menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Ini Baru Gempaq & AIM 2002

Ini Baru Gempaq & AIM 2002

ibgcover.jpg
Artis :
Pelbagai

Album :
Ini Baru Gempaq

Tahun :
2002

Terbitan :

EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.

 

Lagu

01. Ella
02. Fauziah Latif
03. Amuk
04. Ferhad
05. Too Phat
06. Dayang Nurfaizah
07. Sheila Majid
08. Umie Aida
09. Tyco
10. Syafinaz
11. Manterra
12. Saleem
13. Sarimah
14. Dayang Nurfaizah

Tinggal Tanda Tanya
Yang Lebih Kau Cinta
Aku Mahu Pulang
Kasih Berubah
Anak Ayam
Sedingin Mana Cintamu
Inikah Cinta
Salam Taj Mahal
Bidadari
Rindumu RInduku
Rindu Dendam
Ratu Sanubari
Kini Kau Tiada
Untuk Sementara

4:48
4:47
3:29
4:23
4:25
4:05
4:03
5:14
3:57
4:02
5:25
5:34
3:49
4:26

Ulasan

Album kompilasi Ini Baru Gempaq menampilkan lagu-lagu popular terkini dan yang pernah popular sebelum ini. Lagu-lagu yang dipilih adalah lagu balada, pop, rock, rap & R&B. Lagu-lagu popular terbaru adalah Tinggal Tanda Tanya (Ella), Yang Lebih Kau Cinta (Fauziah Latiff), Aku Mahu Pulang (Amuk), Ratu Sanubari (Saleem) dan Kini Kau Tiada (Sarimah) manakala lagu-lagu yang pernah popular adalah Kasih Berubah (Ferhad), Anak Ayam (Too Phat), Inikah Cinta (Sheila Majid) dan Bidadari (Tyco).
  Pemilihan lagu-lagu dalam album ini bertepatan dengan senario muzik tanahair kini yang memerlukan kepelbagaian dan kelainan untuk menarik peminat. 14 lagu dalam album ini mencerminkan kepelbagaian tersebut.
  Secara keseluruhannya, album ini bersesuaian bagi mereka yang mencari lagu-lagu popular yang diminati.

Rating : 4/5

  a2002cover.jpg

Artis :
Pelbagai

Album :
AIM 2002

Tahun :
2002

Terbitan :

Suria Records Sdn. Bhd.

 

Lagu

01. Siti Nurhaliza
02. M Nasir
03. Sarimah
04. SM Salim & Siti Nurhaliza
05. Dayang Nurfaizah
06. Saleem
07. Ella
08. Pretty Ugly
09. Innuendo
10. Siti Nordiana & Syura
11. Kamikaze
12. Maya Karin
13. Ziana Zain
14. Ning Baizura &
      Fairuz Hussein
15. Def Gab C
16. Yasin

Percayalah
Raikan Cinta
Kini Kau Tiada
Pandang-pandang Jeling-jeling
Sedingin Mana Cinta Mu
Ratu Sanubari
Tinggal Tanda Tanya
CD Bagasi Honey
Gemawan
Bakawali
Suatu Masa
Erti Cinta
Menadah Gerimis
Curiga

Marilah Maria
Mimpi Laila

4:48
5:12
3:48
5:04
4:05
5:34
4:49
3:43
4:09
4:30
4:19
4:36
5:18
4:21

5:14
4:31

Ulasan

Album kompilasi AIM 2002 dihasilkan sempena AIM 2002 yang memberi anugerah kepada penggiat muzik tanahair. Kesemua 16 artis dalam album ini dicalonkan dalam kategori tertentu dan lagu-lagu dalam album ini merupakan lagu-lagu popular dari album pencalonan mereka.
  Lagu-lagu dalam album ini lebih pelbagai, merangkumi lagu balada, pop, etnik, R&B dan rock. Walau bagaimana pun, hanya artis yang dicalonkan dalam kategori album nasyid dan Inggeris sahaja yang tidak dipilih dalam album ini kecuali Innuendo dengan lagu Gemawan yang merupakan lagu berbahasa Melayu.
  Secara keseluruhan, album ini sesuai untuk peminat muzik tanahair yang mahukan album yang mengumpulkan hasil seni terbaik artis tanahair sepanjang tahun lepas. Ini ditambah lagi dengan harga rasmi CD RM29.90 yang lebih murah.

Rating : 4/5

Ini Baru Gempaq atau AIM 2002 ?

Kedua-dua album mempunyai kekuatan tersendiri. Ini Baru Gempaq menampilkan lagu popular terkini manakala AIM 2002 lebih pelbagai dalam genre. Jika anda perlu memilih salah satu, belilah AIM 2002 kerana harganya yang lebih murah.

Ditulis : 17/04/2002
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1