menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > The Accidental Spy

The Accidental Spy

 

Tahun : 2001
Region : ALL
Panjang : 108 minit
Rating : Tiada
Format : 4:3
Bahasa : Kantonis (DD 5.1
& DTS)
Subtitles : English, Chinese
Bonus :
- Trailer
- Biografi Jackie Chan
- Biografi Vivian Hsu

The Accidental Spy merupakan filem Jackie Chan terbaru untuk tahun 2001. Filem ini telah dikeluarkan dalam bentuk VCD dan kini DVD untuk pasaran Malaysia. DVD yang dilihat ini adalah edaran Speedy Video dan bukannya dari Hong Kong seperti lazimnya. The Accidental Spy dilihat dalam 4:3 aspect ratio iaitu skrin penuh bukannya versi skrin lebar (widescreen/letterbox) dan bunyi Dolby Digital 5.1 dan DTS. Ciri-ciri lain ialah format dual layer, filem selama 108 minit, region ALL, dan terjemahan Inggeris dan Cina. Saya mendapatinya di Speedy Video dengan harga RM39.90.

Filem(4/5)
Filem yang diarahkan oleh Teddy Chan ini mengisahkan Buck lakonan Jackie Chan, seorang penjual kedai barang senaman yang menjadi popular selepas berjaya menghalang satu rompakan bank. Selepas itu, dia bertemu dengan Liu (Eric Tsang), seorang penyiasat persendirian yang meyakinkan Buck bahawa dia adalah anak hartawan dari Korea Selatan yang hilang. Pengembaraan Buck yang membawa ke Korea Selatan dan Turkey telah mendedahkan realiti sebenar bahawa dia ditugaskan untuk mencari dan mendapatkan sejenis virus melalui petunjuk-petunjuk yang ditinggalkan oleh orang-orang yang ditemuinya.
Peminat filem Jackie Chan sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem ini kerana aksi-aksinya yang mendebarkan dan jalan ceritanya yang pantas. Oleh itu, saya menganggapnya sebagai filem yang bagus.

Video(1/5)
Kalau dibandingkan kualiti video The Accidental Spy dengan kualiti video DVD filem Jackie Chan sebelum ini iaitu Who Am I? yang didapati dari Hong Kong, ternyata mengecewakan. Kualiti videonya lebih layak untuk VCD, bukannya DVD. Gambar-gambar yang ditunjukkan di sini boleh dirujuk sebagai panduan.

Audio (1/5)
Saya tak dapat menguji audio DTS kerana tiada perkakasan yang menyokongnya. Bunyi audio Dolby Digital 5.1 juga mengecewakan. Hanya bunyi muzik latar belakang sahaja yang benar-benar jelas kedengaran. Bunyi untuk kesan khas agak perlahan dan seolah-olah kekurangan bunyi bass. Bayangkanlah, trailer yang disertakan mempunyai bunyi yang lebih baik daripada filemnya.

Bonus Feature (2/5)
Bonus dalam DVD ini ialah trailer dalam bahasa Inggeris, synopsis filem, biografi dan senarai filem terbaru Jackie Chan dan Vivian Hsu. Selain itu terdapat juga trailer untuk DTS dan Dolby Digital pada permulaan DVD.

Kesimpulan(1/5)
Peminat Jackie Chan sudah tentunya menyukai cerita ini tapi malangnya Speedy Video gagal memastikan DVD ini mempunyai kualiti video dan audio yang layak untuk DVD memandangkan filem ini dikeluarkan pada 2001. Oleh itu, lebih baik kalau penggemar DVD Jackie Chan seperti saya mencari DVD cetak rompak yang sudah pasti dicetak rompak dalam versi edaran Hong Kong yang lebih baik.



 

Ditulis : 04/09/2001
 

<< interest

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1