mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > April 2004

21/04/2004

Berapa kali telefon bimbit anda rosak?

Ada kawan2 aku yg memberitahu bahawa telefon bimbitnya rosak. Kalau tak bateri, litar elektronik di dalamnya yg mungkin rosak. Kalau dilihat dari model dan harganya, tentulah kita tak mahu kerosakan terjadi. Setiap benda yg rosak yg perlu diperbaiki akan menggunakan masa kita yg lebih diperlukan utk perkara lain. Nak ke kedai telefon bimbit, masalah komunikasi bila tiada telefon bimbit, hendak mengambil kembali telefon bimbit yg sudah siap diperbaiki, masalah telefon bimbit yg sudah dperbaiki rosak kembali, dsb. Semuanya menggunakan masa.

Pengalaman aku dgn telefon bimbit yg aku gunakan hampir sama. Telefon bimbit lamaku berjenama Siemens. Dua kali bertukar bateri. Ini dianggap biasa memandangkan bateri telefon bimbit akan dimamah usia setiap kali dicaj semula. Cuma apabila Siemens terhempas ke bawah dan terus tidak boleh dihidupkan semula aku terpaksa membeli telefon bimbit yg baru.

Setelah lebih setahun menggunakan Motorola, bateri masih baik. Cuma aerialnya saja yg buat hal apabila plastiknya pecah. Tak tahulah kenapa. Cubaan ke kedai telefon bimbit utk menggantikannya di Mentakab gagal. Akhirnya, berpeluang ke pusat servis Motorola di Plaza Berjaya, di hadapan Berjaya Times Square. Cajnya hanya RM12.

Ada kawan aku yg tidak bernasib baik. Nokianya yg boleh pakai GPRS Maxis sedang dibaiki. Kawan aku yg seorg lagi, bateri Nokianya sudah mula menunjukkan ragamnya. Nasib baiklah aku tidak gila telefon bimbit. Kalau tidak, mesti aku beli telefon bimbit yg pelbagai ragam. Contohnya yg ada skrin warna, bunyi polifonik, kamera dan boleh muat turun gambar, lagu dll. Aku, asalkan bole call, bole simpan nombor telefon, dan bole sms dah cukup.

- Kenapalah telefon bimbit anda rosak ? -

Kia Picanto

RM 46k, enjin 1.1 liter, auto, dan diimport. Bakal mencabar Atos, Kenari, & Kelisa yg sekelas dan berharga sekitar RM40k ke atas.

- Kia Motors
- Kia Picanto

- Cantik tak Kia Picanto ? -

14/04/2004

Gambar Gen-2 berlanggar dgn Kancil - Apa pendapat anda?



Gambar2 ini dihantar oleh sahabatku Shuk minggu lepas. Siapa pemegang hakcipta gambar2 ini tidak diketahui tetapi gambar2 ini menjadi tajuk perbualan yg hangat. Ini bukanlah gambar perlanggaran Gen-2 yg pertama yg pernah disebar secara meluas di Internet. Ada gambar sebelum ini, Gen-2 berlanggar secara berdepan dengan tiang. Carilah di Autoworld.com.my.

Kerosakan sebenar sang Kancil tidak dpt diketahui sepenuhnya melalui gambar2 ini jadi apa yg diketahui ialah Gen-2 berlanggar secara hadapan dengan sisi kanan sang Kancil. Lihat saja kehilangan sebelah lampu depan sang Kancil.

Badan kereta dibina supaya zon penumpang tidak mengalami kerosakan teruk akibat perlanggaran. Oleh itu, jurutera kereta perlu membina struktur badan kereta yg mampu melakukannya berdasarkan piawaian antarabangsa. Terdapat beberapa program penilaian bebas yg mengeluarkan keputusan ujian perlanggaran mereka ke atas pelbagai model beserta gambar. Antaranya ialah EuroNCAP.

Apabila perlanggaran secara hadapan berlaku, zon kemekan (? crumple zone) akan bertindak. Oleh kerana adanya bahagian hadapan yg memuatkan enjin kereta, crumple zone hadapan lebih banyak. Ini berlainan dgn perlanggaran sisi. Crumple zonenya lebih terhad. Bayangkan apa yg berlaku jika kereta anda dilanggar secara sisi dgn kemekan yg berlaku apabila perlanggaran hadapan. Leperlah jawabnya penumpang kereta.

Oleh itu, perlanggaran Gen-2 dan Kancil ini hanyalah berdasarkan hukum fizik sahaja di mana kesan perlanggaran cuba diserap sebanyak mungkin dlm crumple zonenya agar dpt menyelamatkan penumpang kereta. Kalau nak kaji lebih lagi, kenalah tahu kelajuan kereta, darjah hentaman dan macam2 lagi. Ini bukan perkara main2, malah pengeluar kereta seperti Mercedes-Benz mengkaji kereta keluarannya yg terlibat dlm perlanggaran.

- Pendapat anda ? -

11/04/2004

Hellboy Super Sapiens

Tajuk sebenar filem Super Sapiens ialah Hellboy tapi diubah mengikut pasaran. Sebab tajuk diubah amat jelas. Teringat kes Daredevil tahun lepas. Iklan punyalah hebat, akhirnya tersungkur gara2 tidak diluluskan LPF. Tayangan Super Sapiens 15 April. Masih ada beberapa hari lagi. Janganlah alasan watak utamanya bernama Hellboy menjadi alasan filem ini turut gagal ditayangkan.

Kecil. Beeesaaarrrrr!!!

Bukan iklan pinjaman perumahan, tapi bekas CD Album terbaru keluaran EMI yg bertukar ke bekas DVD. Apa alasannya tidaklah diketahui. Mungkin gimik utk pembeli? Semasa membelek2 album baru EMI yg berbekas hitam itu, iaitu Too Phat 360 edisi istimewa dan album baru Ruffedge, terasa kualiti covernya kurang memuaskan. Ini tidak berlaku kepada album EMI yg masih menggunakan bekas asal, album kompilasi KRU yg terbaru. Ini sesuatu yg perlu diambil perhatian kerana kualiti luaran juga penting bagi menarik minat pembeli. Tipah tertipu lagi (baca ikut gaya Ruffedge).

Album baru Siti Nurhaliza, Prasasti Seni dilancar esok. Album Zainal Abidin, Gaia mungkin bulan Mei. Album Raihan? Butterfingers? Search? Album yg rasa nak beli tapi belum beli? Aku kurang mendengar muzik kebelakangan ini. Otak sedang ligat berfikir, mencerna maklumat dari pelbagai sumber. Jangan sampai lupa mudik sudahlah.

Oh ya, DVD Matrix Revolutions sudah keluar.

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1