Semalam, aku pegi ke LEMBAH BERINGIN skali lagi... Dah masuk kali ketiga (3) aku pegi sana. Semuanya kerana nak settlekan presentation tuh... ADEH LETIH!!!..
Selesai semua, kitaorang (Aku, Surya, En.Suhaimi) bertolak ke Bukit JELUTONG iaitu rumah GM kami pukul 10.00. Tujuan, untuk brief kat GM tuh pasal presentation. KEBETULAN lak GM kami tuh MC kerana kurang SIHAT.
Sampai situ, NOTEBOOK tuh plak buat hal. Masa startup tuh, tetiba jerr HANG (tergantung). MACAM2 cara kami buat utk restartkan semula, tapi tak berjaya. NASIB baik GM kami seorang yang memahami... dan DIA jugak lah yang MENYABUT BATTERI notebook tuh dan kemudian memasangnya semula.
Selesai briefing, kami bertiga (aku, Surya, En.Suhaimi) bertolak ke LEMBAH BERINGIN dengan kelajuan 110-120kmph. GM kami akan bertolak dengan En.Zul sebagai DRIVER.
Pukul 11 lebih, kami sampai di sana dan bersiap2 peralatan untuk presentation. Segala2nya berjalan lancar... dan hanya menunggu masa untuk presentation pada pukul 3.00 petang sahaja.
Kami dijamu NASI AYAM yang sangat SEDAP untuk santapan tengahari yang juga merangkap makanan untuk pelajar2 disitu. APA yang menarik ttg KOLEJ tersebut ialah ianya seperti BOARDING SCHOOL dan mengadaptasi SISTEM PERSEKOLAHAN dan bukannya SISTEM KOLEJ atau UNIVERSITI. Tenaga pengajar dipanggil CIKGU (Teacher) dan bukannya PENSYARAH (Lecturer) kerana CIKGU adalah PENDIDIK sementara, PENSYARAH hanyalah sebagai PENGAJAR.
PRESENTATION tersebut berjalan dengan LANCAR dan tamat pada pukul 4.00 petang. Walaupon masih banyak lagi persoalan yang berlegar2 sehingga tamat PRESENTATION tersebut, tapi MESEJ telah berjaya disampaikan. First PHASE project tersebut akan diapprovedkan sementara Second Phase masih dalam perbincangan.
Habis meeting, KAMI pergi ke TANJUNG MALIM menaiki kereta MERCEDES BARU GM dengan GM sendiri sebagai DRIVER. TUJUAN hanyalah untuk makan PAW TANJUNG MALIM yang TERKENAL tuh. DAN, ianya memang SEDAP!!!...
SATU yang paling ketara pada GM kami nie adalah SIFAT PEMURAH dan PERAMAH nya. Dia cukup baik hati dan cukup humble semasa bersembang dengan kami serta TIDAK LOKEK duit. MUNGKIN inilah sebabnya, REZEKINYA murah... dan MUNGKIN ini jugalah sebabnya ANAK BUAHNYA senang bekerja dibawahnya...
Ape pon, semuanya berjalan lancar dan kami sampai di TPM pada pukul 7.00 petang. KELETIHAN yang teramat tuh masih aku RASAKAN sampai ke hari nie.
:: DOA AKHIR + AWAL TAHUN HIJRAH :: Oleh : Shukurteam Siar pada : 14 Mac 2002
Doa Akhir Tahun Hijrah
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat redha-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Sayidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini hendaklah dibaca 3x sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah 1422 bersamaan 14 Mac 2002.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."
Doa Awal Tahun Hijrah
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Sayidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga meminta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAH rahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummiy dan kaum keluarganya, juga seluruh sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini hendaklah dibaca 3x selepas solat Maghrib pada malam 1 Muharram 1423H bersamaan 14 Mac 2002.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan. Untuk amalan kita semua.....Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis , Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara NabiMuhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
* Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.
*Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
* Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah Azza Wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
* Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Semalam aku pegi meeting kat LEMBAH BERINGIN tuh dalam kelam kabut. Sepatutnya pukul 11.00 pagi dah bertolak. Tapi, last minute changes buatkan kitaorang masih ade kat sini kul 12.00. Tapi, OLEH kerana PROJECTOR tuh sedang digunakan untuk PRESENTATION dengan CLIENT, makan 1.30 baru kami bertolak. Emmm TERLEWAT daripada JANGKAAN.
Oleh kerana TERLEWAT tuh, maka kami RUSHING ke lembah beringin. Dan, kami TERPAKSA makan KFC dalam kereta yang sedang bergerak pada kelajuan 110kmph... BAYANGKAN empay (4) orang dalam KERETA WIRA putih sedang makan dengan dengan LAHAP. LAPO GILER lah.. Tapi kesian En. Suhaimi yang terpaksa memandu sambil makan. Tapi, En. Zul sebagai co-pilot bertindak cemerlang menjaga kebajikan PILOT. " Nak AYAM lagi??..." " Nak AIR?? .." " Emm NAH tisu, kang licin lak stereng tuh.." [ diantara dialog]
Aku ngan SURYA, melahap bersungguh2 tanpa mengira keadaan PERSEKITARAN.
Sampai di LEMBAH BERINGIN pukul 3.00 iaitu 30 minit lewat dari temujanji. BANYAK juga pertukaran yang terpaksa dibuat pada presentation tersebut mengikut kehendak client. Kami terpaksa melakukan pertukaran tersebut serta merta. Dan, hasilnya KAMI sampai KL pukul 8.00 malam dengan KELETIHAN yang tak terhingga...
ADEH LETIH... Sampai skang aku rasa KELETIHAN.
Mungkin, sebentar lagi AKU akan bertolak KE LEMBAH BERINGIN sekali lagi...ADEH
Emm... En.Suhaimi baru sahaja singgah ke tempat aku... KAMI akan bertolak pada pukul 9.30... Semoga kali nie, TIADA lagi STUNT makan dalam kelajuan 110kmph...:) Insya-Allah
Wanita dan keganasan�bukanlah topik luarbiasa hari ini. Malah cerita tentang wanita ditindas dan dianiaya bagaikan satu cerita tanpa noktah dalam masyarakat membangun kini. Lihat dan dengarlah di mana-mana, sama ada di akhbar atau kaca TV, kebanyakannya berkisar perihal wanita dibunuh, dikelar, diperkosa dan bermacam lagi yang tidak perlu lagi dirungkai.
Bila perkara-perkara sebegitu buruk terjadi, semua jari menuding sang lelaki. Betul, memang lelaki itu bersalah. Namun meletakkan kesalahan pada kaum lelaki semata-mata tidak mencukupi. Renunglah dalam-dalam. Mungkin ia kesilapan kita kaum hawa, yang menganggap enteng sesetengah perkara.
Lihat sahaja senario berpakaian kebanyakan gadis sunti zaman ini. Bukan setakat menjolok mata. Ada ketika hati terdetik, kalau pakai macam tu, baik tak payah pakai baju. Mungkin kerana mengikut aliran fesyen terkini, soal keselamatan jarang diberi perhatian.
Pernah suatu petang ketika menunggu teksi di sekitar kawasan segitiga emas di ibu kota, penulis terpandang seorang gadis berpakaian separa bogel. Melihat raut wajahnya, nyata dia Melayu, tentulah Islam agamanya. Diteliti lagi, penulis anggar usianya dalam belasan tahun. Masih muda dan mentah. Tapi jika dilihat gaya berpakaian dan tubuh badan, dia kelihatan dewasa seolah-olah berkerjaya.
Sampai gilirannya, sebuah teksi berhenti. Penulis perhatikan air muka si pemandu. Amboi nampaknya suka benar dia bila dilihat seorang gadis begitu seksi bakal menjadi penumpangnya.
Walaupun sengaja penulis buat-buat seperti tidak melihat namun mata sempat mengerling ke arah mereka. Maklumlah drama kehidupan begini amat singkat, hanya beberapa saat untuk dihayati dan difahami.
Apabila daun pintu ditutup saya lihat sang pemandu tersengih-segih sambil memandang ke cermin pandang belakangnya.�Miang!� getus hati penulis. Bukan kepada si pemandu teksi tapi kepada si gadis yang duduk di belakang dengan cara begitu tergedik-gedik dan manja.
Terfikir penulis, jika si pemandu sememangnya berniat tidak baik, mudah benarlah gadis tadi menjadi diperangkapnya. Ini kerana peluang sudah terbuka di depan mata. Hanya menunggu masa sesuai untuk memerangkap mangsa yang mentah. Jika apa-apa berlaku kepada gadis sepanjang perjalanan, siapa yang harus dipersalahkan.Si pemandu teksi memang bersalah, tapi kucing mana yang hanya akan melihat ikan segar di depan mata tanpa menjamahnya. Sekali imbas terfikir di benak penulis, jika si gadis sunti itu berpakaian sopan dan bersikap tegas bila berada dalam kenderaan awam, tentu mana-mana pemandu pun akan berasa sedikit segan dan hormat. Kalau nak dipengapa-apakan pun mereka akan berfikir dua atau tiga kali.
Sebaliknya jika seorang gadis itu sudah membuka peluang, janganlah buat muka sedih bila perkara-perkara tidak manis berlaku.
Baru-baru ini pula penulis berkesempatan bertemu teman-teman lama di bidang media, keseronokan berbual tiba-tiba bertukar serius apabila satu insiden kecil berlaku. Sedang kami asyik berbual, tidak semena-mena muncul seorang teman (lelaki) menyapa setiap seorang daripada kami. Tiba giliran kawan penulis di sebelah, si lelaki tadi menyapa, �Hai, mangga..� penulis yang mula-mula tadi asyik tersengih bertukar kepada hairan bila melihat kawan penulis di sebelah langsung tidak marah sebaliknya ikut tergelak-gelak mendengar sapaan tadi.
Bagi kawan penulis, sudah menjadi kebiasaan padanya bila mendengar nama jolokan tersebut. Walaupun pada amnya gelaran �mangga� tersebut merujuk kepada bahagian tubuhnya yang agak ketara. Tidakkah dia sedar apa yang dialami sekarang adalah satu daripada ciri-ciri gangguan seksual. Apabila si lelaki sudah boleh menyebut tentang bahagian tubuh kita hari ini, tidak hairanlah esok lusa dia mengeluarkan kata-kata lucah pula sebagai bahan gurauannya.
Apabila penulis ajukan soalan mengapa dia tidak marah bila ada lelaki yang memanggilnya dengan gelaran �mangga�. Kawan penulis tersenyum sambil mengatakan dia bangga dipanggil sedemikian kerana itulah simbol kejelitaan baginya. Fikirkanlah. Hanya kita yang dapat membantu menaikkan taraf kehormatan diri sendiri.Mulakan hari ini. Cubalah berpakaian sopan dan belajar menghormati diri sendiri. Jangan biarkan sendaan teman-teman tentang bentuk tubuh anda sebagai satu perkara biasa.
Kehidupan esok bermula hari ini. Ambil langkah berjaga mulai sekarang. Kita tentu tidak mahu bangsa wanita pupus dek kealpaan kita menjaga diri�.
Apa pandangan anda dengan situasi ini, adakah anda wanita yang merendahkan taraf kehormatan anda sendiri?
p/s: ignorance is the root to stupidity source: shukur.com
A middle aged woman had a heart attack and was taken to the hospital. While on the operating table she had a near death experience. Seeing God she asked " Is my time up? " God said, " No, you have another 43 years, 2 months and 8 days to live. "
Upon recovery, the woman decided to stay in the hospital and have a facelift, liposuction, and a tummy tuck. She even had someone come in and change her hair color. Since she had so much more time to live, she figured she might as well make the most of it. After her last operation, she was released from the hospital. While crossing the street on her way home, she was killed by an ambulance.
Arriving in front of God, she demanded, " I thought you said I had another 40 years? Why didn ' t you pull me from out of the path of the ambulance?"
Pada hari jumaat, apabila sampai di rumah selepas opis aku sedikit konfius. Sebaik sahaja masuk ke ruang tamu, aku terpandang sekeping kad berwarna putih yang merupakan MEMO/NOTE dari ABX EXPRESS iaitu sebuah syarikat penghantaran ekspress. Butiran pada kad putih tersebut menunjukkan bahawa ade satu PARCEL untuk aku yang sepatutnya sampai pukul 11.45 pagi. Tetapi, oleh kerana tiada sesiapa di rumah pada ketika itu maka PARCEL tersebut terpaksa ditangguhkan penghantarannya.
KEKONFIUSAN aku semakin menjadi2. TAK PERNAH aku dapat PARCEL seumur hidup aku. Dapat surat pon jarang2 sekali inikan pula PARCEL. KEPALA aku ligat berfikir kemungkinan sesiapa yang menghantar PARCEL tersebut, tapi tiada satu pon kemungkinan.
Aku cuma simpan kad putih tuh dan serta merta melupakan tentangnya seketika.
Esoknya (SABTU) aku menghubungi nombor telefon ABX EXPRESS yang tertera pada kad putih itu. Dan aku terpaksa bercakap dengan orang ABX EXPRESS yang agak GARANG serta MARAH2 dalam slang INDIA nya. PERGHH PANAS hati aku. TAPI niat aku cuma nak info pasal PARCEL tuh, dan setelah seketika bercakap, bertanya, dan bersoal jawab maka PARCEL aku tuh akan dihantar semula pada hari ISNIN di OPIS. Aku hanya tersenyum LEGA walaupon BENGANG dengan SERVIS yang diberikan. huh!!...
Tapi bila balik dari opis, aku terjumpa keratan KAD PUTIH yang sama pada pintu pagar... Emmm Aku KOMPIUS sekali lagi. Dan BILA sampai di bilik, satu bungkusan plastik berwarna KELABU yang sederhana TEBAL terletak di atas TILAM. Aku hanya tersenyum... " Pak Wan kot yang amikkan PARCEL tuh... " detik aku dalam hati.
Aku pon meletakan semua barang2 dan terus duduk menghadap PERCEL tersebut. Ku pandang, Ku Lihat, ku renung butiran yang tertera pada parcel tersebut... Perkataan BUMIPUTRA COMMERCE BERHAD tertera pada sekeping kertas...
" Eshh... apsal BUMIPUTRA COMMERCE BERHAD nak antar parcel kat aku lak??? " hati aku terdetik kompius...
Aku terus membuka plastik KELABU tuh secermat yang mungkin. TAPI, kerana DORONGAN curiousity yang teramat, aku mengoyakkan plastik itu dengan GANAS...
Dalam plastik tuh, ade lagi satu sampul yang agak kembung daripada BCB. Ku gunting elok hujung sampul surat tuh ngan gunting kecil berwarna oren....
Aku keluarkan sekeping kertas daripada sampul... " TAHNIAH!!.. SLOGAN ANDA TELAH DIPILIH UNTUK MEMENANGI 2 ( DUA ) KEPING TIKET HILL STAND BERHARGA RM100 SETIAP SATU UNTUK MENONTON FORMULA 1 (F1) DI LITAR LUMBA SEPANG... "
" WAHHHHHH!!!! " " WAHHHHHHHHHHHH!!! " " COP... Aku dapat 2 tiket F1 Cop...." " HUIYOOOOO!!!... " Terjerit2 aku pada PIKO yang kebetulan ade dalam bilik. wkakakak... KEGEMBIRAAN yang tak terhingga...
SECARA RASMINYA, aku adalah salah seorang PEMENANG 2 keping tiket F1 bagi peraduan F1-BCB yang dianjurkan oleh BCB di LAMAN WEB nya. Aku pon dah lupa bila aku masuk peraduan tuh... TAPI ALHAMDULILAH... Dah REZEKI aku agaknya...
Pada malamnya, aku keluar ngan Cik Miera... Walaupon LETIH... Walaupon PENAT... Walaupon tak LARAT... Tapi aku nak kuar gak...
Masa dalam kereta, aku ceritakan perihat PARCEL tersebut dengan PEHUH AKSI sambil terjerit2... Cik Miera hanya tergelak2 dan tumpang GEMBIRA dengan KEMENANGAN aku tuh... Yeap suatu KEMENANGAN yang tidak DIJANGKAKAN...
" AWAK sudi nak TEMAN SAYA tengok F1 17 haribulan nie?? " aku memulakan pertanyaan dengan harapan yang besar... Dia hanya TERDIAM sebentar mungkin agak KOMPIUS...
" AWAK sudi ke PEGI ngan saya?? " aku tanya lagi bila tengok dia cam KOMPIUS dengan PELAWAAN aku tuh...
" NAK... " Jawab dia RINGKAS... " AWAK AJAK saya kerr?? Awak nak PEGI ngan saya kerr?? " Dia tanya bertubi2...
Aku hanya tersenyum... Aku tengok dia TERSENYUM... Tapi, memang itu lah niat ku... NIAT yang sememangnya aku ucapkan dalam hati sejak mula aku menulis SLOGAN untuk peraduan BCB tuh... NIAT yang sememangnya terdetik ketika tertihat hadiah kemenangan merupakan DUA (2) keping tiket F1... NIAT yang sememangnya MEMBAWA TUAH dan KEMENANGAN pada ku...
Mungkin itu dah REZEKI KU dan REZEKI DIA juga... ALHAMDULILAH...
Kami terus menuju ke KLCC untuk memenuhi hajat MELEPAK2 malam MINGGU. TAPI, sampai disana secara kebetulan ade satu konsert yang menggandingkan penyanyi2 popular (Ning Baizura, Anuar Zain, Camelia, Too Phat dll) dengan TIGA (3) orang pengacara daripada rancangan 3R.
Dan, buat PERTAMA KALINYA aku menonton KONSERT SECARA LIVE walaupon diHALAU oleh PAK GUARD Taman KLCC. HAMPEH lah...
TAPI yang paling BESH ialah ketika menonton TOO PHAT secara LIVE mempersembahkan lagu ANAK AYAM dan CLAP TO THIS yang sungguh besh tuh disamping pertunjukkan akrobatik oleh PENARI2 TOO PHAT... wakakaka... BESH GILERRR LAH... KEPUASAN yang tak TERHINGGA sehingga PENONTON turut menari2 mengikut RENTAK MUSIK yang catchy!!!... YEARGHHHHH!!...
MEKASIH kat CIK MIERA for the lovely WEEKEND... Mekasih AWAK... MEKASIH gak kat BUMIPUTRA COMMERCE BERHAD yang menaja hadiah KEMENANGAN berupa DUA (2) keping tiket F1...:)
LELAKI boleh membuat wanita bahagia , juga sengsara. Tidak kurang wanita sanggup melakukan apa saja , demi mengikat kasih dan kesetiaan lelaki sehingga tidak sedar banyak perkara memudaratkan diri atau suami.
Agak aneh dan pelik memikirkan ada wanita sanggup menahan sakit dan perit semata2 hendak cantik atau rela melalui pelbagai derita dan kecewa kerana LELAKI.
Antara keadaan yang biasa kita dengar dan bisa membuat kita geram sebentar malah sukar diterima akal ialah bila mana ada isteri sanggup tunggu meskipun dipukul balun, ditendang terajang , dihina dan dikata nista. Amat sedih melihat isteri begina masih mahu melutut dan memaut pada kaki suami minta dikasihi dan dikasihani. Mereka rela diperlakukan apa saja asal tidak ditinggalkan.
Ada pula , belum sah menjadi isteri , baru bertunang atau berkenalan , sudah ditampar dan disepak , pun masih enggan meninggalkan si jantan..ajaib ajaib...ilmu apa yang diguna dek jantan sebegini...?
Mengapa wanita begitu lemah apabila berhadapan dengan LELAKI ???? dan sanggup membenarkan maruah dipijak dan harga diri dihenyak begini?
Apakah memang fitrah perempuan dijadikan demikian? Kononnya demi mempertahankan cinta dan ikatan kekeluargaan...? Tetapi bijakkah menegakkan rumahtangga yang sudah jelas tidak membahagiakan..?
Tidak kurang jua wanita yang meletak suami dipuncak sehinnga diri sendiri tidak dipeduli. Suami dianggap segala2nya dalam hidupnya.
Tiada pengorbanan terlalu membebankan. Tiada sakit terlalu perit. Tiada perkara terlalu payah. Semuanya demi mengikat kasihnya. Ubat paling kelat atau ulam paling pahit sanggup ditelan , demi memelihara kelangsingan badan dan kecantikan. Badan letih bekerja seharian bukan alasan menolak keinginan suami.
Apalagi wanita islam dijanjikan syurga apakala mentaati segala kemahuan suami. Bertuahlah isteri yang suaminya memahami bahawa tugas isteri hanya melayan suami dan mendidik anak serta berkemampuan pula. Semua keperluan dan kewajipan rumahtangga cukup tersedia agar isteri tidak kepenatan, hanya memasang badan dan menjaga kecantikan untuk tatapan suami seorang.
Namun kebanyakan suami TIDAK termasuk dalam golongan ini. Mereka mahu semuanya sekali tanpa banyak memberi. Isteri mesti bekerja membantu menambah pendapatan keluarga atau sekadar memelihara martabatnya sendiri apabila berjaya memikat wanita berkerjaya....???? Namun dia masih diharap pandai memasak , rajin mengemas , bijak mendidik anak2 serta hebat diranjang...
Inilah penasaran wanita , terpaksa menjadi segala2nya dan menanggung semuanya kerana LELAKI. Sanggupkah anda.....? Tepuk dada tanya selera.....?!!
source: forwarded email from cik miera + majalah jelita p/s: SALAH LELAKI ke???