Pendidikan
Luar (Pulau Rhu)
Besut:
Seramai 68 orang guru pelatih Maktab Perguruan Besut,
Terengganu telah menyertai Program
Pendidikan Luar (Pulau Rhu).
Dalam
program ini, peserta di
latih untuk berdikari dan mengendalikan sendiri program
ketahanan yang melibatkan mental dan fizikal.
Program
ini telah melibatkan gabungan 3 buah kelas iaitu
Pengajian Matematik, Pendidikan Pra Sekolah dan
Pengajian Muzik.
Gabungan kelas ini merupakan kumpulan pertama yang
menjalankan program ini dan terdapat beberapa kekurangan
dan masalah yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian
aktiviti masih dapat dijalankan dengan jayanya.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti
berkayak, absiling, membaca kompas, snorkling dan sesi
refleksi. Dalam perlaksanaan aktiviti tersebut, kumpulan
telah dipecahkan kepada 2 subkumpulan bagi memudahkan
kelancaran perlaksanaan aktiviti yang hendak dijalankan.
Walaupun
selama dua hari berturut-turut peserta menjalankan dua
aktiviti yang berat peserta program masih lagi dapat
meneruskan semua aktiviti yang telah dirancangkan dengan
sempurna.
>>>>>>
|