mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Jun-Julai 2003

27/07/2003

Mencari

Walaupun terdedah kepada pelbagai lagu di zaman pra-Astro, MTV dan ERA semasa kanak2 dulu, aku hanya membeli kaset kumpulan rock tempatan yg kini menjadi legenda. Aku adalah pemberontak di mana adik-beradikku terikat dgn KRU, 4U2C, New Kids On The Block dan seangkatan dgnnya dan ibu bapaku dgn Fauziah Latif, Aishah dan seangkatannya, aku hanya mengikat diriku membeli kaset kumpulan rock tersebut.

Walaupun Fantasia Bulan Madu dan Isabella menjadi hit pada waktu itu, aku tidak membeli kaset2 tersebut. Aku hanya membeli kaset ketika Teguh menjadi hit. Walaupun lagu2 lain di dalam album Karisma agak berlainan dari apa yg selalu dgr di radio, itulah kaset yg aku kadang2 mainkan di satu2nya radio yg boleh main kaset. Radio lain dah rosak pemain kasetnya. Zaman tu, CD tak popular lagi dan sebagai kanak2, aku terlalu naif utk menilai dan meneliti citarasa muzik berlainan. Kalau aku berjaya berbuat demikian, sudah tentu berlambak kaset aku beli.

Aku terus mengikuti Search dgn membeli kaset 10 Tahun, Rampage, Double Trouble (bersama Wings), Gema Di Timur Jauh dan Rock & Roll Pie. Tetapi, aku sudah tidak terikat dgn Search lagi setelah mendengar album Double Trouble. Aku makin meminati Wings tapi langsung tak membeli kaset Wings. Hanya ketika Awie menjadi solo, baru aku beli kaset Awie. Aku juga membeli kaset M Nasir, Canggung Mendonan. Takkan tak terpaut pada Mentera Semerah Padi, Tanya Sama Itu Hud2 dan Bonda. Tak lupa juga album solo Amy Search yg pertama. Artis luar negeri? Metallica sebab budak2 sekolah aku asyik pasang kaset dia. Tapi album Load.

Masuk UTM, barulah citarasa dan nyalarasa muzik aku makin berkembang. Kaset sudah tak dipandang, tapi CD. Ketika itu, irama nasyid meletup di pasaran komersial. Raihan menjadi ikutan. Masih tak lupa citarasa rock aku dgn Search, Wings, Amy Search, XPDC, Butterfingers dan beberapa lagi. Tak lupa juga M Nasir dan KRU. KRU kata kau? Formula Luarbiasa memulakan segalanya. Artis luar negara masih lagi Metallica dgn Reload dan Black Album.

Betapa citarasa muzik aku makin berkembang semasa aku di UTM. Tapi semuanya bermula dari Search. Pelbagai artis yg aku ikut dan kalau boleh, aku nakkan CD album lama2 mereka. Sama ada tak mampu atau tak minat yang mula2 menghalang. Mula menyesal apabila CD album2 lama mula hilang dari pasaran. Ada yg terjumpa sama ada dirembat terus atau menunggu utk kembali dan dibeli org lain. Aku banyak tak ada album2 Search yg aku betul2 minat dlm bentuk CD. Kaset majoriti dah berkulat. Apa yg aku jumpa aku rembat seperti 10 Tahun, Rampage, Terbaik, dan Rock and Roll Pie. Malang bila Fenomena aku teragak2 beli. Bila dah tak ada baru menyesal.

Mengetahui tentang usaha BMG memasarkan semula 5 album Search melalui ROTTW tahun lepas. Ingat dah tak jadi, tapi bulan ini merupakan bulan pemasaran Fenomena 2003. 'Master tape' asal telah dibersih dan diselamatkan dengan proses digital. Beberapa lagu telah mendapat sentuhan semula oleh Kid dan Din. A fitting tribute to a classic. Aku tak dapat membandingkannya dgn album asal memandangkan tiada album asal tetapi lagu2nya ada dalam album 10 Tahun dan Terbaik. Jika ada masa nanti, baru aku boleh ulas. Tak sabar menunggu kesemuanya.

Semoga penelitian yg sama bakal dilakukan utk M Nasir. Aku benar2 mengharap memandangkan aku amat meminati M Nasir dan album Canggung Mendonan aku tak ada dlm bentuk CD. Album2 sebelumnya pun aku tak ada. Mungkin aku kena pujuk M Nasir, Luncai Emas dan BMG betul2.

ATX 12V power cable

Aku ingat Pentium4 je pakai extra kabel power tapi baru2 ni baru aku tau motherboard nforce2 utk Athlon XP pun wajib pakai kabel ni. Ada sahabat baru upgrade komputernya. Casing bukan main, siap ada kipas kat atas dan lampu neon. Tapi komputer on tak keluar gambar. Bila mintak tolong aku, aku pun belek2 dan baca manual motherboard. Di situ, bertambahnya ilmu aku. Maka selesailah masalah kawan aku tu. Jgn memain dgn spec komputer dia. Ada LCD monitor lagi. Diam2 berisi sebab tak disangka2 ada skill pasang komputer gak.

13/07/2003

Kunjungan ke Low Yat

Aku berkunjung ke Plaza Low Yat atas urusan perniagaan (cewah!). Aku mendapat 4 pesanan. Satu pesanan komputer baru lengkap dgn printer dan scanner dan 3 pesanan upgrade. Perancangan bajet dibuat dgn teliti supaya wang yg diberikan mencukupi. Bersama seorang kuli sidekick, kami menyusuri Plaza Low Yat dan sekitarnya selama 8 jam. Keadaan sesak akibat kehadiran siswa-siswi yg baru menerima PTPTN menyebabkan kami mengambil masa yg lama.

Sudah menjadi ketetapan kami untuk membeli hardware sistem kat satu kedai dan monitor serta speaker di kedai yang lain. Kalau kami berusaha mencari setiap hardware dgn harga paling murah, mungkin kami terpaksa bermalam di situ gak. Kami berusaha mengambil seberapa banyak kertas harga untuk perbandingan dan dan mengira semula bajet pesanan masing2. Hasil dari kerja gila kami, kami berjaya menjimatkan sekitar RM10-15 bagi setiap pesanan. Ini tak termasuk harga hardware yg sememangnya sudah turun semasa kami membeli dan ketiadaan hardware yg dikehendaki.

Kesemua barang diangkut menggunakan Kancil. Mendapat idea bernas menyumbat hardware yg boleh muat dlm casing bagi menjimatkan ruang. Cuma satu speaker saja yg terpaksa diriba sidekick. Aku dah cakap mmg tak muat, tapi pembeli tu degil dgn memberi duit.

Spec komputer

Casing

: i-Cute P4 420W with 1x12cm casing fan

CPU

: AMD Athlon XP 2000+ 1.67GHz

Motherboard

: Gigabyte GA7-VA VIA KT400 chipset

Memory

: 256MB DDR 333 Kingston

HDD

: 80GB Seagate Barracuda 7200rpm

Graphic Card

: Asus Geforce4 MX440 64MB

Sound Card

: onboard

FDD

: standard

CD-RW Drive

: Lite-On 48x24x48x

DVD-ROM Drive

: Sony 16x

Speaker

: Altec Lansing AVS 200

Monitor

: Samsung Syncmaster 15"

Keyboard

: Logitech Newtouch

Mouse

: Logitech Netscroll Mouse

Lain2 : 1x12cm fan, printer Canon S200XPS dan scanner Canon N640EPP

Kos : Kira-kira RM2,400

Pening2 upgrade

Memasang 1 set komputer baru mmg berjalan lancar tetapi memasang yg upgrade agak mencabar. 1 pesanan CD-RW/DVD combo tak dpt install Nero Express memandangkan Windows XPnya yg semakin berat (?). Jadi, keputusan diambil utk format semula, selesai masalah. Lagi 1 pesanan adalah casing baru. Casing sedia ada sgt murah, ringan dan tiada tempat memasang kipas. Perpindahan tidak berjalan lancar apabila harddisknya buat hal. Detect kat BIOS tapi batang hidung Windows XP di dlmnya langsung tak nampak. Adalah dimaklumkan bahawa harddisk ini digunakan utk menyalin fail dari komputer lain sementara ketiadaan display card yg sudah rosak. Dalam kesibukan aku sbg pelajar dan menyelesaikan masalah pesanan2 aku, adalah hamba Allah yg dpt menghidup dan memformat harddisk tersebut. Alhamdulillah, selesai masalah.

Pening2 format

Sempena hujung minggu yg mulia ini, ditambah dgn homework yg wajib dihantar Isnin ni, aku dptlah pesanan utk format komputer seorg siswi. Menyedari betapa susahnya aku nanti bila ketiadaan driver utk komputer tersebut, aku dah cakap awal2, aku caj RM100. Dalam hati, mmg tak sampai RM100 tapi bila dah siapkan, aku rasa patut aku caj RM100. Pening kepala aku je cari driver display card (SiS 530), onboard sound card (ESS-Solo) dan modem (Motorola). Kalau dah tulis takpe, ni terkial2 cari model motherboard apa, pakai chipset apa. Nasib baik dpt detect SiS 530 kat BIOS lagi tapi yg lain2 tu mmg kena berhempas pulas.

Penat, penat, penat

Student pun penat ke? Semester ni aku ambil 4 subjek. Banyak masa kosong yg aku dapat. Tetapi, minggu ni je aku dah pakai masa tu utk siapkan homework dan bisnes. 2 malam berturut2 ada mesyuarat utk Part dan Blok. Aku balik rumah, siap tidur, bangun dekat kul 12. Mmg balas dendam nye. Heheh... Tapi hujung minggu aku berisi homework dan bisnes. Ada backlog majalah yg aku dah beli tapi belum baca. 1 assignment penting yg memerlukan pembinaan model bangunan. Hectic weeks ahead.

28/06/2003

Maaf, sibuk dgn projek think big, do small aku. Eheh, nanti2lah yek.

04/06/2003

Bila lagi nak beli CD?

Kemaskini ulasan muzik dengan album Rabbani - Qiblat dan Exists - Seperti Dulu. Tahun ni, aku hanya beli satu CD Album setakat ini berbanding tahun lepas (11 CD). CD AIM 2003 dan Las Gempaq pun aku tak minat nak beli. Masih susah aku nak pergi ke jiwa pop. OAG keluar balik Radhi-O-Friendly dengan tambahan 2 lagu. Salah satunya, Akustatik, kerap berputar di ERA. Ini pun aku tanak beli sebab tambah 2 lagu je. Apa yang aku tunggu?

Mula meminati System of a Down. Rasa nak beli CDnya tapi tak tahu bila. Liat pulak nak beli. Minggu ni, Metallica keluar album baru. St. Anger, katanya kembali ganas macam masa muda dulu sebelum Black album. Siap ada bonus DVD persembahan live semua lagu baru dalam St. Anger. Pasaran Malaysia tak taulah canne. Aku minat gak Metallica tapi tunggu dengar lagu baru kot2 berminat nak beli.

Album terbaru yang aku tunggu2 sangat sekarang ialah album berbahasa Melayu pertama Butterfingers. 2 lagu, Merpati Sejoli dan Kabus Ribut boleh didapati lirik dan samplenya kat forum Royal Butterfingers. Katanya Kabus Ribut akan jadi single pertama. Bila dengar sample, memang mesra radio lagu ni.

Kalau aku tak beli CD Album banyak2 pun bagus gak. Tahun ni banyak DVD gempak nak keluar. TLOTR : Fellowship 4-disc pun belum beli lagi. Ada The Animatrix, TLOTR : The Two Towers 2-disc dan 4-disc, X2, dan The Matrix : Reloaded. 2004 lak, The Matrix : Revolutions dan TLOTR : Return of The King 2-disc dan 4-disc.

Lagi pun, perbelanjaan aku memang banyak sekarang. Sebab tu nak jalankan projek kecil2an semester depan. Think big, do small.

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1