menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Laila Isabella

Laila Isabella

lailaisacover.jpg 

Tajuk : Laila Isabella

Tahun : 2003

Terbitan :
Tayangan Unggul Sdn Bhd

Edaran :
Speedy Video Distributors (M) Sdn. Bhd.

 

 

Laila (Nasha Aziz) ialah seorang gadis tomboy yang bekerja sebagai pembantu kedai VCD kepunyaan Azam (Rosyam Nor). Tanpa disedari, keakraban mereka menyebabkan mereka saling jatuh cinta tetapi kedua-duanya tidak mahu meluahkannya. Ketika membantu Kak Bell (Erma Fatima) menjadi model untuk baju pengantin, Laila dipertemukan dengan Johan (Hans Isaac) yang sedang bergaduh dengan tunangnya, Mira (Liza Hanim). Laila menukar identiti kepada Isabella yang lemah lembut perawakannya di hadapan Johan yang mula menaruh hati kepadanya. Justeru berlaku konflik dengan hubungan Laila dengan Azam dan Johan yang akhirnya berakhir dengan baik.
  Jalan cerita Laila Isabella agak biasa tetapi dipersembahkan dengan bagus. Sentuhan Rashid Sibir kali ini adalah sinonim dengan hasil pelbagai drama yang dihasilkan sebelum ini. Beliau mampu pergi jauh lagi dalam industri filem. Telatah Saiful Apek dan Syanie sebagai pasangan kekasih menyerikan filem ini. Selain itu, ia juga dipenuhi dengan dialog dalam hati, pantun 2 kerat dan babak lagu demi memujuk Laila yang merajuk.
  Persembahan filem ini dalam VCD ini sederhana tetapi audionya bagus. Saya menyukai muzik latar yang digunakan. Terdapat juga dokumentari The Making of Laila Isabella sebagai bonus tetapi ia mungkin menjejaskan kualiti VCD ini kerana dimuatkan bersama filem dalam 2 keping CD. Kini, semakin banyak VCD yang dipakej seperti pakej DVD seperti yang berlaku kepada VCD ini. Apa pun, saya kurang gemar apabila CD diletak bertindih dalam pakejnya kerana khuatir akan calar.
  Saya akan menunggu arahan Rashid Sibir seterusnya. Persembahan Laila Isabella cukup bagus tetapi perlukan jalan cerita yang lebih baik. Sesuai sebagai filem ringan.

Filem : 2.5/5
VCD : 3/5

lailaisa1.jpg

lailaisa2.jpg

Ditulis : 12/06/2003
 

<< ulasan

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1