I am 'Sahabat Jurnal' member??...
 
Geng Jurnal
 
Link to me using this...
 
BlueShades
 
Since Ver.1, You are visitor no:
 
Counter
 
 
A very special tribute to Mek Ya...
 
 

Rombongan Geng Jernel Ke Utara

 

Pengiktirafan Majalah JELITA pada GENG JERNEL

 
For Someone Very Special
 
http://www.BlueShades.cjb.net  
 
w:: Friday, March 01, 2002 ::


:: UPDATE LAH ::

Assalammualaikum suma... Masing2 sihat??.. KEJAP jerr dah masuk BULAN TIGA (3) kan... Dah masuk BULAN MAC ikut kalender MASIHI... TAPI BULAN ape ha dalam KALENDER HIJRAH??.. BULAN HAJI??... wakakaka

Emmm AKU tau, AKU dah terlalu lama tak UPDATE dengan CERITA2 aku seharian. AKU tau, SEMENJAK 2 MENJAK nie aku hanya UPDATE dengan ENTRY yang aku dapat dari EMAIL, dari INTERNET, dari ARTIKEL dan lain-lain...

Alah.. BUKANNYA aku tak mo UPDATE... BUKANNYA aku taknak CERITA2 ttg hari2 dan hidup aku tuh.. TAPI kan, setiap kali aku nak tulis itu semua, aku dapat rasakan HIDUP aku tidak MENARIK mana untuk dibuat tatapan. Tidak seindah mana untuk dijadikan pedoman. So, aku amik keputusan utk memasukkan INFO2 yang aku dapat sikit sebanyak... SEKURANG2 nya, sesape yg masuk jernel aku tuh dapat lah sikit INFO yang berfaedah...
[ semua tuh hanya sekadar alasan... :) ]

HAHA... OKEH lah... NANTI aku UPDET lah ngan APE2 yang aku rasakan MENARIK yerr...:) hehe. Emm semenjak AKU UPDATE dengan MENDA2 info dan ARTIKEL2 tuh, RATING kemasukkan ke JERNEL aku nie makin KURANG... ORANG yang CONTENG2 dalam GB pon makin KURANG... hehe. NAPER yerr?? TAK MENARIK kerr??.. KORANG tak suka ker MAKLUMAT2 macam tuh??...

TAKPE lah..
AKU tulis pon bukan KERANA RATING...
AKU menulis pon bukan KERANA SESAPA...
AKU menulis pon bukan UNTUK someone or everyone...
AKU menulis pon bukan KERANA NAMA...
AKU menulis bukan kerana PEMINAT... [ aku mana ade peminat ]

TAPI utk TIDAK menghampakan PENGUNJUNG setia yang tak RAMAI tuh, INSYA-ALLAH aku akan try update gak...
WALAUPON hasil tulisan aku,
Hasil garapan aku,
Hasil nukilan aku tak SEINDAH ayat-ayat PUISI FAJAR ONLINE...
TIDAK tersusun rapi seperti BLUEHIKARI...
TIDAK SEGAGAH NETTBIRU (Tiada Yang Indah)...
TIDAK SELAWAK MEE.DOT.NU...
TIDAK SEPOPULAR Idzwan dan Eezzs dari KUMPULAN FIRDAUS...
KERANA AKU adalah AKU!!!...
:)

cheers...

posted at 9:22 AM


 
w:: Thursday, February 28, 2002 ::


:: BINTANG & ATTITUDE KERJE ::

Pekerja Aries
Tidak suka melakukan pekerjaan yg sama sepanjang masa.
Gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya.
Yg penting kepuasan kerja & prospek kerja yg luas bagi meningkatkan keupayaan diri.
Sukakan pekerjaan yg mencabar keupayaan.

Pekerja Taurus
Pekerja yg baik, sangat setia, kuat kerja dan tak suka 'kipas mengipas'.
Bekerja mengikut peraturan & sedaya upaya menyelesaikan tugas.
Sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar drpd org lain utk melakukan yg terbaik.

Pekerja Gemini
Gemar berkongsi idea dgn teman setugas.
Tidak boleh menumpukn perhatian kpd satu kerja saja dlm tempoh yg lama.
Suka mengambil tahu soal org lain.
Mood & produktiviti mereka sering berubah & saling berkaitan.
Sesuai dgn pekerjaan yg menjelajah banyak tempat.

Pekerja Cancer
Pekerjaan adlh utk mendapatkn wang, penting utk menjamin kehidupan yg selesa.
Boleh diharap & sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan.
Tidak berlumba utk mendapatkn kuasa.
Persekitaran kerja mempengaruhi mereka.

Pekerja Leo
Ingin diri menjadi perhatian utama & org penting di tempat kerja.
Mencari jalan meningkatkan status di mata teman sepejabat.
Tidak suka menerima komen.
Gemar memberi nasihat.

Pekerja Virgo
Jika kena gayanya, mampu bekerja dgn rajin.
Kejujuran kunci utama mereka dlm bekerja.
Mudah mengkritik sesuatu yg silap pada pandangan mereka.
Sanggup melakukan kajian sebelum sesuatu tugas bagi melengkapkan diri dgn pengetahuan yg diperlukan.

Pekerja Libra
Ramai teman sekerja beranggapan mereka terlalu sensitif & sukar bekerjasama.
Keupayaan berubah ubah.
Mampu bekerja cemerlang dan hari yg lain bersikap sebaliknya.
Jgn cuba memerintah mereka lebih-lebih.

Pekerja Scorpio
Mampu berdikari.
Tidak campur adukkan soal kerja & peribadi.
Tidak takut menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tidak kena.
Melayan org lain seperti org lain melayan mereka.

Pekerja Sagitarius.
Berkeyakinan, ceria & bersedia membantu.
Tugas yg diserahkan pasti dilakukan sebaik mungkin.
Pantang diperlekehkan.

Pekerja Aquarius
Sukar untuk bertolak ansur dgn mereka.
Asik ingin lakukan yg terbaik.
Gembira jika diberi peluang utk meluaskn pengetahuan & skill kerja.

Pekerja Capricorn
Gembira bila merasakan diri mereka diperlukan utk menjayakn sebarang kerja.
Sentiasa cuba meningkatkan daya usaha mereka.
Mereka bukanlah seorang yg suka memaksa.
Apbl mengenalpasti matlamat, pasti akan berusaha mencapai segala yg diimpikan.
Jika dirasakan kerja yg dilakukan berbaloi, bermakna gaji yg diberikn
harus berbaloi.

Pekerja Pisces
Pekerja yg taat & kerja kuat.
Sekiranya ada yg tak kena, pasti merekalah yg mula2 mendapat tahu.

p/s: I'm TAURUS...
source: forwarded email from cik miera

posted at 8:24 AM


 
w


:: YOUR DATE DESCRIBE YOU!! ::

Dear friends there are an Italian horoscope given below. You can find a lot about you by just searching your own identity in Italian way.
What you have to do is to find your group with the help of your date of birth.

Date of Birth Group
01,06,11,16,21,26,31 A1
02,07,12,17,22,27 B2
03,08,13,18,23,28 C3
04,09,14,19,24,29 D4
05,10,15,20,25,30 E5

Group A1
You consider love as the most beautiful thing and you love to fall in > love, but a number of your group members think that the person they love is not sincere with them.
You love to be with your friends and you are always found to be a dutiful friend.
You can hardly control your patients, which is a very big drawback of your nature.

The Person who is ruling your mind & heart these days is perfect for you.

Group B2
Your dreams and ambitions are much important for you and you can do everything to fulfill your dreams. Love is much valuable in your life but you always search for someone perfect. You hardly trust someone. Your friends are really important for you but normally you hide a lot from them. You are a deep thinker you always study the negative view as well as positive.

You can lead a happy life with a person for whom you care a lot these days.

Group C3
You always prefer mantel decisions more then emotional ones due to this you don't have a limited number of friends. You consider life a very beautiful gift and you love to enjoy its colors. There are a number of peoples who are your ideals and you loved to spend a big part of your time with them. You are found to be a very sincere lover. You have a perfect control on your emotions but sometimes your decisions really effect your beloveds.

The person who has just appeared in your mind and you has decided to forward this mail especially to him/her is your real and special friend.

Group D4
Your always have goals to achieve and you can do everything to fulfill the dreams of those who loves you. You have a sketch of an ideal in your mind and you always search for that personality. Your friends means a lot to you and you can do everything for the sake of your friend, you a normally found to be an emotional personality. You have a very less control on your patients and due to this sometimes you over react.

The one who sent you this mail & the one to whom you will send this mail first are your real friends.

Group E5
You are found to be a person who loves to love. You prefer emotional decision more then mental decisions. You consider life just to enjoy; you are the one who is perfect to call FLURTIES. You love to increase the list of your friends and beloved's. You have a number of dreams but you never work hard to make your dreams come true which is the biggest drawback in your nature you take everything much lightly.

p/s: I'm in A1 group...

source: forwarded email from Fara Azha

posted at 8:02 AM


 
w:: Wednesday, February 27, 2002 ::


:: KEMUSYKILAN ::

" Kalau orang yang lalu dihadapan orang sembahyang itu tahu akan besarnya dosa. Nescaya ia sanggup berdiri 40 tahun dari lalu dihadapan orang sembahyang.. [ sahih muslim].

Korang pernah dengar AYAT kat atas tuh??.. Aku dapat dari SMS yang akak aku antarkan semalam. Tapi kan, aku ade beberapa kemusykilan pasal benda tuh.

1. Memanglah tak bleh lalu depan orang sembahyang kan... tapi KALU kita LALU di HADAPAN dia pada jarak yang jauh [i.e: jarak 2-3 sejadah ] tak bleh gak ke??...
2. Macam mana pulak kalu DIA sembahyang sambil menghalang JALAN... Tempat orang lalu-lalang. Seperti kat pintu atau bilik yang kecil. NAK tak NAK lalu depan dia gak, tapi tidak pon melangkah sejadah...
3. OR, memang MUTLAK tak bleh lalu langsung DEPAN orang sembahyang, walaupon SAUJANA MATA MEMANDANG??...

Ape pendapat KORANG??...
Aku MUSYKIL lah.... :)

posted at 3:54 PM


 
w


:: SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA ... ::

Kau yang bernama lelaki
Andainya suatu hari nanti
TakdirNya kita akan bersama
Melayari bahtera kehidupan
Usah kau impikan selaut sutera
Usah kau igaukan kasih menggunung tanpa puncak ....
Juga usah kau harapkan kesempurnaan diri ini

Akuilah hakikat yang tersurat
Aku bukan Siti Khadijah r.a
mahupun permata Siti FAtimah
Aku bukan Siti Aisyah
mahupun Ummul Mukminin yang lain
Bukan juga Rabiatul Adawiyah
wanita yang terpuji...
Juga tidak mencapai martabat
Siti Maryam, Asiah atau Sumaiyyah ..

Kau yang bernama lelaki
Mengertilah dengan waras keislaman
Aku hanyalah wanita akhir zaman yang masih cuba mempertahankan maruah
Dan kesucian diri sebagai Muslimah berlandaskan garisanNya
Dalam mengharungi kegawatan dunia masa kini yang serba palsu..
Lagi menjijikkan dengaan kemampuan diri,
Yang tinggal sekuman cuma......

Kau yang bernama lelaki..
Demi kerananya semata - mata
tidakku tagih apa - apa darimu...
Cuma kupohon sebuah pengertian
Dan Kasih Sayang yang suci
bahawa aku adalah amanah untuk dirimu
Sekiranya kita ditakdirkan bersama ....

source: koleksi seseorang yang bernama INSYIRAH..

posted at 3:36 PM


 
w


:: PHEONIX?? ::

I'm a PHEONIX??... Emmm... a PHEONIX??... hehe. At least, I can FLY... I can SOAR on up high.... :)


I took the What Mythological Creature Are you? test by !



posted at 11:38 AM


 
w


:: PICTURE OF LIFE ::


Cantik kan gambar tuh... GAMBAR pemandangan di perkampungan. Pemandangan budak2 kampung yang GEMBIRA dan KETAWA bermain tanpa mengira PAHIT JERIH dan PAYAH kehidupan. Kadang kala, kita sebagai ORANG DEWASA, lupa bagaimana untuk menikmati KEHIDUPAN kerana terlalu sibuk dengan URUSAN SEHARIAN.

BESH kan jadik BEBUDAK KECIK... SERONOK SANGAT...

source: VirtualMalaysia.com

posted at 9:35 AM


 
w


:: DANCING CHICKEN ::


YEEEHAAAA!!!! ANYONE FOR A DANCE???...

source: madblast.com
p/s: music & sound may conflict sith the previous falsh movie from seethru.com...:)

posted at 7:52 AM


 
w:: Tuesday, February 26, 2002 ::


:: HUKUM BERSALAMAN ::

1. Pendahuluan
Dalam masyarakat sekarang amalan bersalaman antara seorang individu dengan individu yang lain sering berlaku sama ada dalam waktu-waktu biasa ataupun dalam upacara-upacara rasmi seperti perasmian, konvokesyen dan sebagainya. Amalan ini bukan sahaja berlaku antara lelaki dengan lelaki atau antara wanita dengan dengan wanita tetapi ia juga berlaku di antara lelaki dan wanita sepertimana yang biasa kita lihat sekarang.

2. Hukum Bersalaman
Dalam Islam amalan bersalaman merupakan perkara yang dihukumkan sebagai amalan yang digalakkan pada setiap kali pertemuan atau perjumpaan yang berlaku di antara dua orang atau pun lebih. Sabda Rasulullah dalam hadis riwayat Abu Dawud daripada al-Barra` bin `Azib:

Bermaksud: Apabila dua orang muslim berjumpa(di antara satu sama lain) maka hendaklah ia bersalam-salaman, memuji Allah dan meminta keampunan-Nya nescaya Allah akan mengampunkan mereka.

Bersalaman adalah harus sekiranya ia berlaku di antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, Hukum bersalaman ini masih dihukumkan sebagai harus walaupun perbuatan tersebut antara seorang muslim dengan orang kafir. Namun begitu hukum harus ini akan berubah sekiranya amalan tersebut berlaku antara lelaki dan wanita.

3. Hukum Bersalaman Antara lelaki dan Wanita
Dalam masalah ini terdapat dua kecenderungan di kalangan para ulamak::
i. Ada pendapat yang mengatakan haram sama sekali jika bersalaman itu berlaku tanpa alasan, tanpa membezakan bersalaman tersebut diringi dengan nafsu ataupun tidak. Sekiranya perbuatan tersebut dengan beralas maka iada yang menghukumkan sebagai harus dan ada yang menghukumkan sebagai tidak harus.
ii. Pendapat sebahgian ulamak mutaakhir di Mesir, menurut mereka bersalaman itu adalah harus jika ia tidak bermaksud melayani nafsu ataupun membangkitkannya.

4. Pendalilan
Pendapat pertama
Hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah r.a.
Bermaksud: Nabi telah mengadakan bai`ah dengan orang-orang perempuan melalui ucapan dengan ayat ini "janganlah perempuan-perempuan menyegutukan Allah dengan sesuatu dan tangan Rasulullah tidak menyentuh tangan seorang perempuan pun kecuali perempuan yang dimiliki.

Pendapat ini juga disokong dengan sebuah hadis riwayat Imam Ahmad Daripada Umaimah binti Raqiqah
Bermaksud: saya telah datang kepada Rasulullah untuk berbai`ah dengan Baginda, lalu Baginda mengamanatkan kami dengan suruhan al-Quan, iaitu janganlah kami menyengutukan Allah dengan sesuatu. Sehingga sampai kepada firmanNya " dan tidak akan menderhakaimu dalam urusan yang baik(al-Mumtahanah:12) lalu Baginda bersabda" Pada perkara-perkara yang kamu berupaya melaksanakannya sahaja" kami menjawab " Allah dan rasulNya amat mengasihani kami daripada diri kami sendiri. Bolehlah kita bersalam. Sabda Baginda " sesungguhnya saya tidak bersalaman dengan orang-orang perempuan . Ucapan saya untuk seratus orang perempuan adalah sama dengan ucapan saya untuk seorang perempuan.

Pendapat ini disokong juga denga sebuah hadis daripada al-Tabrani, bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Jika seseorang dikalangan kamu ditikam dengan jarum besi sekalipun maka itu adalah lebih baik daripada baginya daripada ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal kepadanya.

Pendapat kedua
Catatan al-Qastallani yang dipetik daripada kitab Fath al-Bari, beliau berkata "
"terdapat beberapa buah hadis lain mengenai sahabiyyat terawal, dan menurut hadis-hadis tersebut mereka telah memegang tangan Baginda ketika melakukan bai`ah dengan beralaskan sehelai kain, Hadis-hadis itu diriwayatkan oleh Ibn Salam di dalam Tafsirnya daripada al-Sha`bi.

Menurut al-Qurtubi dalam tafsirnya " Telah diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. telah mengadakan bai`ah dengan sekumpulan perempuan , di antara dua tangan baginda terdapat sehelai kain yang dijadikan alas,(iaitu ketika Baginda menyebut syarat-syarat bai`ah yang mereka patuhi.

5. Analisa Dalil
Melihat kepada percanggahan pendapat dan hujjah bagi kedua-dua belah pihak menyebabkan sebahagian ulama` menolak hukum haram bersalaman di antara seorang lelaki ajnabi dengan seorang wanita ajnabiyyah, mereka menegaskan:

i. Hukum haram dalam sesuatu perkara wajiblah berdasarkan kepada dalil yang qat`I, tetapi di dalam masalah yang kita bincangkan ini tidak ada satu dalil pun sama ada daripada al-Quran mahupun al-Sunnah yang secara putus menunjukkan hukum haram.

ii. Bersalaman itu jika hukumnya adalah haram dengan nas syara` yang qat`I, tentulah ulama` tidak akan berselisih pendapat tentang kesannya terhadap pembatalan wuduk. Wujudnya perselisihan pendapat di kalangan mereka menunjukkan bahawa masalah ini tidak ada dalil qat`I yang mengharamkannya, dan tidak ada seorang pun imam mazhab yang secara muktamad mengatakan haram bersalaman seorang lelaki dengan seorang wanita.

Mereka menegaskan lagi, tentang terdapat beberapa buah hadis yang menunjukkan Baginda mengadakan bai`ah dengan orang-orang perempuan melalui ucapan sahaja, tangan Baginda tidak pernah pun menyentuh tangan sesiapa antara mereka. Hadis tersebut pada pendapat mereka merupakan sunnah khas bagi Rasulullah sahaja, ia bukan merupakan hukum umum yang meliputi ke semua umatnya.

Terdapat dua hadis yang menyokong pendapat ini:
i. Menurut catatan al-Qurtubi, ketika Nabi s.a.w selesai mengadakan bai`ah bersama kaum lelaki, Baginda duduk di atas Bukit al-Safa, bersama-sama Baginda ialah Saidina Umar yang duduk lebih rendah sedikit daripada Baginda, lalu baginda menyebut beberapa perkara yang menjadi syarat kepada bai`ah dengan orang-orang perempuan , dan Umar pada masa itu bersalaman dengan mereka.
Mereka berhujah mengatakan kalaulah bersalaman itu haram ke atas kesemua kaum muslimin tentulah umar tidak bersalaman dengan perempuan-perempuan dalam peristiwa tersebut, dan tentulah Nabi akan melarang Umar daripada melakukannya.

ii. Ibn Jarir al-Tabari mencatatkan bahawa Umm `Atiyyah seorang sahabiyah yang ulung telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w semasa Baginda sampai di Madinah, Baginda telah mengumpulkan orang-orang perempuan Ansar dalam sebuah rumah, kemudian Baginda menghantarkan Umar kepada mereka, Apabila Umar sampai, Beliau berdiri di hadapan pintu rumah itu sambil memberi salam kepada mereka, lalu mereka menjawab salamnya. Sesudah itu Umar berkata, " saya adalah utusan Rasulullah kepada kamu." Mereka menjawab, " selamat datang utusan Rasulullah, Umar berkata: "(setujukah) kamu mengadakan bai`ah dengan tidak menyegutukan allah, tidak membazir dan tidak melakukan perbuatan zina?" Mereka menjawab: "ya!". Lalu Umar menghulurkan tangannya daripada luar rumah dan mereka mereka pula menghulurkan tangan masing-masing dari dalam rumah. Kemudian beliau berkata: "ya Allah saksikanlah.

Peristiwa bai`ah ini menggambarkan bahawa Umar menghulurkan tangannya daripada luar rumah dan mereka (perempuan) menghulurkan tangan meeka dari dalam rumah untuk bersalaman bagi mengukuhkan bai`ah yang sedang berlangsung.

6. Kesimpulan
Daripada pembentangan dua buah hadis di atas ternyata bahawa tidak terdapat sunnah Qauliyyah(ucapan Baginda) yang mengharamkan perbuatan bersalaman di antara seorang perempuan dengan seorang lelaki ajnabi. Maka dengan itu pendapat yang mengatakan haram adalah satu pendapat yang tidak kuat dalil-dalilnya dan tidak boleh dijadikan sebagai pegangan.

Oleh itu dapatlah dibuat kesimpulan bahawa bersalaman itu biarpun tidak mempunyai nas yang qat`I yang mengharamkannya, tetapi amatlah wajar ia tidak diamalkan melainkan dalam sesuatu munasabah yang tidak dapat dielakkan dan yang ada kepentingan bagi diri kita di samping mengelak perkara-perkara yang boleh membawa fitnah.

7. Rujukan
Muhammad Atiyyah Khamis, Fiqh al-Nisa`, Qaherah: Dar-Ansar, edisi II, 1979.
Abu Tayyib Muhammad Sham al-Haq al-Asim Abadi, `Aun al-Ma`bud, al-Madinah: al-Maktabah al-Salafiyah, edisi II 1969.
Al-Sharabasi, Yasalunak, Beirut: Dar al-Jail, 1977.
Nota-nota Universiti Malaya.

source: shukur.com
Wallahualam...

posted at 11:27 AM


 
w


:: JOM MAIN GAME ::









source: SeeThru.co.uk + forwarded mail from cik miera

posted at 11:02 AM


 
w:: Monday, February 25, 2002 ::


:: GAMBIT - XMEN ::


Haaa... Nie lah GAMBIT yang dikatakan mempunyai HUBUNGAN ngan ROUGE... Merupakan salah seorang anggota X-Men yang agak KERAS KEPALA dan suka MEMBERONTAK. Tapi, dia mempunyai KUASA/KEUPAYAAN untuk menyalurkan TENAGA/KUASA kepada BENDA2 yang disentuhnya dan menukarkan BENDA2 tersebut menjadi SENJATA yang MERBAHAYA. KEUPAYAAN nya untuk menjanakan tenaga serta PERSONALITI yang menarik membuatkan ROUGE tertarik padanya.

GAMBIT MERUPAKAN seorang yang COOL. Yeeehaaaaa!!!!...

Anda DIJEMPUT untuk menonton X-MEN versi baru pada setiap hari SABTU, pukul 11.00 pagi di TV3.
TENGOK JANGAN TAK TENGOK... [3x]

posted at 3:59 PM


 
w


:: UPDET TANPA IDEA ::

+ Jumaat lepas, aku CUTI... BAS TENAGA bertolak ke JOHOR pukul 10 pagi. Aku balik KAMPUNG ditemani oleh NETT sebagai BODYGUARD.

+ RAYA KORBAN yang serba sederhana. PERSIAPAN hanya ala-kadar. KEBETULAN lah pulak AKAK aku baru MELAHIRKAN ANAK. YUP!! Aku dapat sorang lagi anak SEDARA LELAKI yang dinamakan FARIZ dot dot dot... [ ALAH aku lupa lah nama dia... wakakakka ]. Maka, MAK aku tak cukup tangan nak membuat hidangan RAYA tanpa bantuan akak aku tuh. NAK harap anak2 dia yang JANTAN nie, cuma boleh TOLONG TENGOK JERR... hehe SIAN MAK AKU. TAPI mak aku sempat siapkan gak KETUPAT, RENDANG, Nasi Impit, Kuah KACANG yang BESH!!!, LODEH dan lain2.

+ Ahad aku bertolak balik KL dengan BAS TENAGA pukul 1.00 petang. Sampai di PUDU pukul 6.00 lebih oleh kerana KESESAKAN LALU LINTAS dari ALOR GAJAH ke SG BESI... HAMPEH. PULAK tuh, BAS tuh takde AIRCOND + SUASANA yang PANAS akibat KEMARAU tuh membuatkan BAS tuh umpama OVEN yang bergerak. SAMPAI umah pukul 8 lebih setelah menunggu hampir setengah jam utk mendapatkan TEKSI.

MENARIK kerr cerita aku tuh?? SORRY lah aku TAKDE IDEA... wakakaka

p/s: hari mengots sedunia ke???

posted at 3:56 PM


 
w


:: UCAPAN ::


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA @ KORBAN buat semua GENG JURNAL tak kira dimana anda berada.
Sama ada anda di SELATAN, UTARA, TIMUR, BARAT, TENGAH mahupon SEBERANG LAUT atau TAMBAK.

:)

posted at 7:46 AM


 
w


:: SOME FACTS?? ::

1) Total world population: 6.5 billion

2) Total population of Muslims (MashaAllah!): 2 billion (2,023,829,080)
i.e. out of every 4 human on this earth, one is a Muslim.

3) Total cigarette smokers in the world: 1.15 billion (1,158,536,585)
i.e. 18% of the population approximately.

4) Total Muslim cigarette smokers in the world (according to the world percentage): 400,000,000 approximately. (400 million).

Do you know?

1. Phillip Morris is the largest tobacco & cigarette manufacturing company in the world.

2. Phillip Morris donates 12% of its profits to Israel.

3. If 400 million Muslims smoke a packet of cigarette each on average per day (average cost per packet b! ! ! eing $2.00) - only us Muslims contribute $ 800 million to the Phillip Morris company.

4. Let us assume 10% profit on this amount, which sums up to $ 80 million.

5. 12 % of the profits go to Israel - 12% of $80 million = $ 9.6 million. $ 9.6 million per day!

This is the amount that we Muslims are contributing to Israel and helping them kill our children in Palestine.

STOP SMOKING??...
p/s: waullahualam...

posted at 7:39 AM


 
Powered by Blogger
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1