I am 'Sahabat Jurnal' member??...
 
Geng Jurnal
 
Link to me using this...
 
BlueShades
 
Since Ver.1, You are visitor no:
 
Counter
 
 
A very special tribute to Mek Ya...
 
http://www.BlueShades.cjb.net  
 
w:: Friday, January 04, 2002 ::


:: BUKA POSA ::

Emm... Semalam aku buka puasa ngan Cik Elin @ Kaezrin dan Cik Miera kat GearBox (saje nak JELESKAN Cik Ludi..). Asalnya aku nak berbuka puasa ngan Cik Ludi ngan Piko sekali. Tapi, tetiba diaorang ade HAL pulak kat Ampang dan akan RUSHING ke PUCHONG nak tengok umah sewa. So, terpaksa lah cancle kan benda tuh. So, balik ke plan asal, iaitu aku berbuka ngan Cik Miera aje.

Tapi tetiba petang semalam dalam pukul 5 tuh Cik Elin YM aku...
Tetiba lak MINTAK BELANJE kuey teow goreng... Eshhh TETIBA jerr... Aku cam PELIK jerr... Tapi oleh kerana dia bagi alasan BERPUASA dan duit yang tinggal RM3.50 dalam poket, maka aku jadi LEMBUT hati lak nak belanje.
Maka, semalam Cik Elin merupakan Geng Jurnal pertama yang dapat POW aku... hehe. Bukan Calang2 orang dapat POW aku nie tau...

Tapi mungkin aku silap sikit semalam...
Semalam, aku buat PLAN tuh tanpa berbincang ngan kedua2 belah PIHAK (Cik Miera & Cik Elin).
Aku SET plan tuh tanpa pengetahuan kedua belah pihak...
Bila dah CONFIRM jerr, baru aku bagitahu kat Cik Miera...
Kat Cik Elin pulak, aku cakap aku nak bawak orang MISTERI...
Mungkin DIAORANG SHOCK skit kot semalam... Tuh yang masing2 macam MALU2 macam KEKOK2 jerrr...
Mungkin Cik Elin SHOCK bila jumpe Cik Miera yang selalu aku SEBUT2 kat JURNAL...
Mungkin Cik Miera SHOCK pasal dapat jumpe Cik Elin yang FOFULAR tuh...:)
Nasib baik AKU COOL... hehe

ALAHH... Sorry lah korang BERDUA...
I just want to make it as something memorable... But it turned out to be OK...

NEXT time, I'll make a WELL PLANNED PLAN...
Sorry GALS....
:)

posted at 8:13 AM


 
w:: Thursday, January 03, 2002 ::


:: SYAWAL HIJRAH 1422 ::

Hari Raya Aidilfitri kali ini merupakan yang ke 24 sejak aku dilahirkan. Sejak aku dapat melihat dunia. Sejak JERIT TANGIS aku memenuhi segenap alam 24 tahun dahulu. Tapi tak banyak memori hari raya yang masih aku ingati. Mungkin itulah salah satu kelemahan aku... Satu KELEMAHAN yang teramat KETARA... Yer, aku MUDAH LUPA. Mungkin tak lupa semua, tapi kalu ingat pon, hanyalah secebis dua ingatan dan kenangan sementara yang lainnya hanya lah kabur2 ingatan yang menyeksakan.

Sempena raya tahun nie, genap setahun aku menjejakkan kaki ke alam PEKERJAAN yang kadangkala memeningkan kepala nie. Aku bertolak menuju JOHOR negeri kelahiran aku pada hari JUMAAT 13 Disember 2001 bersamaan 27 Ramadhan 1422. Kami (Aku, Piko, Nett dan Fajar) bertolak menaiki kereta PIKO hampir pukul 10.

Kami menurunkan Fajar di TOL Alor Gajah Melaka dan meneruskan semula perjalanan ke KLUANG. Sebelum sampai Kluang, kami singgah berhenti untuk BEREHAT seketika kerana PIKO keletihan memandu. Sampai Kluang, kami singgah sembahyang JUMAAT sebelum menghantar NETT balik ker rumahnya. Kemudian, NETT terpaksa menunjukkan kami jalan keluar menuju KOTA TINGGI. Itu lah pertama kali aku TENGOK NETT menunggang motosikal. Terasa cam ade sesuatu yang menggelikan hati aku... Dan sepanjang jalan mengekori Nett tuh, aku tak henti2 ketawa... hehe
" Nett, jangan marah aaaa... Tapi kao bawak moto memang LAWAK..."

Sepanjang jalan ke Kota Tinggi tuh, aku beberapa kali terlelap dan membiarkan PIKO drive sorang2. Sian Piko... MUSTI dia LETIH gilerrr... Tapi maap lah, aku tak dapat membantu... AKU TAK RETI DRIVE... (daif gilerrr). Sampai umah aku pukul 4 lebih. Setelah punggah turun barang2 aku, Piko terus blah balik ke Teluk Sengat.
Hari tuh, kami BERBUKA ala kadar aje pasal takde sape kat umah, cuma Mak, dua orang anak sedara aku (apis dan mirul) jer . Aku dah tak larat nak kuar beli barang... LETIH semacam jerr. Hari nie berlalu begitu sahaja.

posted at 3:50 PM


 
w


:: SABTU YANG SIBUK ::

Esoknya (Sabtu) aku mengerah tenaga mengemas umah. Adik sampai suboh tadi... Dia tengah mengelepet TIDO masa aku bangun. Hari nie aku TAK SAHUR. Tak terbangun pon masa mak aku kejut pagi tadi... Ape nak buat.. KEBULOR lah aku hari nie.
Lepas bersihkan badan dan lepak2 hilangkan mamai bangun tido, aku naik atas (ruang tamu) tengok ape2 yang patut dikemas. Tahun nie takde ape yang berganti, takde ape yang bertukar... Semuanya barang2 lama. Sayu aku tengok ruang tamu tuh.
Dah lama tak berkemas.
Dah lama tak bersapu.
Makin lama tengok, makin sayu aku jadinye...
Aku tengok PIALA2 abah yang bersepah dan berdebu kat rak...
Aku tengok lantai beralaskan tikar getah hijau lusuh yang dah lama tak bersapu...
Aku belek2 kerusi sofa yang dah REPUT tunggu masa REBAH...
Aku tengok atap yang BERSAWANG...
Aku tarik nafas panjang, dalam... Aku lepas BERAT....
" Eshhh banyak kan kena kemas nie..."

Aku angkat2 semua kerusi sofa yang dah reput tuh turun kebawah..
Aku capai kain buruk, sebekas air aku lap2 piala abah aku tuh...
Aku letak satu tempat biar senang aku nak kemas...
Aku capai penyapu LIDI, aku sapu sawang, aku sapu lantai, aku sapu2 rak, aku sapu2 dinding umah...
Bila dah agak bersih, aku susun2 semula piala2 dan perhiasan kat rak tuh.
Aku susun elok2, aku susun cantik2...
Aku LAP2 pulak kerusi sofa tuh ngan kain BASAH... biar nampak BERSERI skit.
Aku angkat KARPET yang dah lama bergulung, aku bentang menutupi tikar getah yang LUSUH.
Abang ipar aku yang baru balik keje, terus pasang langsir yang baru jerr dibasuh.
Emmm nampak OK skit ruang tamu tuh...
Tak lah malu sangat nak menyambut kedatangan tetamu.

posted at 3:50 PM


 
w


Lepas berehat sekejap, aku turun kedapur pulak...
Aku susun2 BATU buat tungku untuk merebus KETUPAT. (ikut instrustion abah dan mak).
Aku angkut2 kayu2 kering, aku kapak2, aku parang2 kan jadi kayu bakar...
Kemudian aku buat unggun api...
Aku letak BELANGA besar atas unggun api tuh...
Aku masukkan air secukupnya, dan aku masukkan ketupat2 yang dah siap mak dan akak aku isi.
Masa nie mak dan akak aku dah sibuk kat dapur memasak lauk2 untuk RAYA.
Kat sini kami ade satu ADAT yang dinamakan MUNJUNG atau bertukar2 lauk raya. Petang sikit, ramailah orang datang menghantar lauk pauk, ketupat dan kuih muih. Mak aku balas pulak dengan lauk pauk yang memang dah disediakan awal tadi. Ade RENDANG, Ayam masak MERAH, Ketupat nasi, Ketupat Pulut, serunding, Sayur LODEH dan lain2 lagi.

Petang tuh kami berbuka puasa beramai2 kecuali abang aku yang balik ke rumah MERTUA dia dia TENGGAROH. Mak aku masak KHAS PENGAT PISANG kegemaran aku. Emmm BESHHH... Dah lama tak makan menda tuh. Selalunya kalu aku BALIK, mak aku mesti tak lupa nak buat PENGAT PISANG, SAYUR PETAI dan AYAM MASAK KICAP. Walaupon tak semua, tapi salah satu mesti ade kalu aku BALIK.
MAK AKU MEMANG BESH!!!...

YEAAAA ESOK RAYAAAAAAA...
Emmm SAYU jerr kan TAKBIR raya....
ALLAHU AKBAR...

posted at 3:50 PM


 
w


:: HARI RAYA PERTAMA ::

Bangun PAGI2, setelah membersihkan diri, aku BERSIAP2 memakai BAJU MELAYU warna HIJAU MUDA yang aku beli di jalan TAR ngan Cik Miera. Berpusing2 aku dihadapan CERMIN menggayakan baju tersebut lengkap dengan SAMPIN dan SONGKOK. Itupon setelah mengedik2 pada akak aku yang SARAT mengandung tuh untuk MENGGOSOKkannya. hehe.
ADIK aku pakai baju tahun lepas yang masih ELOK lagi.
ABAH aku pulak pakai BAJU MELAYU BIRU MUDA sedondon dengan baju MAK yang aku belikan di TERENGGANU dulu.
Kemudian Bersembahyang raya di MASJID PAPAN TIMUR. Alhamdulilah... Dapat lagi aku merasa BERJEMAAH SEMBAHYANG SUNAT AIDILFITRI. Lepas sembahyang, aku berkumpul dan berjumpa kawan2 aku yang kebetulan ade disitu.
Aku jumpe NAPI, DEPI, IDAHAM, KUTIP, ASRI, KAMIL dan ntah sape2 lagi yang aku hanye kenal MUKA jerr.. TERUK kan aku nie...

LEPAS sembahyang, kami BERKUMPUL beramai2 dan memulakan majlis BARAAN LELAKI atau berkunjung beramai2 sambil MARHABAN. SAMPAI tengahari, baru selesai 20 lebih RUMAH... ALHAMDULILAH settle semua.

Pulul 8 MALAM tuh aku SEKELUARGA berangkat BALIK ke BATU PAHAT dengan 2 buah kereta (kancil dan kenari). Sempat singgah di KLUANG beraya di rumah MAKCIK aku. Sampai di KAMPUNG pukul 12 malam. UMAH EMBAH (nenek) dah gelap gelita. SEMPAT lah jugak menghavoc kan umah EMBAH sampai pukul 2 pagi sebelum semua TERLELAP keletihan.

posted at 3:48 PM


 
w


:: HARI RAYA KEDUA ::

Raya TAHUN nie, merupakan hari raya yang agak bermakna bagi kitaorang sekeluarga. Raya tahun nie, Kami beraya di KEDUA belah pihak ABAH dan MAK aku. Kalu biasanya (semenjak kematian nenek sebelah abah) kitaorang hanya beraya di Kampung Mak aje. Tapi tahun nie, pagi2 lagi, kami dah berangkat beraya ker rumah adik beradik ABAH yang tak pernah aku tahu BERAPA RAMAI dan SIAPA2 orangnya. Hari tuh gak ler, kitaorang diperkenalkan dengan orang2 yang mempunyai pertalian darah ngan ABAH aku...
Mak Long, Pak Andak, Kak Mis, Embah Awin dan ntah ape2 lagi agaknye GELARAN diaorang. Kami pergi ke pelosok negeri JOHOR nie. Ke KELUANG, PONTIAN dan BATU PAHAT. Entah kenapa, tahun nie ABAH aku tergerak pulak nak BAWAK jumpa semua KERABAT2 dia. Sebelum2 nie, takde pulak dia SIBUK2 gitu...
" Nanti kalu ade ape2 senang kenal SEDARA MARA... Kalu jumpa2 senang bertegur sapa. Nanti tak pepasal terkawin sedara sendiri pulak..." Tuh lerr lebih kurang ayat ABAH aku.

Balik tuh, BERAYA di umah MAK LONG (belah mak) aku pulak... sampai umah EMBAH dah MAGHRIB. Malam, kami hanya melepak2 keletihan. Malam tuh, LINDA (sepupu yang sebaya ngan aku) datang UMAH embah ngan LITA (adik dia) sambil bawak makcik aku yang dok kat Senggarang. Sempat lah JUGAK aku BUAT si LINDA nie merajuk sampai takmo LAYAN AKU langsung...
ADEH!!! Ade silap cakap kerr ha???...

posted at 3:47 PM


 
w


:: HARI RAYA KETIGA ::

Pagi2 lagi, kami pegi beraya di RUMAH MAK UDA. Haaa nie lah umah LINDA, sepupu aku yang merajuk semalam tuh. Dan sampai hari nie, sampai masa aku NAK BALIK KOTA TINGGI tuh, dia tak mo pon cakap ngan aku, pandang muka aku, apetah lagi nak salam aku. Tak mo pon ucap Selamat Hari Raya dan bermaafan ngan aku... ESHHH sampai GITU sekali MERAJUK... APE YANG DAH AKU BUAT ha???. ESHHH payah ah POMPUAN sorang nie...

Setelah singgah di PONTIAN, kami sampai di KOTA TINGGI waktu MAGHRIB.
PENATnye TUHAN saje yang tahu... RASA nak MENGAMUK jerrr....
Nasib baik SABAR/WARAS lagik...

Malam tuh gak lepas Isyak, Abang ngan famili dia BALIK semula ke TENGGAROH...
Aku pula LENA DIULIT MALAM DAN KELETIHAN yang teramat sangat...
ADEHH...

posted at 3:47 PM


 
w:: Wednesday, January 02, 2002 ::


:: RAYA DAN UMAH TERBUKA ::




Semalam (SELASA @ TUESDAY) aku mengDATANGkan diri ke RUMAH TERBUKA Kak ZIRA di Jalan Klang Lama. Antara Geng Jurnal yang HADIR adalah AKU, Piko, Mie, Kaezrin, Sepai, Cik Khairul, Cik Easy dan Lala. Kat situ kami diJAMU dengan NASI LEMAK yang BESH GILLER tuh. Walaupon KEPEDASAN nasi lemak tuh turut MENYENAKKAN perut aku, tapi sempat tambah 2 kali. PERGHHH BESH!!!.

Kemudian kami (kecuali Cik Khairul) BERANGKAT ke RUMAH Cik EASY setelah mendapat JEMPUTAN KHAS daripada Cik DAUN. 3.30 kami tiba di RUMAH keluarga Cik Easy & Cik Daun di SIJANGKANG, BANTING. Kat situ PERUT kami diPENUHI dengan hidangan KUIH MUIH RAYA, TEMBIKAI SUSU, dan MEE JAWA PENANGAN EUROPAH serta 3-4 JAG air...

Selepas itu, kami beransur pula ke RUMAH CIK LUDINATA yang sejauh 40 minit perjalanan. Kami tiba hampir pukul 5.30 petang dan disambut oleh Adik2 Cik LUDI yang kiut-miut tuh... hehe. Walaupon mendapat TENTANGAN daripada TUAN RUMAH dengan KEHADIRAN kami pada awalnya, tapi kami tetap diSAMBUT dengan SENYUMAN dan TANGAN TERBUKA serta dihidangkan dengan 2 VERSION of MEE GORENG. Satu MEE GORENG JAWA (hasil tangan Mak Cik Ludi) dan MEE GORENG ALA JEPUN (hasil tangan Cik Ludi sendiri) juga kuih-miuh raya yang dah tak larat kami nak REDAH.

Malamnya, kami SINGGAH pula di APARTMENT Cik ELIN @ KAEZRIN. Walaupon keletihan beraya serta malam yang dah agak LEWAT, Cik ELIN tetap menyibukkan diri kat DAPUR menyiapkan kami SET MAKANAN WESTERN yang agak TAK KENA dengan TEMA HARI RAYA... hehe. Kami dihidangkan dengan SOSEJ, BAKED BEANS, SCRAMBLED EGGS.

Dan AKHIRNYA kami PULANG dalam KEKENYANGAN setelah SEHARIAN BERHARI RAYA... ADEHHHH...
Siap2 gosok baju/seluar, TIDO dalam KELETIHAN, KEKENYANGAN dan KEPUASAN BerHARI RAYA...
:)

posted at 10:01 AM


 
w


:: EL & KHABI KUSHI KHABIE GHAM ::

Hari ISNIN @ MONDAY lepas aku amik EMERGENCY LEAVE @ EL. Naper aku amik EL??.. SAJE jer nak cuti. RASA cam malas lak nak keje PAGI ISNIN tuh... MONDAY MOOD kot. Nak ikutkan aku dah siap gosok baju/seluar dan siapkan barang keperluan lain untuk ke OPIS. Tapi masa bangun subuh dengan BERAT HATI tuh, aku CAPAI tuala dan berlalu ke bilik air. Lepas mandi, aku SEMBAHYANG SUBUH serta menadah tangan memohon KESEJAHTERAAN hari2 mendatang. Tetiba jerr aku dapat ILHAM untuk EL buat pertama KALINYA dalam HIDUP aku... Sebelum nie aku tak pernah MC apatah lagi EL. Tapi KEMALASAN pagi ISNIN yang SERBA MALAS tuh telah membuatkan REKOD itu PECAH dengan SENGAJA.

Pukul 11 lebih aku kuar ngan Cik Miera ke IOI Mall untuk mencari JACKET yang telah lama menjadi IDAMAN aku. Jaket CODROY berjenama SEED yang telah ditarik keluar JUALAN nya setelah MUSIM berganti. Kitaorang terjumpa JAKET tuh kat OneUtama beberapa hari lepas, tapi oleh kerana terdapat sedikit kerosakan @ DEFECTS pada jaket itu, maka aku terpaksa membatalkan NIAT utk membeli nya. Dan setelah MENSURVEY ke tempat2 lain, maka AKU GAGAL untuk memperoleh JAKET IDAMAN aku tuh. KECIWA!!!...

Jam 3.30 petang kami masuk PANGGUNG WAYANG di MIDVALLEY setelah aku hilang sedikit MOOD untuk berjalan2 hasil PENANGAN JAKET CODROY tuh... HAMPEH!!!.
Kami menonton cerita HINDUSTAN yang menjadi bualan ramai kerana KEBESHAN nya iaitu 'KHABI KUSHI KHABIE GHAM'. Sebuah cerita tentang KEKELUARGAAN dan CINTA. PENUH dengan saat2 INDAH dan JUGA KESEDIHAN (typical Indian Movie). Tapi ia agak KURANG sesuai untuk BEBUDAK dan KANAK2 yang sedang membesar kerana agak banyak ADEGAN MENGGHAIRAHkan serta SEKSI (dari pandangan seorang LELAKI). Walaupon ia tidak SEBESH 'Kuch Kuch Hota Hai' dan 'Mohabbatein' tapi MESEJ kekeluargaan yang nak disampai kan tuh sangat MENDALAM. Aku bagi TIGA (3) bintang jerrr....:)

Balik UMAH kul 10 malam. Tak mo aku BERSESAK2 kat DATARAN. PENAT!!!.

posted at 10:01 AM


 
w


:: KENDURI KAHWIN ::

Hari AHAD aku pergi ke MELAKA kerana menghadiri JEMPUTAN PERKAHWINAN Kak Ina. Kami (aku, Cik Miera, Cik Fara, Hasnol, Mek Sue, Adik Mek Sue dan Mahyut) berangkat dalam pukul 11 pagi dengan 2 buah kereta. Kami sempat singgah di McD Sg Besi untuk mendapatkan sedikit makanan dan 2 ekor MONSTER bernama RANDALL.

Dari Majlis tersebut, kami singgah di umah AKAK SEPUPU HASNOL untuk berehat2 sebelum bertolak ke TANJUNG BIDARA. Kami berkejaran kembali ke KL setelah MAGHRIB untuk menonton JUARA LAGU di RUMAH... Dan yang BESH nye, YASSIN dengan MIMPI LAILA menjadi JUARA KESELURUHAN mengalahkan yang lain2 (TERUTAMA SITI NURHALIJA).
YEARGHHHH satu kejayaan yang dapat MEMBENGANG kan PEMINAT2 SITI SELURUH DUNIA (terutama PIKO dan SHUK) hehe.

posted at 10:01 AM


 
Powered by Blogger
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1