menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Lagi-lagi Senario

Lagi-lagi Senario

Tajuk : Lagi-lagi Senario

Tahun : 2001

Terbitan : Grand Brilliance Sdn. Bhd.

VCD Keluaran : Golden Satellite (M) Sdn. Bhd.

Lagi-lagi Senario merupakan kesinambungan filem-filem Senario sebelum ini iaitu Senario The Movie dan Senario Lagi. Ketiga-tiga filem ini tidak mempunyai kaitan dari segi jalan cerita tetapi memaparkan lakonan kumpulan Senario dalam cerita berlainan sama seperti cerita tv Senario.

  Lagi-lagi Senario mengisahkan Azlee yang menjadi tuan warung bersama pekerja-pekerjanya Saiful, Yasin dan Wahid yang popular kerana roti canai Saiful. Satu hari, Mazlan mebuka warung bersebelahan warung Azlee dan mengambil Saiful sebagai pekerja. Oleh itu, warung Azlee mengalami kemerosotan. Pelbagai taktik digunakan untuk memenangi hati pelanggan tapi gagal. Yasin pula mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah Saiful. Oleh itu, warung Azlee semakin tergugat. Akhirnya, Wahid berjaya belajar menebar roti canai dan menyelamatkan keadaan.

  Selain itu, terdapat watak lakonan Ani Mayuni sebagai penggoda untuk memikat Saiful supaya bekerja dengan Mazlan dan watak lakonan Wardina sebagai anak saudara Mazlan yang tidak suka apabila Mazlan asyik menyebelahi Ani Mayuni lalu lari ke warung Azlee.

  Secara keseluruhan, filem ini berjaya menampilkan lawak berkesan dan diselitkan dengan pelbagai moral terutama sikap orang Melayu yang tidak baik seperti hasad dengki dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jalan ceritanya agak longgar seperti cerita tv Senario berbanding dengan filem sebelumnya. Kualiti filem juga tidak memuaskan akibat pencahayaan semasa penggambaran yang tidak memuaskan. Kadang-kadang terlalu cerah dan kadang-kadang agak gelap. Bunyi audio memuaskan.

  Kalau anda mahukan filem yang ringan, tidak rugi menonton filem ini.

Rating : 3/5

lls1.jpg  

Ditulis : 12/02/2002
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1