alternate Title Sequence. Bonus DVD-ROM yang hanya boleh dilihat di komputer memaparkan Agent Dossiers, Mission Locations, Legend of Chimera, M:I-2 Tech Tools dan M:I-2 DVD Online yang dibangunkan menggunakan perisian Macromedia.

Kesimpulan (4/5)
Filem ini merupakan filem aksi yang bagus dan dipersembahkan di dalam pakej DVD yang sesuai. Kepada peminat filem aksi, jangan lepaskan DVD ini.



 

Ditulis : 25/09/2001
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1