mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Ogos-September 2003

20/09/2003

14, 21 dan 29

Berita paling menarik minggu ini sudah tentunya penetapan harga VCD kepada RM14, CD lagu tempatan kepada RM21 dan CD lagu antarabangsa RM29 bermula Januari 2004. Ia merupakan pengumuman yg ditunggu2 oleh pembeli. Walau bagaimana pun, seperti dijangkakan, peserta industri tersebut terus membantah penetapan harga tersebut dgn mengemukakan pelbagai alasan.

Aku sebagai pembeli sudah tentu meyambut baik penetapan harga oleh kerajaan ke atas VCD dan CD lagu. Apabila harga tersebut dikuatkuasakan, sudah tentu aku semakin liat membeli VCD dan CD lagu yg selama ini terasa malas nak beli. Memang ada CD lagu yg ingin dibeli tetatpi terasa mahal dan perlunya RM ke hal2 lain. RM juga perlu disalurkan kepada DVD yg turut bersaing dgn VCD dan CD lagu iaitu DVD. Oleh itu, setakat ini, aku hanya membeli 2 CD lagu saja dalam tahun ini setakat hari ini. Beberapa CD lagu sudah dikenalpasti akan dibeli sama ada harga turun atau tidak sementara beberapa CD lagu yg lain hanya terasa berbaloi utk dibeli jika harganya turun kelak.

Benarkah industri VCD dan muzik akan lumpuh dgn langkah kerajaan ini? Mungkin ya, mungkin tidak. Apabila ia dilaksanakan kelak, kita mungkin menyaksikan hanya peserta industri yg mampu mengharungi kawalan harga yg akan terus hidup. Mungkin juga ada akan gulung tikar. Mungkin juga keluaran VCD dan album baru akan menjunam mendadak tetapi ia akan meninggalkan kesan negatif kepada pembeli sendiri. Jika tiada produk baru, bagaimana pembeli hendak membeli. Jika kualiti juga turut menjunam, pembeli juga akan terus menyisihkan diri dari membeli. Banyak lagi benda lain yg boleh dibeli dgn RM mereka, bukan? Ada banyak stesen radio, Astro dan pawagam yg mampu memberi hiburan kepada khalayak. Oleh itu, mereka ada pilihan utk tidak membeli, tidak kira sama ada CD tersebut asli atau cetak rompak.

Apa pun, sebagai pembeli, aku akan tetap membeli mengikut citarasa aku selagi RM mengizinkan.

Seloka Cak Kun Cak

Seloka Cak Kun Cak nyanyian Tan Sri SM Salim dan M Nasir sudah kudengar di Red104.9FM. Memang menarik minat aku nak beli CD Tan Sri, tapi mungkin juga tunggu harga jatuh nanti. Ada lagi CD lagu lain yg aku mmg nak beli jadi CD2 tersebut lebih menjadi keutamaan buat masa ini.

Bye, bye, motorshow

Aku gagal pergi ke KL International Motorshow 2003 baru2 ni. Memang mengecewakan tapi apakan daya, ada tanggungjawab yg lebih penting. Kegagalan ini akan tercatit sebagai the lowest point of my year.

e-book mudik?

mudik nak keluar e-book koleksi tulisannya di alam maya ini ke? Aku mmg terfikirkan idea ni semenjak beberapa ahli Geng Jurnal tersohor melakukannya. Apabila diajukan idea ni kepada kroni, ada yg menempah mutiara kata dan ada juga yg memberi idea tajuknya, mudik rentak seribu. Bagus betul mereka, thanks ^_^. Tapi aku juga menyarankan mereka supaya turut mengumpulkan tulisan mereka dlm bentuk e-book memandangkan tulisan mereka aku rasa lebih tersohor berbanding tulisanku. Sama ada projek ini berjalan atau tidak, belum aku buat keputusan lagi.

Aku juga memikirkan utk membuat e-book yg bukan koleksi tulisanku tetapi tulisan yg segar dan belum pernah disiarkan. Mungkin banyak yg boleh aku curahkan utk projek yg mempunyai tahap kesegaran yg tinggi ini tetapi ia masih sekadar idea yg belum tercerna. Dalam minggu ni juga aku terbaca artikel menarik dalam Computimes menyatakan kelebihan dan kekurangan dokumen format PDF ni membuatkan aku terfikir semula adakah patut aku mengeluarkan e-book.

Sekiranya idea ini dicernakan, ia akan dilaksanakan bersama simpanan ulasan2 VCD, DVD dan Album yg belum ada masa utk ditulis. Mungkin bulan Ramadhan nanti.

Exam dan Cuti

Cuti akhir semester UiTM kali ni pendek, 19 hari. Cuti Aidilfitri rasmi pun masih setakat 2 hari sahaja. Exam sudah diawalkan seminggu dgn beberapa bab lagi subjek perlu dihabiskan. Aku akan menumpukan kpd pelajaran buat sementara waktu ni, jadi mudik@geocities tidak dapat dikemaskini. Kalau ada pun mungkin di kepompom.

Laman menarik utk ulasan filem, album dll.

- Nizam Zakaria - Limau Nipis

23/08/2003

Sensasi Auto

Minggu depan, Kia Carnival akan bertaraf MPV nasional dgn jenama NAZA. Khabar angin turut bertiup kencang tentang model2 baru Proton, khususnya Waja berenjin Campro dan WRM. Adalah kebiasaan apabila model baru kenderaan nasional dilancarkan sempena Hari Kebangsaan tapi belum tahu lagi bila Proton akan melancarkan model2 tersebut. Perodua? Hhmmm tak tau lagi. Untuk topik2 hangat tentang model2 ini, kunjungilah forum Autoworld. Ada maklumat lanjut tentang bagaimana rupa Proton WRM di sini.

Kalau ada pameran permotoran tempatan yg perlu anda pergi, KLIMS 2003 adalah jawapannya. Disokong oleh industri permotoran sendiri dan adanya perubahan hak pengedaran dgn penyertaan terus dari pihak pengeluar seperti DaimlerChrysler dan Honda, sudah tentu motorshow ini sgt menarik. Aku juga ingin pergi, tapi masih bergantung kepada jadual aku sendiri. Kalau nak motorshow betul2 punya, Frankfurt International Motorshow akan berlangsung juga dlm bulan September. Ada banyak model baru yg bakal memasuki pasaran global akan diperkenalkan di motorshow ini. Tunggu saja maklumat lanjut di pelbagai laman web permotoran seperti Autoexpress, Car Design News, dll.

Alangkah bagusnya kalau dpt Internet hari2 seperti kat rumah memandangkan kemunculan model2 baru kereta yg semakin hampir.

- Links permotoran lain

12/08/2003

Album2 baru

Membaca sisipan Panca Mingguan Malaysia. Mentera Semerah Padi versi baru, duet M Nasir dan Spider sudah siap dirakam. Album terbaru M Nasir ini bakal mencecah pasaran tahun depan. Tak banyak yg diketahui tentang konsep album kali ni. Mungkinkah ia satu lagi album di mana lagu2 ciptaan dan nyanyian M Nasir sebelum ini diberi nafas baru seperti Srikandi Cintaku atau album segala2nya baru? Aku lebih suka album baru. Mungkin juga Mentera Semerah Padi versi baru utk album Spider yg baru?

OAG, diam tak diam, akan keluar album baru bertajuk Satellit Ink. Dapat maklumat dari The Star semalam, katanya dipasarkan Khamis ni. Single pertama rupa2nya Akustatik yg turut berada dalam re-release Opera Radhi-O-Friendly. Single kedua, NowWhy2.

Single pertama album bahasa Melayu pertama Butterfingers dah keluar kat radio Red104.9FM. Aku dah dengar sekali je single Kabus Ribut kat radio. Vokal kurang jelas, tapi muzik mmg best. Album mungkin keluar Oktober ni.

Spider pun sama nak keluar album baru menurut ROTTW 81, Ogos 2003. Tak lupa juga album yg dah keluar, Pretty Ugly, album Transformasi Ke Stereo, single Francis Ford Coppola yg selalu keluar kat ERA. Muzik single ni ada iras2 CD Bagasi Honey.

Lain2 projek, Dato SM Salim dgn gandingan artis pelbagai, antaranya Sheila Majid. Single pertama dah berkumandang kat ERA. Projek Dato Shake dgn Zainal ?

Komitmen

Aku cuti midsem seminggu. Cuti bukan bermakna rehat sepenuhnya tetapi memenuhi komitmen kepada keluarga dan pelajaran. Bermakna tak dapat beronggeng ke KL bersama rakan2. Mungkin selepas akhir sem dlm bulan Ramadhan (The Matrix : Revolutions, jgn tak ingat lak) atau ada nak join aku ke KL Motorshow. Itu pun ada masalah. Aku, oopppsss...., kakak aku bertunang 7 Sep, kendian balik Ireland 14 Sep flight sebelum Subuh. Hhhmmm....

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1