I am 'Sahabat Jurnal' member??...
 
Geng Jurnal
 
Link to me using this...
 
BlueShades
 
Since Ver.1, You are visitor no:
 
Counter
 
 
A very special tribute to Mek Ya...
 
http://www.BlueShades.cjb.net  
 
w:: Thursday, December 13, 2001 ::


:: MOODY ::

Emmm.... ENCIK MOODY @ BADMOOD yang melanda Cik Ludi beberapa hari lepas SINGGAH, HINGGAP kat aku pagi nie. AKU tak suke betul... BENCI betul lah... KENAPA kao datang??... Kenapa kao KACAU aku??... KENAPAAAA???...

Aku pon tak tau kenapa... Rasanya semua PERKARA bersangkut paut... Bersambung-sambung... Bercantum-cantum... Berkait-kait... Tapi yang aku pasti, DADA aku sakit sangat... BUKAN sakit yang biasa2... Tapi SAKIT yang membuatkan kan aku MALAS nak buat keje... Malas nak CAKAP banyak... Malas nak bagi alasan... MALASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!

Mungkin pasal LETIH semalam yang masih MENYENTAK2....
Mungkin pasal RAJUK seseorang semalam yang masih BERBEKAS...
Mungkin pasal SMS pagi tadi yang membuat KEPALA SENAK...
Mungkin pasal RAJUK/MARAH/BENGANG seseorang yang membuatkan SEMUA PERASAAN itu TERKUMPUL, LALU MEMBUAK2...

ADEHHHHHHHHH.... SAKIT nyerr DADA akuuuu...

OH!... Encik SAKIT...
OH!... Encik BADMOOD...
OH!... Encik MOODY...
PERGILAH... PERGILAH jauh2 dari diri aku... PERGILAH... PERGILAH. AKu terlalu penat utk melayan KORANG... PERGILAH... PERGIIIIIIIII!!!!!!!....

Cik Kaezrin.... " TODAY, I CHOOSE TO BE HAPPY AS ALWAYS!!!..."

ADEHHH...

posted at 8:04 AM


 
w:: Wednesday, December 12, 2001 ::


:: KOMPIUS ::

Emm... Sejak hujung minggu lepas lagi aku dah START KOMPIUS... Entah lerr kenapa, tapi aku CUKUP KOMPIUS ngan seseorang.

Aku ade seorang KAWAN yang teramat RAPAT sehingga menjadi PERBUALAN dan KEKOMPIUSAN student2 dan kawan2 lain kat UTM dulu. Seorang KAWAN yang tersangat baik bagi aku.
Seorang SAHABAT yang terlalu perihatin...
Dan seorang TEMAN yang sungguh memahami...

Kami menjalin satu perhubungan, persahabatan yang teramat rapat sehingga sukar untuk difahami mahupun dimengertikan oleh sesiapa. Sebuah persahabatan yang dibentuk, dibina atas dasar PERCAYA-MEMPERCAYAI dan atas dasar yang TULUS IKHLAS. Perhubungan itu terlalu UNIK untuk diungkapkan, terlalu SENI untuk dinyatakan.

Ya!... Dia seorang insan yang bernama PEREMPUAN. Seorang insan yang begitu ISTEMEWA dalam hidup aku, seorang insan yang terlalu SUKAR untuk dimengerti.

AKAK...
Itu lah gelaran aku padanya... Walaupon kami sama umur, sama SEBAYA... Tapi panggilan itu lebih gemar aku ucapkan, lebih mudah aku utarakan. Kami saling perihatin, saling mengambil berat antara satu sama lain. Dulu sewaktu masih belajar di UTM, aku sering kali berkunjung kerumah sewanya. Berkunjung hanya untuk bertanya khabar. Berkunjung hanya untuk berbual, bersembang2. Dirilah kami berdua-duaan dihadapan pagar rumahnya dengan diterangi lampu jalan. Entah ape yang kami perbualkan, entah apa yang kami sembangkan tapi kadang kali sehingga jejak pukul 1 pagi. Bila dia sedih mahupun berduka, aku datang memujuk. Aku datang menenteramkan suasana, menenteramkan perasaannya dan begitu SEBALIKNYA. Ada saja makanan dan buah tangan yang berpindah tangan antara aku dan dia. Bila dia demam atau kurang sihat, aku menyusul kerumahnya membawa buah tangan dan bertanya khabar.

Sungguh INDAH... Sungguh ISTIMEWA.

*sambung kat bawah...

posted at 11:19 AM


 
w


*sambungan dari atas...

Kini, Kami tinggal agak berjauhan. Aku di KL, dia di Sepang. Tapi kami tetap seperti dulu. Tetap PERIHATIN, tetap MEMAHAMI dan tetap MENGAMBIL BERAT.
Dia tetap AKAK aku.
AKAK yang aku kenal dulu, kini dan selamanya.
AKAK yang sentiasa membuat aku tenang bila bersamanya.
AKAK yang tak dapat ditukar ganti.

Tapi minggu lepas aku mendapat SMS yang agak pelik dari nya:
- A'kum, kenapa nie? Jangan lah macam nie. Jangan disebabkan salah faham sikit awak dah macam nie. Jangan salahkan diri sendiri.
- Sebagai kawan, saya hanya mampu bagi nasihat. Jangan terlalu keciwa dengan kesedihan hari ini. Tuhan telah sediakan kebahagiaan untuk awak pada hari esok.
- Tak baik awak buat macam nie. Kalu betul awak kawan saya kenapa awak tak balas mesej2 tuh. Jangan buat saya serba salah.

ADEH!!... ape tuh??.. APe hal tuh. Dan sampai hari nie aku STILL kompius. Aku call dia masa kat opis. BUT, she deny all of them. She's denying sending those messages. WHAT messages?? She asked. And I have to read them to her. And she kept denying. And then, she ASKED.
"Ape awak nak buat kalu mesej2 tuh saya yang HANTAR?.."

HA??... ape nie??.. kenapa nie. DAN AKU SEMAKIN KOMPIUS.
At the end of the day, she send another message.
- A'kum. I found the person. She did that for one reason. I knew the reason. Better not tell you.

ADEH... MAKIN KOMPIUS.

AKAK aku nie memang PELIK... Terkadang tuh TERSANGAT PELIK sampai aku tak persoalkan ape pon yang dia cakap. Hanya mengangguk dan menerimanya sebagai percakapan harian. Dia pernah pesan..
" Sekiranya sesuatu berlaku diantara kita, JANGAN salahkan diri awak..."

Ade sekali tuh, dia hantar SMS yang mengandungi kata2 yang sampai SEKARANG aku masih KOMPIUS..
" RAHSIA DIDALAM HATI TIADA SIAPA YANG TAHU..."

ADEH... SEKALI lagi aku KOMPIUS.
Emmm pelik kan AKAK aku..
Patut lah orang2 cakap, PEREMPUAN nie makhluk yang MISTERIUS...
INDAH..
Dalam LEMBUT ada KERAS nya...
Tapi kadang2 tuh terlalu sukar nak diBACA..
Terlalu payah nak diDUGA...

ADEH KOMPIUS!!

posted at 11:18 AM


 
Powered by Blogger
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1