mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Januari - Februari 2004

07/02/2004

Proton Gen.2

Sudahkah anda melihat Gen.2? Mula2 aku sebut gen dot two tapi dlm Buletin Utama TV3, sebut gen two. Nama yg pelik. Mungkin lepas ni bakal ada Waja.1.5 atau Waja.2004, atau Waja.XP sebagai pengganti Waja sedia ada. Yelah, ada org dah letak nama anak dia si polan Ver 2.0 bin si polan.

Aku pun dah tengok Gen.2 tapi awal sgt. Salesman bawak lari keta tu lenjan dulu. Warna biru yg macam nak hijau. Tapi, rasa kelakar lak diorg tolak keluar keta2 lain dlm showroom utk masukkan Gen.2 lepas diorg lenjan. Diorg tolak, langsung tak stat enjin. Rasa cam nak gi Mutiara Damansara je esok.

Konsert Search mlm ni

Konsert Search mlm ni. Walaupun aku mula menghargai muzik dgn Search tapi tak pernah pergi konsert mereka. Kali ni pun tak pergi. Cuma menunggu VCD/DVD yg bakal keluar nanti.

Anything new?

Aku nak exam.

02/02/2004

Dah lama tak tengok senarai harga perkakasan komputer terkini dan membuat analisis.

Harga DDR SDRAM dah stabil dgn perbezaan harga 256MB PC2700 (DDR 333) dan PC3200 (DDR 400) semakin mengecil. Harga CD-RW+DVD combo drive melihat penurunan ketara. Harga HDD pun ada penurunan berbanding dulu memandangkan 20GB dah pupus dan 40GB mengambil alih. 80GB pula menjadi makin murah.

DVD-RW drive? Harganya kalau berbanding dulu mestilah makin murah. Dulu harganya seribu lebih, sekarang RM 500-600 dah boleh dapat. Adalah hamba Allah bagi idea simpan video banyak2 dlm satu DVD kan lebih senang dari berkeping2 CD. Tapi, masalah format je yg susah sket, jadi isu backward-compatible akan timbul.

Pentium 4 baru je keluar model baru, jadi harga model2 sedia ada di pasaran mungkin menurun lagi.

Aku sibuk dgn study. Akhir bulan ni nak final. Jadi, sukar nak kemaskini. Apa pun, aku cuba.

23/01/2004

Masa membeli CD

Aku dah beli album kompilasi M Nasir, Mentera Semerah Padi. Rupa2nya bungkusan besi hampir bulat tu edisi terhad. Kalau dah habih, keluar edisi bekas biasa. Nasib baik aku dpt rembat kat kedai yg masih ada edisi terhad ni. Walaupun begitu, CDnya diletakkan di atas span dan ditindihkan secara bertingkat. Agak risau takut2 CD ni calar.

Dalam diam, BMG pun keluar album kompilasi M Nasir. Wadi Karya Emas M Nasir. Ada 1 lagu baru berbahasa Inggeris, tetapi lebih tepat kalau digelar lagu belum pernah keluar (unreleased track).

Flop Poppy - Say La V dah keluar tapi aku belum dengar singlenya. Sheila On 7 rupa2nya keluar album runut bunyi (soundtrack), 30 Hari Mencari Cinta. Ada sikit lagu baru, antaranya Melompat Lebih Tinggi. Lain2 lagu lama yg diolah semula.

Banyak pulak lagu Raihan nak berduet. Selepas S Jibeng, Awie pulak. Kalau konsert Raihan bawak Awie menyanyi, bolehkah anda fikirkan canne?

Aku dah tengok MX3. Bolehlah kelakarnya, tapi mula dan tamat filem ni rasa boring. Tengah2 yg rasa boleh layan. Lain2 yg seangkatan dgnnya nanti2lah. Tak semua pun dpt tengok nanti.

Proton - Berani Berubah

Model baru Proton dah dekat. Tunggu je sedikit masa lagi. Selain pelancaran model baru, akan ada pelancaran kilang Tanjung Malim.

Kalau berbicara pro dan kontra Proton, mmg tak habis berdebat. Apa pun, ia berlaku kerana Proton adalah kereta nasional, hasil negara kita. Baik apa pun yg diperkatakan, kita mahu Proton berjaya, tetapi utk berjaya Proton perlu berubah. Proton mmg sedang berubah kpd sebuah perusahaan pembuatan kereta yg mampu berdiri di atas kaki sendiri. Dalam pada itu, Proton juga perlu memperbetulkan kesilapan yg berlaku sepanjang perjalanan tersebut. Usianya masih muda dan masih akan terus belajar. Pelanggan juga perlu dilayan dgn lebih baik. Nanti apabila pasaran benar2 terbuka, mungkin lebih sukar bagi mana2 pengeluar utk mendapat pelanggan yg benar2 setia. Oleh itu, adalah perlu bagi Proton mengambil langkah positif utk menerangkan kpd rakyat tentang usaha yg Proton lakukan demi menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Semoga motto Berani Berubah adalah perubahan ke arah yg lebih baik. Jangan berani tak bertempat sudahlah ye.

02/01/2004

mudik 2004

Aku memulakan 2004 dalam keadaan penat memandangkan sibuk dengan pelajaran. Rehat amat diperlukan. Walaupun begitu, aku masih mendapatkan perkembangan terkini tentang pelbagai perkara yang menjadi hobi atau kegemaranku.

Tahun 2003 diakhiri dengan menonton The Lord of the Rings : The Return of the King. Filem terbaik yg dpt ditonton tahun ini. Aku tak dapat menonton Peter Pan dan filem2 lain yg mungkin bertaraf terbaik seperti The Return of the King memandangkan situasi yg kurang mengizinkan tetapi 2003 adalah tahun yg agak menghiburkan bagi industri filem luar negara. 2003 bakal diingati sebagai tahun di mana 2 trilogi berakhir, iaitu The Matrix dan The Lord of the Rings, dan 5 filem tempatan bergasak di panggung dalam jarak masa yg pendek. Tahun 2004 pula aku tak tahu sangat filem apa yang harus ditunggu selain dari Spider-Man 2 dan Puteri Gunung Ledang.

Muzik tempatan pula membawa kualiti yg dikehendaki pendengar dan pengiktirafan bintang2 baru seperti Siti Sarah dan Misha Omar. Malangnya, ia mungkin tak seiring dgn penjualan album di pasaran tempatan. Aku juga kurang membeli tahun ini dan sedang dalam proses membeli beberapa album yg sudah dipasarkan tahun lepas seperti album kompilasi M Nasir. Awal 2004 bakal menyaksikan banyak album yang aku nak beli, antaranya dari Search, Sheila On 7, Flop Poppy dan Raihan. Lain2 album mungkin tunggu harga kawalan dikuatkuasakan.

VCD tempatan turut maju dengan pelbagai telefilem yg kualitinya lebih kepada komersil dari anugerah. Mestilah memenuhi kehendak pasaran. Sama ada drama sedih, cinta, atau komedi. Aku tak membeli sangat telefilem sebegini. Aku lebih kepada menonton filem tempatan terbaru yg bakal dikeluarkan dalam bentuk VCD memandangkan tak berkesempatan menonton di panggung. Cinta Kolesterol je yg sempat tengok di panggung.

Pada hari2 menjelang dan hari2 awal 2004 kita boleh membaca pelbagai ramalan dan harapan dari pelbagai pihak tentang tahun 2004. Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi? Khidmat Negara. Harga kereta 2004 setakat ini masih dalam kiraan pengedar masing2 tapi segalanya bakal jelas nanti. Model baru dan masa depan Proton pun dah kuat khabar anginnya. Lain2 tu cari dari semasa ke semasa. Apabila setiap hari berlalu, ada saja perkembangan yg perlu kita tahu.

Aku? 2004 masih sebagai pelajar tapi akhir tahun ni insyaallah dapat diploma. mudik masih di sini, insyaallah dikemaskini jika berpeluang.

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1