I am 'Sahabat Jurnal' member??...
 
Geng Jurnal
 
Link to me using this...
 
BlueShades
 
Since Ver.1, You are visitor no:
 
Counter
 
 
A very special tribute to Mek Ya...
 
 

Rombongan Geng Jernel Ke Utara

 

Pengiktirafan Majalah JELITA pada GENG JERNEL

 
For Someone Very Special
 
http://www.BlueShades.cjb.net  
 
w:: Friday, February 15, 2002 ::


:: A SMOOTH LIFE ::

Many of us would undoubtedly love to have a smooth, peaceful life without much problems, worries and struggles. But sad to say even if one could have it, it is advisable not to have it. You may be thinking that I'm joking. But no, it is the truth.

For years I have studied the lives of people (my own included) and I have come to the conclusion that whether we are in the old economy or the new economy, one thing stands out - if we want to reach a real worth-while goal, hardships, disappointments, struggles are unavoidable.

Recently I was in Singapore to conduct a seminar for Nestle Singapore. By chance I came across a seldom told story of Sim Wong Hoo, the Chairman of Creative Technology who is in the class of Microsoft founder Bill Gates in the innovation stakes. He would borrow shirts from his relatives to go to the US and knock on door after door to promote his "Sound Blaster" Audio Cards. After numerous rejections, one dealer finally agreed to carry it. But they asked for 10,000 pieces of the "Sound Blaster" - but on consignment (In other words if it can't sell, Sim will get nothing!) - The story to be further verified when I interview him soon.

Of course the rest is history. Interestingly the stories of Bill Gates, Jerry Yang of Yahoo sang the same tune. They would work up to 16 hours a day on their project - before fortune finally smiled on them. Interestingly also, even though they are already very wealthy, they are still working very hard - climbing "new mountains".

To them life is a challenge. Just consider this scenario - If you can get everything that you want easily without much effort - after a while, what would happen? Yes, life would become very dull and boring! It is in our human nature that we have to struggle in order to be strong. And victory would only taste sweet if we have surmounted real challenges to achieve it. Life should have it's up's and down's. In other words, life should have its fair share of success and more importantly its fair share of failures too.

A recent research from the University of Tulane, USA states that most entrepreneurs make it big after failing an average of 3.8 ventures. So if you haven't failed yet, you may not be taking enough risk.
If you have failed once - you still have 2.8 times to go. And if you have already failed more than 3.8 times, it merely means you have still not learned yet.

Whatever it is, remember that all the great thinkers, inventors and entrepreneurs have all been dumped into the cesspool of the "Failure tank" where they were cleansed of the stink of failure before they finally succeeded. So don't you ever ask for a "smooth life".

source: DareToFail.com

posted at 8:48 AM


 
w


:: ANJING ::

SELASA lepas, on my way back to KL, aku singgah dulu di bandar KOTA TINGGI kerana hari masih terlalu awal. Bas aku hanya akan bertolak pada pukul 10.30 pagi, tetapi aku dah ade di STESEN BAS pukul 9.00. Esh.. TERLALU AWAL.

Aku pon, pergi lah ronda2 bandar kota tuh... Bandar yang tak terlalu besar... Bandar yang diselangi oleh susunan bangunan lama dan baru... dalam masa setengah jam sahaja, hampir ke seluruh pelusuk bandar aku jejak. TAPI yerrlah, SELASA tuh TAHUN BARU CINA... So, tak banyak kedai yang buka. Setelah PENAT berjalan2, aku pon menuju semula ke STESEN BAS. Aku berjalan PANTAS [default] menyusuri kaki lima sepanjang deretan kedai...

TIBA-TIBA, aku nampak kelibat seekor ANJING berjalan dalam kadar LARI2 ANAK menuju ke arah yang bertentangan BETUL2 di depan aku... Seekor ANJING yang TERSANGAT KOTOR, yang dah UZUR, yang TERSANGAT geli geleman dan TERSANGAT HARAM bagi seorang ISLAM.

TAPI, aku masih COOL. AKU terus amik short-cut melalui TANGGA turun daripada KAKI LIMA tuh untuk menyusuri JALAN. NIAT di hati, TAK MAU menghalang dan terhalang PERJALANAN ANJING tuh... [ suci kan niat aku ].

TAPI, aku silap PERHITUNGAN. NIAT aku yang suci tuh disalah ertikan oleh ANJING tuh. ANJING tuh turut berlari-lari anak menuruni tangga MENGEKORI aku... AKU toleh ke belekang... KELIBAT anjing tuh masih pantas. AKU GANDAKAN lagi kepantasan kaki sehingga kelihatan BERLARI2 anak. TAPI anjing tetap mengekori. 3 - 4 kali aku menoleh2 sambil menggandakan KEPANTASAN kaki... TAPI anjing tuh masih SETIA mengejar dengan MUKA SELAMBA.

AKU PANIK...
Atas dasar KEPANIKAN tuh lah aku amik KEPUTUSAN yang sewajarnya. KU GENGGAM erat tali knapsack, lantas dengan DADA BERDEBAR2 KENCANG aku PECUT menukarkan LARI2 ANAK menjadi LARI2 BAPAK. KU lari PANTAS menyeberangi jalan TANPA MENGHIRAUKAN lalu lintas.
SAMPAI JAUH di seberang jalan, aku menoleh kebelakang... ANJING tuh telah menukar arah tujuan. AKU BERNAFAS LEGA... [ walaupon tercungap2 ]

BILA otak aku dah WARAS..
BILA keadaan dah TENANG...
BILA jantung dah TAK BERDEBAR KENCANG...
AKU TERGELAK...
AKU TERSENYUM...
HAHA... LAWAK..

TAPI, kalu aku tak BERLARI2 BAPAK...
MUNGKIN gak aku tengah sibuk MENYAMAK.
MUNGKIN gak aku tengah LEPAK kat hospital dengan jahitan dan suntikan hasil GIGITAN.
MUNGKIN gak aku tergolek kat JALAN melanggar KENDERAAN..
MUNGKIN... dan SEGALANYA MUNGKIN...

posted at 7:58 AM


 
w


:: TOMMY HILFIGER ::

I'm sure many of you watched the recent taping of the Oprah Winfrey show where her guest was Tommy Hilfiger.

On the show, she asked him if the statements about race he was accused of saying were true. Statements like"...if I'd known African-Americans, Hispanics, Jewish and Asians would buy my clothes, I would not have made them so nice. I wish these people would *NOT* buy my clothes, as they are made for upper class white people."

His answer to Oprah was a simple "YES".Where after she immediately asked him to leave her show.One suggestion? Don't buy your next shirt or perfume from Tommy Hilfiger.

Let's give him what he asked for. Let's not buy his clothes, let's put him in a financial state where he himself will not be able to afford the ridiculous prices he puts on his clothes.

BOYCOTT. PLEASE SEND THIS MESSAGE TO ANYONE YOU KNOW

source: forwarded email

posted at 7:20 AM


 
w:: Thursday, February 14, 2002 ::


:: MENYAMBUT HARI VALENTINE ADALAH HARAM ::


Oleh : Ustaz Shamsul
Siar pada : 14 Febuari 2002

Memperingati hari kekasih atau Valentine's Day bukan budaya Islam dan tiada hubungannya dengan ajaran. Hari Kekasih yang disambut pada 14 Februari setiap tahun, adalah suatu budaya yang dihayati Barat yang ketandusan nilai-nilai agama dan kasih sayang.

Sejarah asal hari ini mempunyai hubungan dengan pemujaan berhala dan patung dalam masyarakat orang Rom sebelum 17 abad yang lalu. Perayaan ini pada mulanya diperkenalkan dalam masyarakat mereka sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan.

Antara legenda yang tersebar di kalangan orang Rom dan kemudiannya dipercayai penganut agama Kristian, kononnya Romelios Datuk Bandar Rom, pernah disusuli seekor binatang ganjil. Sejak itu ia mendapat kekuatan tenaga dan fikiran yang luar biasa.

Orang Rom menjadikan peristiwa yang berlaku pada tarikh 14 Februari itu, sebagai sejarah bagi perayaan tahunan mereka yang diadakan secara besar-besaran. Antara upacara rasmi pada hari itu ialah menyembelih anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada badan dua pemuda, kemudian dibasuh dengan susu, sebelum mereka diarak di tengah-tengah kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, kedua-dua pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing yang disembelih dan masih berlumuran darah, mereka mencalit darah itu kepada siapa sahaja yang sempat dicalit. Anak-anak gadis bangsa Rom sangat suka jika badan mereka sempat dicalit darah oleh dua pemuda itu, kerana dipercayai mereka mampu mengandung dan tidak akan mandul lagi.

Sumber-sumber juga menyatakan, Valentine atau disebut juga Valentino adalah nama seorang paderi Kristian yang sangat berpengaruh dan giat menyebarkan agama Kristian di Rom, iaitu ketika pemerintahan raja yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Raja Rom memenjarakan ramai orang Kristian kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan agamanya. Paderi Valentino juga tidak terkecuali dari tindakan itu.

Walaupun berada dalam penjara, paderi Valentino tetap juga menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan penjara. Kegiatan ini diketahui oleh Raja Rom yang tidak suka agama Kristian disebar dalam negaranya, lalu beliau sekali lagi diseksa dan akhirnya dibunuh pada 14 Februari 296M. Orang-orang Kristian menganggap paderi Valentino merupakan seorang yang mulia, kerana sanggup berkorban dan mati kerana mempertahankan agama Kristian dan penganut-penganutnya.

Justeru pengorbanan yang begitu besar, paderi Valentino diberi gelaran St atau kedudukannya sama dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh pengikut-pengikutnya. Bagi mengingati St. Valentino, maka pada tahun 350M, sebuah gereja dibina berhampiran perkuburan beliau.

Sumber-sumber menyatakan juga, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Sumber-sumber menyatakan lagi, antara kepercayaan orang Rom pada ketika itu, ialah menulis nama remaja wanita pada sehelai kertas, kemudian digulung beberapa helai lagi kertas kosong yang tidak bertulis apa-apa, lalu diletak di atas meja, kemudian dipersilakan remaja lelaki yang berhasrat kahwin wanita itu mengambil sehelai kertas yang disediakan. Jika namanya keluar kepada mana-mana lelaki yang mengambil kertas yang tertulis namanya, lelaki berkenaan diberi tempoh setahun untuk bercinta, sebelum perkahwinan diteruskan atau majlis seumpama itu diulangi lagi pada tahun-tahun hadapan.

Setelah sekian lama budaya ini berjalan dalam masyarakat Rom, kalangan ahli agama Kristian menyatakan rasa kurang senang mereka dengan budaya ini, lalu perayaan hari kekasih ini diharamkan, kerana ramai muda mudi menjadi rosak akhlak, akibat budaya buruk ini. Tetapi budaya ini dihidupkan semula pada abad ke-18 dan 19 Masihi, iaitu dengan mencetak kad-kad Valentine yang mengandungi ucapan-ucapan seperti Happy Valentine's Day and I'll always love you, will you be my valentine dan sebagainya.
Berpandukan fakta dan maklumat ini, kita boleh membuat beberapa kesimpulan berikut:

Pertama, perayaan Valentine's Day mempunyai hubungan kepercayaan dengan agama berhala yang memuja patung. Amalan memuja patung dan berhala dalam Islam adalah salah dan berdosa besar. Dosanya tidak diampuni Allah, kecuali dengan taubat yang suci dan bersih.

Kedua, sejarah asal kelahiran perayaan ini dipercayai ada hubungannya dengan kisah dongeng, iaitu seekor binatang ganjil menyusukan datuk bandar Rom, lalu memberi kepadanya kekuatan tenaga dan fikiran. Kepercayaan ini bertentangan akidah Islam yang mempercayai bahawa Allah jua yang memberi kekuatan kepada hamba-Nya.

Ketiga, ucapan perayaan yang dilakukan dengan menyembelih anjing dan kambing, kemudian melumur darahnya kepada badan dua pemuda dan membasuhnya dengan susu, sebelum mereka diarak di tengah-tengah bandar, kemudian mencalit badan siapa jua yang sempat dicalit dengan darah anjing dan kambing adalah suatu amalan kotor dan keji dari segi Islam.

Keempat, ramai penganut Kristian meragui kesahihan St. Valentine mempunyai hubungan dengan amalan pemujaan patung dan berhala. Jika sumber-sumber Kristian meragui kebenarannya, maka orang Islam lebih wajar menolak perayaan itu, kerana ajaran hendaklah berasaskan berita yang sahih dan benar.

Kelima, perayaan ini pernah diharam oleh paderi-paderi Kristian di Itali pada suatu ketika dahulu, dengan alasan ia banyak merosakkan akhlak muda mudi mereka. Umat Islam sepatutnya tidak mengambil apa yang buruk dan diakui keburukan oleh pengamal-pengamalnya sendiri. Sebaliknya mereka disuruh mengambil langkah-langkah mencegah perbuatan seumpama itu, atas nama amar makruf dan nahi mungkar.
Sebagai seorang muslim, mungkin kita bertanya lagi, mengapa perayaan memperingati cinta itu dilarang? Apa salahnya kita bercinta, sedangkan Islam tidak melarang umatnya bercinta dan berkasih sayang antara satu sama lain.

Bagi menjawab kekeliruan tersebut dinyatakan beberapa fakta dibawah.

1. Perayaan dalam Islam adalah ibadat, ia telah ditentukan cara dan penghayatinya oleh nabi. Dalam sebuah hadis, baginda bersabda: Setiap kaum ada perayaan. Bagi kaum ini (Islam) juga ada hari-hari perayaannya, iaitu Hari Raya fitrah dan Hari Raya korban. (al-Bukhari 952, Muslim 189200).

2. Kita dilarang keras meniru kaum musyrikin atau penyembah berhala. Sesiapa meniru budaya sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kaum itu. Banyak ayat al-Quran dan hadis melarang amalan meniru, seperti sabdanya: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam kaum itu.

3. Percintaan yang dimaksudkan pada Hari Kekasih ini terlalu umum dan melampaui batas-batas kesederhanaan. Islam memang agama kasih sayang, tolong-menolong dan merangsang supaya bersatu hati, tetapi hendaklah berjalan di bawah payung imam dan takwa.

Berpandukan alasan-alasan tersebut di atas, ulama Islam sepakat memfatwakan haram bagi masyarakat Islam ikut serta merayakan Hari Kekasih, menyambut ucapan dan melakukan perbuatan yang menjadi syiar hari itu, seperti menghadiah bunga ros, meniup belon merah, memakai blaus merah dan sebagainya. Antara ulama yang memfatwakan haram menyertai perayaan ini ialah Dr. Saud Salleh dari Universiti Azhar, Syeikh Uthaimin dari Majlis Fatwa Saudi Arabia, Syeikh Jabrin dan lain-lain.

Ibu bapa yang beragama Islam seharusnya tidak memberi kerjasama kepada anak-anak remaja mereka ikut serta dalam perayaan ini. Mungkin imam-imam masjid juga dapat membantu menyebarkan kefahaman yang betul menerusi khutbah-khutbah Jumaat dan ceramah-ceramah agama, sebelum budaya ini membesar dalam masyarakat ini.

Source:UtusanOnline & forwarded email & Shukur.com

posted at 1:25 PM


 
w




posted at 11:17 AM


 
Powered by Blogger
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1