menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Ferhad - Soul Alive

Ferhad - Soul Alive

ferhadcover.jpg
Artis :
Ferhad

Album :
Soul - Alive

Tahun
: 2001

Terbitan
:
EMI (Malaysia) Sdn Bhd

 

Lagu

01. Swirl
02. Peace in Our Lives
03. Sunshine or Rain
04. Believe
05. Soul In Me
06. Kasih Berubah
07. Higher Deeper
08. Cinta
09. Bersama
10. Sunshine or Rain (S&M Remix)

 

Ulasan

Soul Alive menampilkan rakaman persembahan live Ferhad Hotlink Showcase di Bintang Walk pada 3 Mac 2001 dan 3 lagu bonus. Ferhad menyanyikan lagu-lagu dalam album pertama beliau, Tubed secara live. Rakaman bunyi yang cukup memuaskan membolehkan saya menikmati persembahan Ferhad dengan baik. Sememangnya Ferhad boleh menyanyi live. Sebagai artis Positive Tone yang telah menghasilkan ramai artis berkualiti, sudah tentu beliau membuat persembahan yang terbaik dengan vokalnya yang unik itu.
  Lagu bonus menampilkan lagu Cinta, Bersama dan Sunshine or Rain (S&M Remix). 2 lagu Melayu ini mungkin ditujukan kepada pasaran lagu Melayu dan lagu-lagu ini tidak mengecewakan. Mungkin juga lagu-lagu ini menandakan album Ferhad seterusnya bakal menyaksikan beliau menumpukan kepada lagu Melayu.
  Secara keseluruhannya, Soul Alive adalah album yang lebih sesuai kepada peminat Ferhad kerana persembahan livenya. Jika anda telahpun memiliki album Tubed, masih ada 3 lagu bonus yang perlu dimiliki.

Rating : 4/5

Ditulis : 20/12/2001
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1