PENGENALAN DIRI
PENDIDIKAN DAN KERJAYA
ADIK-BERADIK
HOBI



Saya mula bersekolah di Tadika Strawberry , Shah Alam , Selangor pada umur seawal 4 tahun (2003) . Saya telah menjadi ketua kelas 3 tahun berturut-turut .


Pada tahun 2006 , saya mula bersekolah di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam . Saya hanya bersekolah disana daripada darjah 1 sehingga darjah 3 sahaja. Sepanjang persekolahan pada ketika ini , saya banyak menyertai pertandingan seperti olahraga dan menari .

Kemudian , saya berpindah di Sekolah Swasta Integrasi As-Syakirin daripada darjah 4 sehingga darjah 6 (2009-2011) . Disini saya banyak menyertai sukan seperti futsal dan bola baling . Posisi saya ialah penjaga gol sepanjang tiga tahun saya bermain . Kami selalunya bermain dan berlatih di Exterme Park , Seksyen 13, Shah Alam . Saya telah mengambil UPSR DAN PSRA di sini dan keputusannya amat memuaskan . Saya amat seronok belajar disini sepanjang 3 tahun pelajaran .


Di alam persekolahan sekolah menengah , saya belajar di SMK SEKSYEN 11 selama 5 tahun berturut-turut. sekolah ini juga turut dikenali sebagai Sekolah Sukan Negeri Selangor (SSN Selangor). Saya menyertai sukan seperti badminton dan memanah . Telah banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang bersekolah di sini. Antaranya ialah kenangan bersama cikgu-cikgu , rakan-rakan, dan lain-lain . Saya pernah mendapat pelbagai anugerah sepanjang berada disini . Sewaktu tingkatan satu , saya telah mendapat tempat ke-3 di dalam kelas , dan mendapat anugerah dalam mata pelajaran terbaik dalam subjek Geografi dan Sejarah . Sewaktu tingkatan 2 dan 3 , lagi sekali saya mendapat anugerah mata pelajaran terbaik dalam Bahasa Melayu , Sejarah , Geografi dan Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan) . Saya juga merupakan pelajar terbaik dalam peperiksaan PT3 pada tahun 2014. Sewaktu tingkatan 4 , saya telah menyertai pertandingan forum remaja peringkat Petaling Perdana dan saya telah menjadi pengerusi pada waktu itu . Seterusnya , pada tahun 2016 , sewaktu berada di tingkatan 5 , saya telah menjadi pengerusi bagi Unit Beruniform untuk Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Saya juga telah dilantik untuk menjadi setiausaha bagi Kelab Sukan Badminton . Saya telah menerima anugerah pelajar terbaik SPM 2016 dan mata pelajaran terbaik dalam subjek Sejarah , Biologi dan Pendidikan Islam . Saya juga telah mendapat Anugerah Nilam (gangsa) 2016 peringkat sekolah .

                                             
(Last day , last paper ; chemistry )                                                                                                             (Hari Anugerah Kecemerlangan)


Sementara saya menunggu keputusan SPM , saya telah bekerja di banyak tempat untuk mencari pengalaman. Antaranya bekerja di PIZZAHUT di Shah Alam .




Sebenarnya saya ada apply foundation in Law di beberapa buah universiti , tapi disebabkan Bahasa Melayu saya telah mendapat B , saya tidak mendapat bidang yang diminati tersebut . Bidang Law memerlukan tahap penguasaan bahasa yang amat tinggi selain Sejarah dan Pendidikan Islam .

Sekarang , saya telah menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan walaupun pada awalnya ini bukan kehendak saya tapi perancangan Allah lebih baik , dan telah mengambil modul II sebagai pilihan kerana tidak meminati bidang yang berkaitan dengan biologi.
Sebelum ini saya berada di praktikum S1AP8 dan telah bertukar kepada S2CP8.

Saya berharap dapat mengejar cita-cita baru saya (latest punya) iaitu untuk menjadi aircraft engineering yang berjaya satu hari nanti .