|
|
|
http://www.BlueShades.cjb.net
|
|
 |
 |
w |
 |
 |
 |

:: PONTIANAK ::
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memolakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung katseberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak." Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!" Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. " Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah". Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya... Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?" Nampak ! Nampak!", kata yang 2 ekor tu... Err aku tadi tak nampak".
posted at 10:40 AM
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
w |
 |
 |
 |

:: I'M SO LONELY!! ::
Waktu engkau kanak2, kau laksana kawanku sejati Dengan wudu' aku disentuh dalam keadaan suci Aku dipegang, dijunjung, di atas rehal aku dipelajari Aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari.
Sekarang engkau dewasa...kau tak berminat lagi... Apakah aku...hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji ?
Sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan Atau....dibuat tangkal untuk menakutkan hantu syaitan Aku tersingkir, dibiarkan kesendirian dalam kesepian Di atas almari, di dalam laci, aku dipendamkan.
Dulu...pagi2...surah2ku engkau baca beberapa halaman Sekarang...sambil minum kopi...engkau baca Berita Harian Masa lapang..engkau membaca sastera karangan manusia Sedangkan ayat2ku datang dari Tuhanmu Yang Maha Perkasa.
Waktu malam engkau nongkrong di depan TV Menonton pertandingan bola dan lakonan TV Three Di depan komputer berjam-jam engkau duduk Ditambah lagi dizaman ICT ni..internet menjadi teman penglipur lara Masa berlalu...aku menjadi buruk dalam gerobok Mengumpul debu diselaput abuk.
Apakah suratkabar, TV, computer, dapat memberimu hikmat Bila engkau di kubur kesendirian menunggu kiamat Engkau didatangi pemeriksaan oleh para malaikat Hanya dengan ayat2 Tuhanku engkau dapat terselamat.
Sekarang engkau begitu leka membuang peluang... Setiap saat berlalu...kuranglah baki umurmu...dan kubur sentiasa menunggu Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu bila-bila waktu Apabila malaikat maut mengetuk pintu.
Kalau aku dibaca selalu dan dihayati... Di kubur nanti.... Aku datang sebagai pemuda tampan membantu engkau membela diri Peganglah aku lagi . .. bacalah aku setiap hari Kerana ayat2ku adalah dari TuhanMu Yang Maha Mengetahui Yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi. Keluarkanlah aku dari almari...sentuhilah aku lagi... Jangan aku dibiarkan sendiri...."so very lonely "!
p/s: Bila yerr kali terakhir kita BACE Quran??...
source: forwarded email
posted at 10:38 AM
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
w::
Wednesday, February 20, 2002 :: |
 |
 |
 |

:: LELAKI + DIAM ::
Kenapa Lelaki Suka Berdiam Diri ??
Sebenarnya walaupun kamu lebih suka berdiam diri dalam banyak situasi dan nampak baik, tindakan kamu ini sebenarnya tidak disukai oleh teman wanita kamu kerana mereka lebih suka kamu berterus terang dalam semua perkara. Malah mereka merasa lebih tertekan apabila kamu berdiam diri sekiranya berlaku sebarang perselisihan.
Sekiranya keadaan ini terjadi, perempuan perlu sedar bahawa lelaki memilih berdiam diri kerana sebab-sebab tertentu. Ketika itu, lelaki mungkin sukar untuk menyatakan hal sebenarnya kepada kamu yang disayanginya. Walaupun lelaki tersebut tahu kejujuran adalah hadiah paling berharga tetapi demi kebaikan bersama ada baiknya dia memilih berdiam diri terlebih dahulu daripada berterus- terang yang mungkin boleh melukakan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah jangan memaksanya untuk bersuara dan berterus-terang, kerana ia mungkin akan menimbulkan kemarahan dan boleh mencetuskan perselisihan faham.
Lelaki juga suka berbohong "sunat" terhadap teman wanitanya daripada mendedahkan perkara sebenar kerana biasanya apabila mereka menyatakan hal yang sebenar, teman wanitanya sukar untuk menerima hakikat tersebut. Biarpun mereka memilih untuk mendiamkan diri, ini bukanlah bermakna mereka takut terhadap perempuan, tetapi ia betujuan mengelakkan daripada berlakunya pertengkaran dan masam muka. Sebab perempuan biasanya lebih emosional dalam menangani sesetengah perkara.
Dalam soal ini, ramai lelaki merasakan tiada gunanya bertengkar dengan teman wanita kerana itu bukanlah jalan terbaik, malah lambat laun lelaki juga yang terpaksa memujuk. Jadi untuk mengelakkan berlaku pertengkaran atau bagi mengelakkan pertengkaran daripada berlarutan lebih baik dia berdiam diri.
Oleh itu, jika teman lelaki kamu bersikap demikian kamu janganlah pula beranggapan si dia degil atau sengaja tidak mahu melayan karenah kamu. Ini kerana dia berniat untuk menyelamatkan hubungan kamu. Kamu juga seharusnya perlu sama-sama berdiam diri dan fikirkan secara mendalam apakah yang menjadi punca perselisihan tersebut. Bagaimanapun kamu boleh meneka apakah yang terbuku di hatinya walaupun dia berdiam diri. Bagaimanakah caranya? Senang saja, kamu cuma perlu perhatikan apakah tindakannya selepas itu. Kerana dengan melihat apa yang mereka melakukan secara tidak lansung membolehkan kamu mengagak apakah yang diinginkan sebenarnya.
Tetapi ingat!!!.Jangan mendesaknya berterus terang. Kerana kalau didesak mereka akan terus berdiam diri dan kalau memberikan jawapan pun, jawapannya kurang tepat atau tak ikhlas....
Malah ahli psikologi pun mengakui bahawa cara terbaik untuk mengenali lelaki ialah memerhatikan perlakuannya. Ini bukan bermakna cakap lelaki tidak boleh dipercayai tetapi mereka lebih boleh dipercayai daripada perempuan. Tetapi dalam hal-hal untuk menyelamatkan sesuatu perhubungan lelaki memilih untuk berdiam diri.
source: www.celcom.net.my + Majalah Remaja
posted at 10:54 AM
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
w |
 |
 |
 |

:: LUCU & IKTIBAR ::
Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.
Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.
Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan
Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.
Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.
Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.
Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berpikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.
Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.
LUCU TAK?
Ambillah sebagai pengajaran... Terkadang kita lupa diri kita sebenarnya... apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain. Tepuk dada...tanyalah hati & iman.
source: emm ntah??
posted at 9:50 AM
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
w::
Tuesday, February 19, 2002 :: |
 |
 |
 |

:: CHOCLATE ::
Jumaat - 15 FEBUARI 2002 Situasi : Dlm kereta PIKO. Ludi sbg Co-pilot, aku duduk dibelakang.
Ludi berpusing kebelakang sambil menyerahkan bungkusan BEG PLASTIK HITAM yang baru dikeluarkan dari BEG SANDANG MAROON nya. " Ade menda aku nak sampaikan kat kao... HADIAH " dia cakap beberapa hari sebelumnya. " Sape bagi??... AMENDA?? " Aku tanye kompius.... " Alah ade AWEK kirim barang kat kao... " dia balas " Ha?? AWEK??... AWEK mane pulak??? ..." [ sape lak awek malang tuh] aku balas dalam hati. " ADELAH!!!... RAHSIA!!!.." itu jerr dia cakap...
Dan hari nie aku dapat BUNGKUSAN HADIAH tuh sambil SENYUM KAMBING control MACHO... Aku selak BEG PLASTIK HITAM tuh...
" WAAAHHHHHHHHHHHHHHH.... " " WAAAAAAAHHHHHHHHHHHH.... COKLAT!!!!!!...." " WAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHH... COKLAT FERRERO ROCHER!!!... " WAHHHHHHHHHHHHHH BANYAKNYEEEEEE!!!!!.... " WAHHHHHHHHHHH!!!!... " hehe itu jerr yang keluar dari mulut aku masa tuh... DAH tak terkata... PERTAMA kali aku dapat SEKOTAK BESAR COKLAT FERRERO ROCHER...
" SAPE BAGI??? " Aku tanye ludi, bila dah agak waras skit.. " AWEK LAH!!.." Ludi balas.. " ALAH.. cakap ah sape!!!... " Aku terus MENDESAK. " Akak ANGKAT kao. " Balas Ludi.. " HAH?? AKAK ANGKAT??... SAPE?? " Aku tanye lagik " ROS lah!!! " balas ludi...
Aku cuma SENYUM... Aku teringat SEMULA ape yang aku GURAUKAN kat AKAK aku kat KLCC tempohari... " APE yang AWAK nak BELIKAN untuk saya sempena VALENTINE??... " Tapi DIA hanya GELAK... Aku juga TURUT GELAK... Dan KAMI SAMA2 gelak...
SEBENARNYA, DIA BUKAN Kakak Angkat aku... Aku TAK PERNAH anggap dia sebagai AKAK ANGKAT... Perkataan AKAK ANGKAT tuh terlalu JANGGAL/ASING untuk menggambarkan DIA.
DIA bukan AKAK ANGKAT, Bukan juga AKAK SEBENAR SEDARAH SEDAGING.. AKU anggap dia AKAK aku... Seorang AKAK + SAHABAT + KAWAN yang amat istimewa dalam hidup aku. TERLALU ISTIMEWA sehingga susah untuk DITAFSIRKAN...
PELIK?? TAK FAHAM?? HEH... Aku pon kadang2 tuh tak PAHAM... :)
Tapi dalam AKU TERSENYUM... DALAM aku TERTAWA... DALAM aku GEMBIRA menerima PEMBERIANNYA itu... ADE INSAN lain yang KECEWA.. Ade INSAN lain yang BERDUKA... Ade INSAN lain yang CEMBURU...
Mekasih AKAK for that CHOCLATES... Mekasih DAYAH sebagai POSWOMAN... Mekasih Cik LUDI sebagai POSMAN SORRY AWAK, kalu terasa hati... :)
posted at 4:23 PM
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
w |
 |
 |
 |

:: WHAT TRACK ARE YOU ON? ::
I'm very sure many of you have always been asking this question: "Why am I here?" "What is our purpose here on earth? It is just to go to school, get a job, marry, have children, bring them up and die? And your children will later go into the same routine in their lives. Is that what life is all about? Is it the correct route? In order to measure that, we need to look at the end. Our end is to be happy.
The fact that there are so many unhappy people and families in the world should open up our eyes to re-look at the kind of path most people are taking. Perhaps something is wrong in the normal path that most people are taking.
Most people would not admit it and they will continue guiding their children to take the same path they have taken. Teachers will continue to teach their students to follow the miserable path which they have taken. Ask yourself, "How many teachers do you know are living a happy, fulfilling life?"
We need to wake up and stop living in the rut. The Webster dictionary define 'rut' as a monotonous routine. It's OK if the monotonous routine is giving us 'happiness' . But if its is not, it's about time you get out of it before it's too late!
Personally I find that something is wrong at the beginning of the path i.e go to school and then get a job.
Analyse the following statement:
"If you always do what other people have been doing, you will always get what they have been getting."
And what they are getting are a lot of unfulfilled lives!
I've known many friends. Some become top mangers, others directors in the government services. They ended up rather miserable, frustrated and financially insufficient. They were smart. They were top of the class. But sad to say they went into the track which most people do:- go to school & get a job track!
This is one track you should really examine. Personally if its your temporary track, its OK but if you intend to spend the prime part of your life on this track, you will end up like those friends whom I talked about.
You may not believe me but when you come to the age when you have to retire from your job or got retrenched, you will remember this article of mine.
One of the prerequisite to lead a fulfilled life is you must have enough money and enough time to do what you want, when you want.
But most people spend half of their life-time purchasing a home and accumulate some saving and retirement benefits and it just takes 6 months of unemployment to lose it all!
Do not be like the person who says, "I'm struggling to make ends meet today on an income I once dreamed of making."
Remember, there are 3 things certain in life:- Death, taxes and inflation. Unless you consider to take a different track you will end up like most people who will have too much MONTH at the end of the money. This brings us to the fact that in life we may have to pluck up our courage to take a different track. We may stumble along this way. We may make mistakes but isn't that what is life is all about?
By Billi Lim source: DareToFail.com
posted at 10:06 AM
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
|
| |
|