mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Mei 2003

27/05/2003

First drive Inokom Atos 1.0 Auto

Aku berpeluang memandu Inokom Atos 1.0 Auto dari Seri Gombak ke Pandan Indah semasa warga kota masih menyusuri pada malam hari. Selain itu, aku berkesempatan menjadi penumpang selama 2 hari.

Atos dan Kenari merupakan kereta jenis yg sama di mana ianya kereta kecil yg berbumbung tinggi dan tempat duduknya pun tinggi dari kereta biasa. Kelebihan ini memberi peluang kepada pemandu dan penumpang melihat pemandangan di jalan raya dengan lebih luas. Aku pun cuba membiasakan diri dengan pemandangan ini. Bentuk Atos lebih kemas berbanding Kenari. Atos berjaya menyembunyikan ketinggiannya dgn baik. Pemilihan tayar dan rim turut membuat Atos bertambah sporti.

Klac dan pedal minyak pendek seperti Kancil (aku pemandu Kancil). Rasanya hampir semua kenderaan kecil sebegini. Pertama kali memandu kereta kecil gear automatik. Enjin Atos yg senyap menyebabkan aku tak terasa enjinnya berfungsi hinggalah rpm enjin makin meningkat lalu lebih berbunyi. Ketiadaan meter rpm menyukarkan aku merasa keadaan enjin senyap ini. Aku tidaklah menolak kehadiran enjin yg senyap kerana sudah banyak model yg dilengkapi enjin senyap terutamanya kereta besar seperti Toyota Camry.

Aku dah memandu 3 kereta bergear automatik sebelum ini (W124, Civic, Rio) dan ketiga-tiganya lebih kurang sama cara operasinya tetapi gear automatik Atos lain sedikit. Mungkin kerana pedal minyaknya yg pendek. Kalau tekan habis, gear automatik Atos hanya bergerak seperti biasa dalam gearnya walaupun semasa itu anda mahu ia menukar kepada gear rendah. Apa yg perlu dilakukan ialah meninggalkan kaki anda dari pedal minyak dan selepas itu terus tekan habis pedal minyak tu semula. Barulah Atos menukar kepada gear rendah. Ini bukanlah kelemahan Atos, cuma perlu biasakan diri.

Seperti kereta2 lain yg aku baru pandu, aku perlu membiasakan diri aku. Jadi, agar sukar untuk aku menganggarkan untuk memandu Atos pada kelajuan 80-90 kmj. Aku dapat memecut sehingga 100 kmj. Tuannya mengakui Atosnya boleh sampai 140 kmj dengan stabil tanpa gegaran. Bukit dan berat merupakan kelemahan biasa kereta berenjin kecil.

Tak banyak dapat aku katakan tentang pengendaliannya sebab masa yg sedikit. Badannya akan bergoyang jika mengambil selekoh di jalan tidak rata pada kelajuan tinggi. Amat terasa ketika mengelak jalan tidak rata dekat Putrajaya ketika tuannya memandu pada 100 kmj. Ride (apa bahasa melayunya?) bagi saya bagus apabila dapat menyerap kebanyakan lubang dan jalan tidak rata yg dilalui di Lembah Kelang. Mungkin ditolong lagi dengan tayar buatan tempatan.

Kualitinya agak baik. Aku tak berkesempatan meneliti seluruh tubuh Atos dari luar dan dalam. Keseluruhannya ia dipasang dengan baik. Pemilik Atos rasanya tak perlu risau tentang ini. Hampir semua komponen Atos adalah diimport dari Korea Selatan. Tempat duduk depannya selesa. Tak berkesempatan untuk duduk di belakang. Ruang belakangnya boleh tahan. Kualiti plastik yg digunakan memuaskan. Radionya ada kelebihan tersendiri apabila bunyi bass agak kedengaran memandangkan tiada subwoofer langsung, sesuatu yg normal bagi kebanyakan kereta.

Atos merupakan alternatif terbaik bagi mereka yg mahukan Kenari atau kereta sekelas dengannya tetapi mahukan bentuk yg menarik. Ia menjalankan tugas sebagai kereta dengan baik untuk perjalanan bandar dan luar bandar dan tak banyak kelemahan yg boleh menyebabkan anda bencikan kereta ini. Kecuali jika anda memang tak suka kereta jenis ini. Aku pula masih terikat dengan citarasa sendiri. Sesuatu seperti Peugeot 206, Honda Jazz, Skoda Fabia. Moga dapat merasai Atos lebih lama untuk mendapat keputusan lebih baik.

- Ketiadaan penajaan menyebabkan Alex Yoong terpaksa meninggalkan perlumbaan CART setelah mengharungi 4 perlumbaan meyakinkan. Bukan beliau saja yg malang. Malaysia mungkin akan gagal mempertahankan kejuaraan APRC jika Karamjit Singh dan Allen Oh gagal mendapat penaja. Agak malang apabila RM menghalang bakat2 pelumba negara untuk maju lebih jauh di pentas dunia.

24/05/2003

Mewujudkan ruangan baru sekadar suka2. Mana tahu ia dapat membantu membuat pilihan pembelian komputer anda. Akhirnya dapat membuat komputer Pentium 4 dengan harga RM2,000.

Ronggeng ke KL demi The Matrix : Reloaded minggu lepas memberi aku peluang untuk meninjau Plaza Low Yat untuk menonton produk dan harga terkini. Creative sudah mengeluarkan speaker murah, Creative SBS 270 2.1, RM95. Tak tau sejauh mana kekurangannya berbanding Creative Inspire 2.1 tetapi membolehkan pengguna mendapatkan speaker 2.1 berjenama dan berkualiti dengan harga lebih rendah. Perlu selidik di Internet tapi kalau boleh dengar bunyi lagi baik. Demi sebuah projek yg mungkin hangat2 tahi ayam.

06/05/2003

Komputer untuk RM 2,000

Casing : i-Cute P4 420W with 1x12cm casing fan. (1)
CPU : AMD Athlon XP 1700+
Mainboard : Gigabyte GA7-VA VIA KT400 chipset (2)
Memory : 256MB DDR 333 Kingston
HDD : 40GB Maxtor
Graphic Card : MSI Geforce 4 MX440 64MB RAM
Sound Card : Creative Soundblaster Live! 5.1 (3)
FDD : standard
CD-ROM Drive : Lite-On 52x
Speaker : Creative Inspire 2.1
Monitor : Samsung 15"
Keyboard : Logitech OEM
Mouse : Logitech Netscroll Mouse OEM

(1) Pilihan lain : Casing jenama sama tapi model lebih murah.
(2) Pilihan lain : Asus A7V8X atau MSI KT4 V dengan VIA KT400 chipset.
(3) Pilihan lain : Soundcard onboard. Kurangkan harga jualan sebanyak RM 100.

Aku boleh pasang komputer ni untuk RM 2,000. Ini termasuk kos pemasangan dan penat lelah aku. Boleh ditambah dan dikurang spesifikasinya tetapi RM pun tambah kurang jugak.

Komputer untuk RM 2,500

Komputer Pentium 4 :

Casing : i-Cute P4 420W with 1x12cm casing fan. (1)
CPU : Pentium 4 1.8 GHz
Mainboard : Abit BE7 Intel 845PE chipset (2)
Memory : 256MB DDR 333 Kingston
HDD : 40GB Maxtor
Graphic Card : MSI Geforce 4 MX440 64MB RAM
Sound Card : Creative Soundblaster Live! 5.1 (3)
FDD : standard
CD-ROM Drive : Lite-On 52x
Speaker : Creative Inspire 2.1
Monitor : Samsung 15"
Keyboard : Logitech OEM
Mouse : Logitech Netscroll Mouse OEM

(1) Pilihan lain : Casing jenama sama tapi model lebih murah.
(2) Pilihan lain : Kena tambah ilmu tentang chipset dulu, baru boleh rekemen.
(3) Pilihan lain : Soundcard onboard. Kurangkan harga jualan sebanyak RM 100.

Aku boleh pasang komputer ni untuk RM 2,300. Kalau pakai soundcard onboard boleh pasang untuk RM 2,200.

Canne kalau nak cukupkan kepada RM 2,500? Cadangan aku, tukar :

CPU : Pentium 4 2.4B GHz
Memory : 512MB DDR 333 Kingston

Kalau gamers, baik korang tukar graphic card saja :

Graphic Card : MSI Geforce FX 5200 128MB @ Leadtek Winfast Geforce FX 5200 128MB

Kalau ada duit lebih, baik tukar CPU, memory dan graphic card untuk RM 2,750.

Komputer Athlon XP :

Casing : i-Cute P4 420W with 1x12cm casing fan. (1)
CPU : AMD Athlon XP 2000+
Mainboard : Abit NF7 Nforce 2 chipset (2)
Memory : 512MB DDR 333 Kingston
HDD : 40GB Maxtor
Graphic Card : MSI Geforce FX 5200 128MB RAM
Sound Card : Creative Soundblaster Live! 5.1
FDD : standard
CD-ROM Drive : Lite-On 52x
Speaker : Creative Inspire 2.1
Monitor : Samsung 17"
Keyboard : Logitech OEM
Mouse : Logitech Netscroll Mouse OEM

(1) Pilihan lain : Casing jenama sama tapi model lebih murah.
(2) Pilihan lain : MSI K7N2 Nforce 2 chipset.

RM 2,500 untuk Athlon XP memberi banyak pilihan untuk menambah dan mengurang spesifikasi bergantung kepada kehendak.

Harga adalah cash and carry termasuk kos pemasangan dan penat lelah aku. Dijamin berbaloi dengan pengalaman 6 tahun bergelumang dalam dunia pasang-memasang komputer ni. Rundingan adalah percuma.

Is it real ?

Betul ke aku tulis kat atas ni? Betul, tapi dah ditambah dengan margin keuntungan aku. Betul ke aku betul2 nak jual komputer? Separuh betul. Sebagai memenuhi cernaan minda aku untuk semester hadapan yang berteraskan RM. Aku sudi memberi rundingan percuma, tapi kalau bab membeli dan memasang ni, eheh... jauh la pulak Temerloh-KL. Kalau ada lak yg bertanya tu dari Utara, Selatan atau menyeberangi Laut China Selatan, canne eekkk???

Sebagai permulaan untuk projek semester hadapan. Sama ada jadi tak jadi, itu cerita lain. RM beb, RM ...

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1