:: KENALI PERSONALITI ANDA ::
Didalam buku "Platinum Rule", penulis buku Dr.Tony Alessandra dan Dr. Micheal J.O Connor, membincangkan dengan panjang lebar mengenai perbezaan personaliti ini.Mengenal pastikannya, menerimanya dan belajar memahami satu sama lain.
Memahami perbezaan personaliti ini bukanlah untuk kita mengatakan personaliti ini lebih baik daripada yang lain. Tujuannya adalah untuk kita lebih memahami satu sama lain dan bertolak ansur di atas kekurangan satu sama lain. Di samping itu mengenal pasti kelemahan kita dan berusaha memperbaiki mereka supaya kita lebih harmoni sebagai sebuah keluarga.
1. Director
Dalam menyelesaikan masalah keluarga, masalah korporat, masalah sink dapur pecah, tiada bezanya, mereka yang berpersonaliti seperti nin, akan bertindak terus seolah-olah mereka sahaja yang mempunyai jawapan penyelesaiannya.
Kekuatan mereka ialah mereka ini amat fokus dengan apa yang mereka hendak capai. Mereka mempunyai kekuatan semangat dan tenaga mereka tinggi. Mereka mampu menggerakkan bukan saja diri mereka, malah orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Mereka sering dikenali sebagai "pemimpin semulajadi".Mereka digerakkan oleh keinginan untuk mengendali atau mengetuai. Mereka suka kepada cabaran dan risiko. Hidup mereka layu tanpa semua ini.
Kelemahan mereka pula yang selalu akan memakan diri mereka ialah mereka amat tidak sensitif dengan perasaan orang lain. Jarang sekali mereka ini mahu menerima pendapat orang lain. Mereka tidak begitu teliti didalam kerja -kerja mereka. Asalkan siap cepat pada masanya. Mereka amat mementingkan diri dan hanya titik bertolak tindakan mereka adalah untuk kepentingan diri mereka,("self-centerd").
Seperti dikatakan oleh penulis didalam buku itu, personaliti ini adalah amat cekap melakukan kerja. Cekap, cepat dan menyiapkannya di dalam masa yang di tetapkan. Tapi ketelitian? Itu perkara kedua bagi mereka.
Motto mereka mungkin - "Cepat,cekap dan ikut saya"
2. Thinker
Mereka yang berpesonaliti seperti ini adalah serius dan tekun. Mereka mementingkan tugasan seperti "director". Namun, mereka tidak seperti "director" yang cepat membuat andaian dan gopoh di dalam mengambil tindakan."Thinker", lebih tenang, menganalisis keadaan dengan perincian kemudian baru bertindak. Mereka amat analitik dan teliti. Barang-barang kepunyaan mereka kemas dan tersusun dan berketrampilan rapi. Mereka menitik beratkan kecekapan, logik dan tepat. Mereka amat sukakan perincian dan rutin serta susunan yang tidak berubah-ubah.
"Thinker", tidak sukakan perubahan. Mereka kurang bergaul dan payah untuk bergaul. Mereka lebih gemar membuat kerja dan berfikir. Kadang-kadang mereka ini terlalu ingin sempurna sehinggakan melambatkan kerja mereka.
Jika mereka ini masih belajar, mereka menyusun pensil dengan baik, buku-buku dengan baik. Pakaian mereka kemas. Kerja sekolah juga kemas namun kadang-kadang selalu tidak sempat menyalin kerana terlalu teliti dan lambat kerana mahu memastikan tulisan kemas.
Motto mereka mungkin - "Kalau saya kemas, tepat, teliti, saya berjaya"
3. Relater
Relater dan socializer mempinyai persamaan kerana kedua-dua personaliti ini sukakan orang dan disenangi orang. Perbezaannya "relater" tidak ke depan dan mencari glamour seperti "socializer". Mereka ini lebih tenang, lebih penyenyap dan "low key". Lebih teliti pula itu.
Mereka ini adalah kawan semua orang . Hampir semua orang menyukai mereka ini. Mereka ini amat penyabar. Malah boleh dikatakan mereka yang berpesonaliti seperti ini saja yang sanggup hidup bersama dengan mereka yang berpesonaliti "director".
Namun, kerana terlalu sabar dan teliti, mereka ini agak lembab didalam menyudahkan tugasan. Mereka payah untuk memimpin dan menggerakkan sesuatu pasukan kerana mereka mahu memuaskan hati semua orang.
Jika mereka masih masih belajar, mereka ini adalah pelajar yang mudah dikawal. Menurut perintah dan disiplin sekolah. Mereka mudah dikawal dirumah juga. Mudah mengikut perintah dan tenang.
Motto mereka mungkin - "Sabar dan fahami orang lain, pasti mereka akan mengikut kata-kata saya"
4. Socializer
Mereka yang berpesonaliti seperti ini amat mudah bergaul dengan orang dari apa peringkat umur. Mereka mempunyai kepintaran interpersonal yang tinggi. Mereka amat ramahdan mudah digauli. Mereka akan berusaha untuk menyukakan hati semua orang. Motivasi penggerakmereka ialah kepercayaan, "jika saya boleh membuat awak suka kepada saya, awak akan ikut saya." Mereka suka mendapatkan perhatian dan berusaha kearah itu.
Jika mereka masih belajar, mereka ini amat popular di sekolah, dari Pak jaga ke Guru Besar menyenangi mereka. Pandai mengambil hati guru dan kawan-kawan. Bila disuruh, semua boleh, asalkan dia akan disukai.
Namun seperti personaliti yang lain juga, mereka mempunyai kelemahan. Oleh sebab mereka terlalu asyik bercakap dan terlalu fokus untuk mendapat restu orang lain, maka mereka selalu lalai dengan tugasan mereka. Selalu lupa janji, kerana terlalu banyak berjanji.Malah mereka ini juga kurang tetliti. Kadang-kadang kerana terlalu bersikap bersenang-senang, mereka alpa dengan tugasan dan kerja rumah. Barang-barang selalu saja di letakkan merata-rata dan lupa di mana.
Motto mereka mungkin - "Hiburkan hati mereka dan saya akan berjaya"
p/s: Emmm... I'm a MIX of THINKER and RELATER... BUT, sometimes I think too much... huh
source: celcom.net.my & Majalah Pa & Ma, Julai 2001
posted at 7:35 AM