menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Gila-gila Pengantin

Gila-gila Pengantin

ggpcover.jpg
Tajuk : Gila-gila Pengantin

Tahun : 2003

Terbitan :
Skop Productions Sdn. Bhd. dan
Ace Motion Pictures Sdn. Bhd.

Edaran :
Golden Satellite (M) Sdn. Bhd.

 

Gila-gila Pengantin mengisahkan Aleya (Erra Fazira) dan Johari (Norman Hakim) yang fobia naik pelamin kerana semasa kecil dahulu mereka mengalami pengalaman buruk apabila pelamin yang diduduki oleh pengantin runtuh. Tanpa disedari mereka dipertemukan semula ketika dewasa. Aleya sebagai guru tadika dan juga penulis buku kanak-kanak manakala Johari sebagai doktor gigi. Kedua-duanya dipertemukan dalam chatting Internet tanpa bertemu dan mengenali diri yang sebenar. Aleya dan Johari cuba bertemu buat pertama kali apabila Johari mengetahui Aleya juga takut naik pelamin, tetapi Aleya menggantikan dirinya dengan sepupunya (Juliana Banos) untuk berjumpa dengan Johari. Sepupunya itu sedang bergaduh dengan tunangnya (Hairie Othman). Pertemuan ini membawa kepada salah faham dan huru-hara apabila Johari ingin mengahwini kawan Aleya dan Aleya dan tunang kawannya ditangkap basah. Ini membawa kepada majlis perkahwinan pasangan masing-masing. Setelah masing-masing sedar kesilapan yang bakal berlaku pada hari perkahwinan, akhirnya Aleya dan Johari berjaya disatukan.
  Filem ini merupakan satu lagi filem komersial ringan yang dipersembahkan dengan baik. Arahan Aziz M. Osman jarang-jarang mengecewakan. Jalan cerita yang berlainan dan elemen komedinya dihasilkan dengan baik sebagai daya penarik filem ini. Usaha mengenengahkan chatting internet dalam filem ini sekurang-kurangnya memberi suasana lain dalam filem komersial sebegini. Saya juga merasakan suasana filem ini menggambarkan suasana persekitaran yang sebenar. Tak lupa juga buat Salih Yaakob dan Syanie yang menyerikan filem ini dengan telatah mereka sebagai suami isteri.
  Persembahan filem ini dalam VCD ini seperti biasa. Sederhana. Tak perlu cakap banyak tentang kualiti VCD dalam pasaran sekarang.
  Gila-gila Pengantin adalah sebuah filem yang menghiburkan. Jika anda sukakan buah tangan Aziz M Osman, filem ini baik untuk anda.

Filem : 3/5
VCD : 3/5

ggp1.jpg

ggp2.jpg

Ditulis : 12/06/2003
 

<< ulasan

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1