menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Def-Gab-C - Merah

Def-Gab-C - Merah

dgcmerahcover.jpg
 Artis :
Def-Gab-C

 Album : Merah

 Tahun : 2002

 Terbitan & Edaran :
 BMG Music (Malaysia) Sdn. Bhd.

 

Lagu

01. Merah
02. Terbang
03. Arigato
04. Cinta Sakti
05. Ini Lagu Itu
06. Apakah Ilusi
07. Melayu Tak Hilang Hilang
08. Marilah Maria
09. Konsentrasi Yang Hilang
10. Maniq Kayangan
11. Ibu Kota Cinta
12. Aku Dan Kamu
13. Tak Sanggup Lagi
14. Retrospektif (Medley)

5:08
4:31
4:46
4:42
3:51
5:09
4:23
5:13
4:25
4:48
4:55
4:25
4:37
4:47

Ulasan

Album Merah sebenarnya boleh dikategorikan sebagai album kompilasi Def-Gab-C dengan pakej berkualiti. Lihat saja cover, buku lirik dan cover CDnya. Merah mengandungi 10 lagu dari 3 album Def-Gab-C sebelum ini (Citarasa, Skala, Remifasolatido), 2 lagu baru, 1 lagu duet dengan The Fly dan 1 lagu medley.
  Lagu-lagu terbaru Def-Gab-C iaitu Merah dan Terbang (duet dengan The Fly) menampilkan arah berlainan dan segar. Sementara lagu Arigato pula masih menampilkan arah Def-Gab-C yang biasa didengar. Kalau arah yang cuba ditampilkan ini dapat diteruskan untuk album baru nanti, memang bagus!
  Melalui 3 album sebelum ini, mungkin belum cukup untuk menghasilkan kompilasi yang benar-benar boleh meletup dengan lagu-lagu popular mereka. Oleh itu, terdapat kepelbagaian selain dari lagu-lagu popular mereka bagi menonjolkan imej Def-Gab-C yang sebenar.
  Bagi saya, ia adalah sebuah album kompilasi yang baik. Cuma bergantung kepada peminat untuk membelinya. Alasan untuk membeli sama ada belum memiliki album Def-Gab-C sebelum ini atau meminati pembaharuan yang cuba dibawa oleh Def-Gab-C.

Rating : 4/5

Ditulis : 11/11/2002
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1