|
|
|
http://www.BlueShades.cjb.net
|
|
 |
 |
w::
Thursday, April 04, 2002 :: |
 |
 |
 |

:: SMALAM + ENEMY OF THE STATES ::
+ Semalam, balik dari opis terus singgah kat IOI ngan cik Miera. Saje nak jejalan kejap. Cik miera TENSEN skit ngan keje dia. Aku tolong teman dan buat LAWAK2 bodo skit...
+ Aku makan ROJAK MAMAK, cik miera makan LAKSA PENANG kat IOI tuh. 7.40 aku sampai umah.
+ LEPAS maghrib, aku lepak2 kejap pastuh terlelap kerana KELETIHAN. Hajat nak mandi, tapi baring2 kejap tengok magazine dan terus TERLELAP. CEPAT sangat aku rasa LETIH skang. KALU bleh, lepas opis, aku nak TERUS balik umah.. LEPAK2 pastuh TIDO. Tapi lagi besh kalu bleh TIDO2 kat opis.. wakakaka.
+ 9.40 malam aku terjaga. Pegi mandi, sembahyang isyak, pakai uniform tido dan terus turun bawah ke dapur. Buat secawan milo panas, dok depan TV tengok cerita ENEMY OF THE STATES lakonan mantap WILL SMITH. Tuh lah first time aku tengok cerita tuh. TAK penah berkesempatan nak tengok masa awal2 ditayangkan. TAPI, cerita tuh memang BESH. Nak aku ulas ke? ESHHH aku tak reti nak ulas lah... LAGI pon aku tengah BLUR sepanjang minggu nie... TAKDE idea nak siapkan DESIGN aku... ADEH BLUR...
+ 12.30 lepas abis cerita tuh, aku terus tido. TAPI susah gak nak tido. TERGOLEK2 beberapa kali sebelum aku betul2 lena. Ahhhhhh.. BESH nya TIDO!!..
posted at 1:09 PM
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
w |
 |
 |
 |

:: A CAMEL & HER BABY ::
Two camels (a mother and a baby) were lazing around, when suddenly baby camel said. Baby: " Mother, mother, can I ask you some question?"
Mother: " Sure! why son, is there something bothering you?"
Baby: " Why do camel have humps?"
Mother: " Well son,we are desert animals, we need the humps to store water and we are known to survive without water."
Baby: " Okay, then why are our legs long and our feet rounded."
Mother: " Son, obviously they are meant for walking in the desert. You know, with these legs I can move around the desert better than anyone" said the mother proudly.
Baby: " Okay," said baby camel, "than why are our eye lashes long? Sometimes it is bothering my sight." said baby camel.
Mother: " My son, those long thick eye lashes are your protective cover. They help to protect your eyes from the desert sand and wind." said mother camel with eyes brimming with pride.
Baby: " I see. So the hump is to store water when we are in the desert the legs are for walking through the desert and these eye lashes protects my eyes from the desert. Then what the heck are we doing here in a zoo???"
THE MORAL OF THE STORY IS, SOMETIMES SKILL, KNOWLEDGE & EXPERIENCE ARE ONLY USEFUL IF THE ENVIRONMENT OR SITUATION REQUIRES THEM! SECONDLY, MOST OF THE TIME, THESE STRENGTHS ARE NOT RECOGNISED.
source: forwarded email from Mohd Fairuz bin Taib to Geng Jernel yahoo groups.
p/s: It's not the skill you learnt, coz what you learnt is OLD. But, it's how fast learn NEW skills. * You are what you EAT... * You are what you STUDY...
posted at 7:53 AM
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
w::
Tuesday, April 02, 2002 :: |
 |
 |
 |

:: MIE + AQULAID + PIKO + AKU ::
Semalam Aku, Piko, Mie, ngan Aqulaid pegi makan2 kat EHSAN Bandar Kinrara. Ntah kenapa tetiba jerrr MIE bawak AQULAID datang umah aku. Bila aku tanya, diaorang cakap SAJE nak JUMPE aku... HUH, glemernyer aku...:) Tapi aku sambut KEDATANGAN diaorang ngan TANGAN dan PINTU umah terbuka... " Haaa.. Jemput2... JEMPUT MASUK, jangan memalu... " Lalu, Mie dan Dil dengan tak malunya terus jerr DUDUK...
Sebenarnya, DIL datang ke KL dari GANU untuk release tensen. Mie lah selaku TOKEY besar anggur menjadi TUAN UMAH serta HOST yang baik hati menyediakan PENGINAPAN serta menjadi TOUR GUIDE.
Asalnya, NETTO nak join kitaorang makan2 sekali. TAPI, NASIB BAIK dia DEMAM + KURANG SIHAT. MAKA, dia tak dapat lah HAVOC kan lagi GATHERING kecik tuh.
Lepas MAKAN + BORAK2 kat EHSAN tuh, kitaorang kononnya BERANGKAT balik ke UMAH aku. TAPI, TERSINGGAH kat A&W yang baru dibuka kat Petronas BK5 tuh. Dan kebetulan pulak DIL murah hati [ setelah dipaksa + diugut ] untuk membelanje kitaorang. Maka, kami mengadakan sesi SUPPER kat A&W dengan 2 cawan FLOAT, Curley Fries, Onion Rings, Coney Dog, Burger dan WAFFLE. PERGHHH BURUK LANTAK diaorang nie... AKU cuma sekadar makan skit2 jerr WALUPON perut aku dah SENAK giler... Tapi mane bleh lepaskan MAKANAN FREE nie... wakakakkaa MEKASIH kat DIL yg sudi belanje kitaorang....
Kul 11 lebih baru kitaorang berangkat balik. MIE + DIL blah ke Sg. BULOH tak lama selepas tuh. Aku ajak gak diaorang MENGINAP kat umah aku tuh, TAPI DIL kena balik GANU kul 11.00 pagi. APE nak buat, maka MALAM2 buta tuh diaroang mengharung KEGELAPAN + KESEJUKAN tengah malam ke Sg.Buloh. Aku ngan Piko, siap sedia dan TERUS TIDO dalam KEKENYANGAN dan KELETIHAN... ADEH...
Gitu lah CERITA RONGGENG + GATHERING kecik semalam.
Mekasih MIE, kerana sudi bawak DIL ke umah aku... [ hilang dah rindu2 + angau2 kat mie ] Mekasih DIL, sudi datang umah aku dan TERPAKSA belanje makan...
posted at 2:50 PM
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
w |
 |
 |
 |

:: KETAM MELAYU + KETAM CINA ::
Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu? Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina.......sana dalam bekas tak ada tutup...ketam melayu la.... Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar ang lain macam mana mau keluar. Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina.
Hakikatnya, jika orang cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, dia mahu dia sorang aje boleh berjaya. Orang lain jangan.
Itulah hakikat sebenar sekarang ini.
p/s: sinis sungguh ketam2 tuh kan... ade komen??
source: forwarded email from kak sue
posted at 7:26 AM
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
w::
Monday, April 01, 2002 :: |
 |
 |
 |

:: KENDURI DI MELAKA ::
Sabtu, aku pegi KENDURI KAWIN kawan aku di UTM iaitu Khaironi Yatim @ NIN. Tapi nie belah pompuan lah. Belah lelaki, next week kat PERAK. Aku pegi ngan Pok Wan dan Ujet berpandukan pada PETA dan ALAMAT yang diberi.
Awal2 perjalanan 10.30 pagi tuh, kami sesat mencari jalan keluar ke HIGHWAY Sg.Besi. Wakakka POK WAN tak tau jalan rupanya... Dia bawak kitaorang menghala ke pusat bandar... wakakka. GELAK sakan aku dalam keta, tapi terpaksa control takut kena TINGGAL. Kami terpaksa U turn dan menghala semula ke selatan melalui HIGHWAY {sebenarnya aku pon kurang pasti jalan hehe ]. Sampai di MELAKA sudah pukul 1.00 tghri. Berhenti di JUSCO melaka membeli LAMPU TIDUR sebagai HADIAH perkahwinin NIN... wakakka shopping LAST MINUTE punyerr hal.
Berpandukan PETA, kami berpusing2 di bandar MELAKA. Tapi rupanya silap. PETA tersebut amat mengelirukan bagi ORANG KL macam kami. Peta tsb hanya sesuai utk ORANG2 yg dah biasa dengan MELAKA. Rupanya, kami sepatutnya tak perlu melalui PUSAT BANDAR MELAKA, tetapi terus menghala ke jalan menuju MUAR. Itu pon setelah berhenti di SHELL melaka untuk bertanyakan ARAH pada sorang pakcik tua.
Sampai di umah PENGANTIN, skali lagi kami sesat kerana tiada PETANDA2 jelas kedudukan umah PENGANTIN. Dan sekali lagi kami terpaksa bertanya pada bebudak kecik yang sedang bermain2 ngan bunga manggar di tepi jalan.
Di umah pengantin hampir 3.30 petang. Disitu, kami berjumpa ngan NITAM, AZLI KECIK, BAHRAIN, DICKY, DUAN dan beberapa orang budak BATCH kat UTM yg aku lupa namanya. Emmm bila dah jumpe ramai2 tuh, maka segala UPDATE serta GOSSIP tersebar... CERITA2 yang tak penah aku tau, dibentang oleh kengkawan... wakakaka KELAKAR. Tapi kalu tak gitu, tak tau aku PERKEMBANGAN kengkawan yg lain. RAMAI yang DAH dan AKAN mendirikan RUMAHTANGGA. Emm PRODUKTIF sungguh mereka semua.. AKU?? Emm ntah lah... Nak kata TAK TERLINTAS SOAL PERKAHWINAN tuh, tipu sangat. TAPI, mungkin belum masanya kot... NTAH lah... TAPI kena PIKIR2 kan gak kan... wakakkaka.
Lepas makan dan sembang2, kami bleh dari MELAKA dalam kul 4.00 petang... Sampai di KL pukul 6 petang dalam keadaan LETIH... ADEH...!
Emmm.. selamat dah NIN dan WIFE diIJAB KABUL kan... ALHAMDULILAH. Lama dah diaorang couple. Sejak sekolah MENENGAH, dan setelah banyak RINTANGAN dan HALANGAN, maka RASMI sebagai SUAMI + ISTERI yang sah... AMIN... LEPAS nie, suma dah HALAL...:)
Yang BUJANG2 cam aku nie, TELAN air liur lah... wakakaka.. APE pon, JODOH, MAUT, REZEKI tuh kat tangan ALLAH... Insya-Allah adelah BAHAGIAN kita nanti... Insya-Allah.
p/s: TAHNIAH buat NIN dan WIFE... SEMOGA berkekalan sehingga ke akhirat dan BAHAGIA sokmo...
posted at 5:13 PM
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
w |
 |
 |
 |

:: PERISTIWA 1 APRIL & APRIL FOOL ::
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical jokes' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.
Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan, 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya ( 1April ), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Wallahualam...
source: forwarded email from cik miera
posted at 11:25 AM
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
w |
 |
 |
 |

:: 1 APRIL 2002 ::
Emmm kejap je dah masuk bulan baru... kejap jerr dah bulan APRIL. Rasanya baru jerr semalam bising2, sibuk2 pasal tahun baru... pasal azam baru... Tapi, nak buat camne kan, masa tetap berlalu. Cuba tanya kat diri sendiri, APE yang dah tercapai sejak awal tahun sampai hujung MARCH??... DAH tercapai sikit AZAM2 tuh??.. Ade PENINGKATAN dalam kehidupan??.. Ade PERUBAHAN kepada yg lebih BAIK??... Atau, kita tetap seperti dahulu.... sama walaupon tak serupa. Kehidupan tetap berlalu begitu sahaja...
TANYA balik kat diri sendiri... APE kah yang nak kita CAPAI?... Apekah ARAH dan TUJUAN?... Kemanakah RENTAK dan KEHIDUPAN.
Adakah kita hendak BERTERUSAN begini?.. Adakah kita PUAS dengan ape yang kita ade sekarang??... Adakah kita boleh MENDABIK dada dengan ape yang ada??...
Sekiranya kita mahukan PENINGKATAN... Sekiranya mahukan PERUBAHAN... Sekiranya ada ARAH dan TUJUAN... Carilah JALAN untuk MENINGKATKAN.. Carilah CARA untuk MERUBAH... Carilah PEDOMAN untuk KEARAH TUJUAN...
Tanya pada DIRI... BAGAIMANA? Bagaimanakah boleh TERCAPAI AZAM dan KEMAHUAN?
Tanya pada DIRI... SIAPA? Siapakah yang boleh membantu kearah PENINGKATAN?
Dan TERUSKAN lah BERTANYA-TANYA... Kerana dengan BERTANYA, kita melatih MINDA untuk berfikir dan bukannya membiarkannya TERBENGKALAI tak berguna...
BANGUN!!!... BANGUNN!!!... BANGUNLAHHHH!!! BANGUNLAH wahai TEMAN2.... BANGUN!!!!
p/s: Pagi ISNIN 1 APRIL 2002 yang indah...
posted at 7:47 AM
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
|
| |
|