menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Exists - Ada

Exists - Ada

adacover.jpg
Artis :
Exists

Album :
Ada

Tahun
: 2001

Terbitan
:
NAR Records Sdn Bhd

 

Lagu

01. Jesnita
02. Mama Tolonglah Percaya
03. Kau Lebih Dari Kejora
04. Julia
05. Menantikan Saat Termampu
06. Cinta Memang Indah
07. Kau Akan Pulang
08.
09. Konklusi
10. Terasa Baiknya
11. Frustasi

4:57
4:20
4:06
4:29
5:14
4:02
4:57
1:23
3:26
4:20
5:02

Ulasan

Ada merupakan album pertama Exists di bawah naungan NAR Records. Kebebasan yang diberikan berjaya menghasilkan album yang saya rasa antara yang terbaik dari Exists. Kematangan dan kemantapan Exists dari segi vokal, melodi dan keserasian anggotanya benar-benar dilihat. Saya difahamkan Exists membawa pengaruh irama British untuk album ini.
  Single pertama dan kedua mereka, Jesnita dan Julia berjaya memikat peminat. Jesnita mendapat sentuhan retro manakala Julia mendapat sentuhan bagpipe dan cello. Kebanyakan lagu dalam album ini mampu memikat pendengar melalui mesej cinta dan rentak balada yang terbukti popular. Tetapi, Exists berjaya mempakejkannya dengan melodi segar, mantap dan berimej tersendiri. Bagi mereka yang mahukan lagu berentak pantas, terdapat lagu Mama Tolonglah Percaya. Lagu Konklusi pula agak berlainan dari lagu-lagu lain dalam album ini kerana irama rocknya yang keras.
  Ada merupakan antara hasil karya terbaik industri muzik tanahair pada masa kini. Peminat akan berpuas hati dengan album ini.

Rating : 4/5

Ditulis : 13/05/2002
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1