I am 'Sahabat Jurnal' member??...
 
Geng Jurnal
 
Link to me using this...
 
BlueShades
 
Since Ver.1, You are visitor no:
 
Counter
 
 
A very special tribute to Mek Ya...
 
http://www.BlueShades.cjb.net  
 
w:: Friday, January 18, 2002 ::


:: AGENDA YANG BERUBAH ::


Semalam, OLEH kerana KELETIHAN yang teramat hasil RONGENG ngan ARTIS pada hari sebelumnya, AKU balik umah seawal mungkin. HAJAT dihati dan AZAM didada telah kubulatkan TEKAD untuk LEPAK2 sambil berKETIDURAN dirumah sahaja.

Sampai dirumah jam menunjukkan pukul 6 petang. YEAH, Aku pon terus mengadap NTV7 dan terus hanyut dalam plot cerita FONG SAI YUK yang agak menarik tuh. Dan seterusnya aku juga HANYUT dibuai MIMPI diatas TILAM BIRU kesayangan LUDI tuh. TAPI mimpi itu cuma seketika bila PIKO menghalau aku dari tilam tersebut. Aku terus CELIK dah tak jadi menyambung tido kerana MAGHRIB hampir melabuhkan TIRAI.

Selepas MAGHRIB, aku menyalin baju dan bersiap untuk MEMBERSIHKAN diri. TETIBA, dendangan tune GORILLAZ berkumandang dari HENSET. Cik Elin tepon.
Yeah!!... AKU berjaya di KIDNAP oleh Cik Elin, Piko dan LUDI untuk MAKAN MALAM di THAI CILI dan seterusnya membawa ke IOI MALL serta SERDANG untuk menghantar LUDI balik. Itupon PASAL plan diorang untuk menonton cerita KABHI KHABIE KUSHI GHAM tak menjadi kerana kehabisan TIKET.

MAKA, semalam HAJAT, AZAM dan TEKAD aku tuh MUSNAH sama SEKALI... hehe
p/s: MALAS dah nak buat HAJAT, AZAM dan TEKAD..:)

posted at 2:15 PM


 
w:: Thursday, January 17, 2002 ::


:: RONDA-RONDA KEPENATAN ::

SEMALAM...
Sampai Umah pukul 7 lebih lepas TEMANKAN Cik Miera MAKAN. Lepas bersiap2, terus keluar ngan PIKO, LUDI, PAJA menghala DAMANSARA menemui ARTIS2 (Idzwan & Eezzs).

PENAT dan KELETIHAN bila SESAT mencari PEJABAT ROBBANI diarea MANJALARA. Sempat BERSALAMAN dengan anggota2 ROBBANI serta MENGAMBIL 3-4 keping gambar kenangan dengan PIALA2 kemenangan ROBBANI. BERKEJAR ke SUBANG JAYA untuk ke STUDIO RAKAMAN atas urusan ALBUM baru FIRDAUS. Jam menunjukkan pukul 11 lebih.

BERKEJARAN ke SUNGAI BULOH untuk ke STUDIO RAKAMAN NOWSEEHART juga atas urusan ALBUM BARU FIRDAUS. Ahli ROMBONGAN ketika ini ENAM (6) orang iaitu Aku, PIKO, Ludi, Paja, Idzwan dan Eezzs. KENDERAAN pula hanya SATU (1) iaitu kereta KANCIL biru milik PIKO.
STATUS: Sumbat 4 orang DEWASA kat belakang dengan cara duduk BERSUSUN2 sambil menahan NAFAS.
[ Macam SARKAS laks...]
Sempat menjadi JURI AWAM (hasil permintaan tuan umah) untuk memberi RATING/BINTANG pada lagu2 baru yang BARU dirakamkan...
[ Buleh masuk LIPATAN SEJARAH nie ]
Sempat BERPOSING gambar2 ARTISTIK untuk mengatasi TAHAP KELETIHAN dan KEBORINGAN MAKSIMA.
Bertolak PULANG hampir pukul 3 PAGI.

BERHENTI MAKAN di MANJALARA oleh kerana AHLI ROMBONGAN telah mengalami TAHAP KEBULURAN MAKSIMA.
NASI GORENG IKAN MASIN yang TAWAR...
AIR BUAH gelas BESAR... [ aku order air TEH O jerr...]
IKAN BAKAR yang BESH...

SAMPAI UMAH (Bandar Kinrara) pukul 3.30 PAGI.
Bersiap2 dan TERUS TIDO.
JAM hemset menunjukkan pukul 4 PAGI TEPAT...
[ Satu lagi LIPATAN SEJARAH... ARTIS tido SEPAH2 di BANGLO Aku dan PIKO... ]

ADEH LETIH...
ADEH PENAT...
ADEH HARI NIE KERJA...
ADEH!!...

p/s: Style menulis JURNAL dalam KEPENATAN dan KELETIHAN serta KEMALASAN... [ maap semua.. hehe]

posted at 2:52 PM


 
w


:: PENAT!!! ::

Hari nie PENAT..
Hari nie LETIH..
Hari nie NGANTUK...
Hari nie TAK LARAT...

APSAL??...
- Sampai UMAH pukul 3.30am.
- TIDO pukul 4.00am.
- BANGUN pukul 6.40am.
- KERJA kul 8.10am..

LETIH!!!...

posted at 11:37 AM


 
w:: Wednesday, January 16, 2002 ::


:: BICARA 2 HATI ::

Emmm... KADANG tuh walau SUSAH macam mana pon...
Walau PAYAH macam mana pon...
Walau SIBUK macam mana pon...
KITA kena BERBICARA...
KITA perlukan TEMAN untuk MELUAHKAN RASA...
KITA perlukan PENDENGAR untuk MENGHAMBURKAN KATA...
KITA perlukan SESORANG yang MENDENGAR dengan IKHLAS..
KITA perlukan PENUTUR NASIHAT bila BERBICARA...

Jangan biar MASALAH meruntun RASA...
Jangan biar SINDIRAN menghentak JIWA..
Jangan biar TEGURAN menjadi PEROSAK SUASANA...
Jangan biar DIRI dikawal oleh PRASANGKA...

Tapi, biarlah MASALAH diluah dengan untaian kata...
Biarlah SINDIRAN dijadikan sebagai PANDUAN untuk menjadi lebih BIJAKSANA...
Biarlah TEGURAN diguna untuk memperbetulkan KESALAHAN..
Biarlah DIRI yang mengawal SUASANA...

BERTUTUR LAH...
BERBICARA LAH...
LUAHKAN lah apa yang DIRASA..
LUAHKAN lah apa yang DIPENDAM...
LUAHKAN lah segala yang TERKUMPUL dan MENIMBUN JIWA.

Mungkin tidak semua yang MENDENGAR...
Mungkin tiada siapa yang AMBIL KISAH...
Mungkin tiada siapa yang AMBIL TAHU...
Tapi, MUNGKIN ade INSAN yang sudi MENDENGAR...
Mungkin ada INSAN yang ingin AMBIL KISAH...
Dan, mungkin ada INSAN yang HENDAK AMBIL TAHU.

HULUR lah tangan mu...
HULUR lah selama mana mungkin...
HULURKAN LAH jangan PUTUS ASA.
MUNGKIN suatu MASA nanti ada INSAN yang MENYAMBUT HULURAN itu.

p/s: Nothing is better than a GOOD TALK...

posted at 3:40 PM


 
w:: Tuesday, January 15, 2002 ::


:: DUA JIWA, SATU HATI ::

Selama nie aku LUPA...
LUPA dengan sesuatu yang pernah aku PELAJARI LAMA dulu...
SESUATU yang DAH terlalu LAMA aku TINGGALKAN...
SESUATU yang DAH terlalu LAMA aku LUPAKAN...
SESUATU yang AKU anggap PENTING, tapi aku LUPA akan KEPENTINGAN nya...

Kalu dulu, aku SENTIASA INGAT akan KESUSAHANNYA...
DULU, aku sentiasa INGAT akan KEPAYAHANNYA...
DULU, aku sentiasa PERIHATIN dengan PERIT GETIR nya...

Tapi KINI, aku LUPA betapa SUSAH MENJALIN DUA HATI yang sememangnya BERBEZA.
Berbeza KEPENTINGAN...
Berbeza KEGEMARAN...
Berbeza KEBENCIAN...
Berbeza KEMAHUAN...
Berbeza SEGALANYA...

KINI sekali lagi aku MELALUI ALAM itu...
ALAM yang penuh KEINDAHAN..
ALAM yang penuh RAJUK-RAJUKAN...
ALAM yang penuh SUKA DUKA...
ALAM yang kadang-kala SUKAR untuk dinyatakan KEINDAHANNYA kerana dibayangi PERBEZAAN dan KESUKARAN.

Perbezaan yang kadang kala membawa kepada PERTENGKARAN...
Perbezaan yang seringkali membuat RAJUK HATI...
Perbezaan yang selalunya membuat timbul KETIDAKPUASAN DIRI...

Cukup KUAT kah aku untuk menempuhi ALAM ini??...
Cukup GAGAH kah aku untuk meredah segala KESUKARAN..??
Cukup NYATA kah IMPIAN aku untuk dibentangkan MAHLIGAI IDAMAN??
ATAU...
Adakah aku akan JATUH TERSUNGKUR mencium bumi??..
Adakah aku akan TERSANGKUT di DAHAN dan DURI KESUKARAN??..
Adakah aku akan TERJAGA dari MIMPI YANG TERLALU INDAH ini tanpa sempat menjadikan IMPIAN itu satu REALITI??...
Sebelum aku sempat menjadikan MAGHLIGAI IMPIAN itu satu KENYATAAN??

posted at 4:22 PM


 
w


:: HAMPEH ::

Emmm semalam kan, dalam pukul 3.30 petang ade orang call aku.
YEAPP... AKU dapat ASSIGNMENT baru dari En. Khairi (Manager Biz Dev). Aku tak tau pon dia nie MANAGER, sor masa kat phone tuh aku main BLASAH jerr lah cakap.. Lepas tuh bila aku tanye HELMEE, BARULAH aku tau dia tuh MANAGER Biz Dev... ADEHH!!!...
AH LANTAK lahhhh...

Emmm PASTUH cam HAMPEH... BAGI aku assignment pukul 3.30 petang nak ESOK pagi (hari nie).
EK ELEH!!!... kalu sikit tuh takpe... Nie nak kena SIAPKAN Business Presentation dengan 95 slide (powerpoint). Nak kena ubah LAYOUT, pastuh nak kena GABUNGKAN EMPAT (4) file presentation jadi SATU (1).

NASIB baik AKU NIE POWER!!! [ Nie kes ANGKAT BAKUL]
Dapatlah gak siapkan CEPAT. Pukul 11 tadi settle modify semua, tapi tak SEMPAT nak TESTING lagik.
Emmm Nie NGULAR dulu, pasal dah LETIH OTAK aku (alasan).
KEJAP lagi nak TESTING semua tuh, pastuh syncronize kan setiap SLIDE tuh....
ADEHH!!.

TAPI kan, SEMEMANG nya KEPOWERAN aku tak dapat di SANGKAL lagi lahhhh... SEHINGGA Cik ELIN pon MENGAKUI nya...:) hehe
[ saje jerr nak sedapkan HATI tuh....]

DAN sejak SEMALAM (bila dapat ssignment) sampai kul 10 lebih tadi aku dok LAYAN EMINEM yang dah entah berapa kalu REWIND...
Emmm BAGUS gak kan layan CD yang ntah ape2 ntah tuh... SAJER nak LAYAN MOOD yang tengah BENGANG + HAMPEH!!!...

[ Currently, listening to GORRILAZ as to ease the head and brain.. ]


p/s: EMINEM is not recommended for THOSE ANGLE out there...

posted at 10:12 AM


 
Powered by Blogger
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1